Powered By Blogger

Friday, May 20, 2016

.Get Well Soon Son.

Assalamualaikum

Minggu ni rajin betui jari jemari ahkak menaip. Dah lama rasanya x membebel dalam blog kite ni. Ade yang rindu ke mihmih.. Minggu ni aku rasa macam keje x keje je. Dahla minggu ni 4 hari je keje sebab hari jumaat kitorang dapat cuti replacement untuk Wesak day. Hari senin and selasa aku dapat MC sebab sakit mata. Holiday mood on kauu haha! 

Tapi hari isnin tu pengasuh wassap aku bagitau azhad muntah2 and cirit birit. Adussss.. X bes kan bila anak2 sakit. Mak2 angat tau. Korang yang dah ade anak tu tau la perasaan bila anak kita sakit huhu.. Tengah hari lepas balik klinik aku bawak balik azhad ke rumah. Aku syak dia muntah and cirit birit sebab minum air susu strawberry dutch lady sebab pagi tu sebelum p rumah pengasuh aku bagi dorang susu tu sorang satu. Azhad mana penah minum air tu.

Malam tu p klinik. Time tu dia aktif lagi. Kat klinik main sini sana. Esoknya aku x hantar azhad ke pengasuh sebab aku MC lagi. Hari selasa tu lah badan dia start panas, tido je sepanjang hari. Risau sungguhla aku. Sampai lah ke hari ni dah masuk hari keempat demam still on off. Muntah and cirit birit kurang dah sikit cuma dia x aktif sangat. Nak menempek je keje dia. 

Semalam aku keje tapi aku dengan husband amek half day sebab bawak azhad pegi amek darah. Pagi tu pengasuh bagitau lagi azhad muntah and cirit birit. Baru je hari rabu tu macam dah lega sikit tup2 semalam jadi balik huhu. Alhamdulillah, result darah azhad semuanya normal. Doc pun cakap dia xde pape. Lega sikit hati ni. 

Tapi kena beware jugaklah kan. Risau jadi pape. Nak pegi mana2 pun terbantut sebab pikirkan azhad. Xpe.. lain kali bole je jalan2 kan kena pentingkan anak2 yang x sihat ni. Kesian dia.. Ummi doakan aad cepat sembuh ye sayang. Ummi rindu aad yang dulu.. Aktif, banyak makan, gemuk.. Korang doakan azhad cepat sembuh ye..





Till then, bubye

.Dugaan Beli Rumah.

Assalamualaikum

Korang sedia maklum kan rumah kat malaysia ni makin lama makin mahal. Mencanak2 naik rege dia. Debor ahkak tengok. Rasa macam ade harapan ke aku nak beli rumah sendiri ni. Gaji x seberapa hidup plak kat kota metropolitan ni memang nak pinjam bahu hang sat huhu! Tapi.... Kalau kita percaya rezki yang sebenar benarnya tu milik Allah toksah takut sangat aih. Ade la tu nty cuma cepat or lambat je. Allah dah atur rezki masing2 cun2 dah. Be positive sikit naa..

Tahun ni azam kami laki bini memang nak beli rumah. Memang dah aim rumah second hand jerk sebab utama dia dekat dengan rumah pengasuh. Kalau orang dengar mesti x puas hati kan alasan yang ntah pape tapi bagi kami ia adalah alasan yang cukup muhasabah dan munasabah heh! Korang ingat senang ke nak jumpa pengasuh yang baik camtu? Anak aku sakit dia sanggup bawak p klinik sambil call aku nangis2, wassap sentiasa utk tau perkembangan anak2, paling kuat pun dia mai rumah tengok anak2. Kalau balik lewat ke apa xde nak mintak charge terlebih jaga dorang.. Mintak dorang balik lewat adela sebab nak bawak p jalan2. Susah weh zaman sekarang nak carik pengasuh camtu. Syukur Alhamdulillah..

Kalau bab2 rumah sapa yang x demand kan. Aku ni lagi lah terlajak demand. Nak rumah yang ada balconi, ada swimming pool.. Menangisss laki aku dengaq haha! Tapi back to basic jelah.. Apa yang ada kita rembat saja. Awal tahun ni aku dok gigih p bukak website mudah cari rumah second hand yang dekat2 area sini je. Banyak sebenarnya dugaan nak beli rumah. Tu baru nak cari rumah tau macam2 jadi. Dapat rumah besar sikit dari rumah sekarang tapi tingkat 4 xde lif. Husband dah bising2 dia kata susahlah rumah tinggi2, nak angkat barang penatlah. Oklahhhh bosss.. Dapat tingkat 2 tetiba call agent esoknya dah ade orang bayar deposit hmmmm melepasss.. 

