Tuesday, May 17, 2016

.Azhad Dah Sembuh.

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Syukur Ya Allah! Berkat doa, usaha dan tenaga kami, sekarang azhad dah sembuh dari eczema (hope so!) Lama kot aku tunggu saat2 ni. Rasa macam mimpi je bila azhad dah sembuh. Yelah.. Dulu eczema dia kan teruk. Bertampal sana sini. Makan pun banyak yang kena sekat. Now, semua makanan dia hentam haha! 

Ada jugak makanan yang gatai2 macam fast food and telor aku bagi dia makan. Alhamdulillah immune system dia dah bagus dah bole terima makanan2 macam ni. Lega hati mak ni nak huhu.. Olivenol plus pun aku still makan lagi even azhad dah campo susu. Olivenol yang aku beli ade lagi memang nak habiskan je. Bila dah nampak perkembangan baik macam ni rasanya lepas ni dah x payah beli dah kot. Oh ya! Azhad sekarang dah x fully breastfeed sebab susu aku dah makin sikit since aku demam panas ritu. So, azhad sekarang campo minum susu suffi goat. So far so good. Mula2 risau jugak sebab takut eczema dia makin teruk tapi bila dah banyak kali minum xde effect kat eczema dia pun. Lega aih!

Satu lagi azhad still on homeopathy. Kalau ada tempat2 yang dia gatai cepat2 aku sapukan krim homeopathy tu. Memang kena ada krim tu kalau nak p mana2. Risau kan kot2 eczema dia naik balik. Rawatan homeopathy ni sebenarnya memang elok tapi bukan aku tolak bulat2 ubat doc. Cuma ni salah satu ikhtiar kitorang dan Alhamdulillah badan azhad bole terima ubat2 homeopathy. 

Dan sekarang aku bersyukur sangat2 azhad dah sembuh. Bila tengok dia dengan keadaan sekarang ni macam x percaya azhad dulu penah ada eczema. Kalau dulu aku selalu menangis lepas tu persoalkan kenapa semua ni jadi kat famili aku tapi bila pikir2 balik memang ada banyak hikmah disebaliknya. Banyak benda aku tau pasal eczema yang dulu langsung zero pada aku. Ilmu dan pengalaman macam ni bukan senang nak dapat. Lagi best bila aku dapat share dan tolong orang lain yang juga ada masalah yang sama. Allah is the best scriptwriter kan..

Nih aku banjer sikit gambar anak teruna aku hihi! Doakan azhad sihat selalu macam budak2 lain ye.. Amin



Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.