Powered By Blogger

Monday, December 15, 2014

.Bila Nak Keluar?.

Assalamualaikum

Haha! Aku masih x bersalin lagi. Hari ni kandungan aku masuk 38 weeks 3 days. Alhamdulillah, setakat ni aku masih sihat dan xde komplikasi macam sebelum ni. Last week pegi hospital sungai buloh, kali ketiga appointment dengan doc. Doc check and scan baby semua normal. Berat baby time tu 2.9kg. Semuanya normal dan doc cakap lepas ni x payah datang buat appointment lagi cuma pegi check up weekly dekat KK je. Kalau xde rasa sakit ke apa nty 28 dec, tarikh due date aku kena datang hosp sungai buloh serah diri untuk di induce. Kan ke aku ni ade kencing manis, so x bole tunggu lebih tarikh due date huhu! 


Hari ni aku amek half day sebab x larat nak keje. Rasa xde semangat langsung nak keje. Dengan tension pasal keje, plan sana sini semua kucar kacir. Pastu hari ni tetiba plak ramai yang tegur aku eh ade lagi zu ni. Ingatkan dah cuti. Hmmm.. Lagi lah bertambah tension aku. Semua dok tanya macam2. Mana lah aku tau baby ni nak keluar bila. Nak amek cuti awal bos x kasi. Pegi toilet terus aku nangis. X bole nak tahan2 dah. Kalau aku tahan mau naik darah tinggi aku ni. Aku dah la ade history darah tinggi xmau la pregnancy kali ni bersalin sebab darah tinggi. Bagitau husband, dia swoh aku amek half day. Dok rumah rehat je. Pegi keje tambah tension buat apa. Aku pun setuju la. Kepala ni dah x bole nak pikir pasal keje dah. 

Sekarang ni hari2 aku dok tunggu tanda2 nak bersalin. Kalau bole xnak la bersalin time tarikh due date tu. Aku harap sangat aku dapat bersalin awal sebab aku nak bersalin normal. Doc cakap kalau ade keluar tanda sebelum tarikh due date tu peluang nak bersalin normal cerah sebab sebelum ni kan aku czer. Tapi sampai ke hari ni xde langsung tanda2 nak bersalin. Perut mengeras tu ade la. Nak kata contraction aku xtau sebab masa zara's dulu aku x sempat nak rasa contraction. Ade jugak hari tu perut aku mengeras lain macam. Sampai berpeluh jugakla. Aku dah pikir ni mesti contraction ni tapi sekali tu je sakit. Xde rasa sakit dah lepas tu. So, aku assume tu hanya lah braxton hicks. 

Pregnancy kali ni kaki tangan aku xde bengkak2. Jenuh jugakla tunggu kaki bengkak tapi sampai sekarang x bengkak2 pun. Alhamdulillah masih lagi bole solat macam biasa. Ade jugak aku solat duduk tu pun kalau perut aku sakit. Kalau x elok je solat macam orang lain. Aku ade sembang dengan mak aku apsal kaki x bengkak pun padahal dah masuk 9 bulan. Orang tua2 cakap kalau kaki bengkak tu dah surut tu tandanya dah nak bersalin. Habis aku ni kaki x bengkak2 pun camno nak surut? Mak aku cakap bukan semua orang macam tu.. Ade yang kaki bengkak ade yang x.. Owh, sekarang baru aku tau hehe.. Lagi satu ketiak dengan leher aku ni hitam sungguhla.. Malu bila nak bukak tudung time solat kat tempat keje. Bole hilang ke eyh? Masa zara's dulu xde plak jadi macam ni huhu!

Hari2 aku dok gugel baca pengalaman bersalin blogger2 lain. Dapat lah sikit ilmu2 yang aku xtau. Bila baca pengalaman bersalin orang lain rasa makin x sabar nak bersalin. X sabar nak bau baby. Cepatla keluar adik.. Semua tunggu adik keluar ni. Doakan aku cepat bersalin eyh. Dipermudahkan segalanya.. Insha Allah..

Bubye

P/s: Semua barang2 dah siap sedia dalam kete tunggu mak buyong ni sakit je.. Cepatlah keluar baby.. Sobs sobs 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.