Nak dijadikan cerita aku dapat contact agent kat area rumah aku ni. Tingkat 7 tapi blok lain la. Owner nak jual rm200k tapi nego dapat rm195k. Review rumah macam ok je tapi kena keluar banyak duet sikitla sebab nak kena buat kabinet dapo n grill tingkap. Tanya husband dia setuju so kitorang pun proceed semua document. 3% daripada 10% kena bayar kat agent dulu baru dia bole buat keje dia. Semua benda termasuk loan bank dan cari lawyer semua agent yang buat.

Nak dekat sebulan jugaklah kitorang tunggu proses loan bank. Lama gak kan tu yang pelik tu.. Risau gak x approve. Pastu push2 agent rupanya kawan agent tu yg uruskan pasal loan bank kitorang and dia htr document kitorang kat 1 bank je sebab si banker tu kawan dia, bole? Husband bengang gakla. Dalam pada masa yang sama owner rumah sewa kitorang tanya nak x beli rumah yang kitorang duduk ni.. Adehhhhh.. Time tu memang dilema betul. Lagi2 owner rumah offer harga lagi rendah dari rumah yang kitorang nak beli tu.


Discuss punya discuss kitorang agree to refund balik duet booking tu. Nasib lah masa sign form booking fee tu husband ade tick kalau lebih 14 hari process loan bank x settle kitorang bole refund. Memang lega lah bila duet refund tu bole dapat balik. Agent pun x bole nak buat apa dah sebab memang dah ade dalam form kan. Bila dah settle pasal rumah yang x jadi tu kitorang proceed nak beli rumah yang kitorang duduk ni. Syukur Alhamdulillah.. X payah nak pindah randah dah lepas ni cuma perlu repair apa yang patut je. Biasalah rumah second hand kan. Dalam kepala aku ni dah pikir macam2 dah. Nak deko sana sini. Banyak dah pic yang aku save untuk rujukan masa hadapan. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya.. Amin..


Till then, bubye


Tuesday, May 17, 2016

.Scabies.

Assalamualaikum

Bertabahlah wahai hati.. Pembuka tahun 2016 kami sekeluarga diuji dengan kesihatan yang x menentu. Kali ni si twin tu plak yang sakit. Mula2 dulu Amani tumbuh biji2 kecik kat tangan dia. Siap ada nanah tapi x teruk sangat. Husband bawak dia p klinik. Dapat lah antibiotic and ubat sapu. 

Mula tu ade la recover sikit pastu naik balik. Hampir sebulan jugakla Amani camtu dok bergaru je pastu tumbuh nanah. Banyak. Takut + risau aku dibuatnya huhu! Ajak husband pegi klinik. Doc tengok pun terkejut and doc x bole buat pape. Just mintak refer doc pakar. Teruk katanya. Doc pun dah pandang slack jerrr kat aku dengan husband *damn*





So, aku dengan husband ambik cuti bawak Amalia Amani pegi hospital. Terus tuju ke Ara Damansara Medical Centre sebab dekat je dengan rumah, tup2 specialist dermatologist yilek. Dia ada hari jumaat & sabtu je phfttt.. So, kitorang gerak pegi SJMC plak. 

Doc pakar bagitau Amalia Amani ada scabies aka kudis buta. Syukurlah Amalia x banyak macam Amani kalau x mesti aku nangis gila2 punya lah. Sapa x sayang anak oiiii! Doc explained how this scabies happen and macam mana nak tangani scabies ni. So, doc bagi ubat sapu & antibiotic dekat dorang anddd aku dengan husband pun kena pakai krim for 48hours untuk matikan terus kutu tu. X pasal2 je kan.

Lepas abes je dengan doc, Amani plak kena dressing luka dia tu. Sekali dengan nanah2 dia nurse cucuk. Mengamuk + menangis xpyh cakaplah. Aku sua ipad pun x jalan. Tengok Amani macam tu aku plak rasa nak nangis *pinjam bahu sat*





3 hari EL tapi aku mintak dengan bos keje dari rumah. Sebabnya susah kot aku nak hantar Amani ke kak wan. Nak mandi pun susah, mungkin sebab pedih bila kena air. Lagi satu masalah bila nak sapu ubat kat luka dia. Menguji kesabaran kot. Sakit kan mestilah dia mengamuk. Azhad plak aku hantar ke kak wan . At least dia xde lah berjangkit dengan kakak2 dia. Hope so!

Dalam masa kejadian ni, kitorang laki bini terus mengemas rumah. Basuh segala cadar, langsir. Basuh kat dobi dengan air panas. DONE! Husband beli gak spray untuk bunuh kuman. Tu semua dia gugel. Semua baju yang dah dipakai aku rendam dengan air panas. Ko tengok betapa takutnya kitorang kalau benda ni jadi balik. 

Skang dah masuk bulan 5 kan but sisa2 baki scabies tu masih ade kat Amalia Amani sobs sobs.. Aku pun dah abes cara dah nak buat hape dengan dorang ni. Ubat doc, ubat kampung semua lah aku try tapi slow sangat jalannya.. Budak besar gini bila dah gatal dapat garu x hengat. Kalau leka sikit dorang menggaru sampai berdarah. Tu yang aku geram tu. Bila dah nak baik sikit dorang garu makin melarat la kan. Camne nak sembuh kalau macam ni. 

Kalau nak cakap penat dah lama dah aku stop try pakai macam2 kat dorang tapi xkan x buat apa kot kan. Kesian la kat dorang, apa punya makla haku ni kan. Now, tengah try pakai bedak muntah belut. Ni aku beli kat kampung husband. Bedak muntah belut ni sesuai untuk kudis2 camtu lah. 1st time pakai cam dah nampak perkembangan baik tapi satu biji bedak tu cepat norr abeh. Kena pakai jiat2 teheeee..

Hopefully lepas ni dah xdelah scabies2 ni. Jenuh dah aku dengan husband dok pikir nak bagi ubat apa kat dorang ni. Tahun ni memang on off family aku sorang2 sakit. Sabar lah, just be positive. Sakit tu kan penghapus dosa.. Amin



Till then, bubye

.Azhad Dah Sembuh.

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Syukur Ya Allah! Berkat doa, usaha dan tenaga kami, sekarang azhad dah sembuh dari eczema (hope so!) Lama kot aku tunggu saat2 ni. Rasa macam mimpi je bila azhad dah sembuh. Yelah.. Dulu eczema dia kan teruk. Bertampal sana sini. Makan pun banyak yang kena sekat. Now, semua makanan dia hentam haha! 

Ada jugak makanan yang gatai2 macam fast food and telor aku bagi dia makan. Alhamdulillah immune system dia dah bagus dah bole terima makanan2 macam ni. Lega hati mak ni nak huhu.. Olivenol plus pun aku still makan lagi even azhad dah campo susu. Olivenol yang aku beli ade lagi memang nak habiskan je. Bila dah nampak perkembangan baik macam ni rasanya lepas ni dah x payah beli dah kot. Oh ya! Azhad sekarang dah x fully breastfeed sebab susu aku dah makin sikit since aku demam panas ritu. So, azhad sekarang campo minum susu suffi goat. So far so good. Mula2 risau jugak sebab takut eczema dia makin teruk tapi bila dah banyak kali minum xde effect kat eczema dia pun. Lega aih!

Satu lagi azhad still on homeopathy. Kalau ada tempat2 yang dia gatai cepat2 aku sapukan krim homeopathy tu. Memang kena ada krim tu kalau nak p mana2. Risau kan kot2 eczema dia naik balik. Rawatan homeopathy ni sebenarnya memang elok tapi bukan aku tolak bulat2 ubat doc. Cuma ni salah satu ikhtiar kitorang dan Alhamdulillah badan azhad bole terima ubat2 homeopathy. 

Dan sekarang aku bersyukur sangat2 azhad dah sembuh. Bila tengok dia dengan keadaan sekarang ni macam x percaya azhad dulu penah ada eczema. Kalau dulu aku selalu menangis lepas tu persoalkan kenapa semua ni jadi kat famili aku tapi bila pikir2 balik memang ada banyak hikmah disebaliknya. Banyak benda aku tau pasal eczema yang dulu langsung zero pada aku. Ilmu dan pengalaman macam ni bukan senang nak dapat. Lagi best bila aku dapat share dan tolong orang lain yang juga ada masalah yang sama. Allah is the best scriptwriter kan..

Nih aku banjer sikit gambar anak teruna aku hihi! Doakan azhad sihat selalu macam budak2 lain ye.. Amin



Till then, bubye