Friday, May 20, 2016

.Dugaan Beli Rumah.

Assalamualaikum

Korang sedia maklum kan rumah kat malaysia ni makin lama makin mahal. Mencanak2 naik rege dia. Debor ahkak tengok. Rasa macam ade harapan ke aku nak beli rumah sendiri ni. Gaji x seberapa hidup plak kat kota metropolitan ni memang nak pinjam bahu hang sat huhu! Tapi.... Kalau kita percaya rezki yang sebenar benarnya tu milik Allah toksah takut sangat aih. Ade la tu nty cuma cepat or lambat je. Allah dah atur rezki masing2 cun2 dah. Be positive sikit naa..

Tahun ni azam kami laki bini memang nak beli rumah. Memang dah aim rumah second hand jerk sebab utama dia dekat dengan rumah pengasuh. Kalau orang dengar mesti x puas hati kan alasan yang ntah pape tapi bagi kami ia adalah alasan yang cukup muhasabah dan munasabah heh! Korang ingat senang ke nak jumpa pengasuh yang baik camtu? Anak aku sakit dia sanggup bawak p klinik sambil call aku nangis2, wassap sentiasa utk tau perkembangan anak2, paling kuat pun dia mai rumah tengok anak2. Kalau balik lewat ke apa xde nak mintak charge terlebih jaga dorang.. Mintak dorang balik lewat adela sebab nak bawak p jalan2. Susah weh zaman sekarang nak carik pengasuh camtu. Syukur Alhamdulillah..

Kalau bab2 rumah sapa yang x demand kan. Aku ni lagi lah terlajak demand. Nak rumah yang ada balconi, ada swimming pool.. Menangisss laki aku dengaq haha! Tapi back to basic jelah.. Apa yang ada kita rembat saja. Awal tahun ni aku dok gigih p bukak website mudah cari rumah second hand yang dekat2 area sini je. Banyak sebenarnya dugaan nak beli rumah. Tu baru nak cari rumah tau macam2 jadi. Dapat rumah besar sikit dari rumah sekarang tapi tingkat 4 xde lif. Husband dah bising2 dia kata susahlah rumah tinggi2, nak angkat barang penatlah. Oklahhhh bosss.. Dapat tingkat 2 tetiba call agent esoknya dah ade orang bayar deposit hmmmm melepasss.. 

Nak dijadikan cerita aku dapat contact agent kat area rumah aku ni. Tingkat 7 tapi blok lain la. Owner nak jual rm200k tapi nego dapat rm195k. Review rumah macam ok je tapi kena keluar banyak duet sikitla sebab nak kena buat kabinet dapo n grill tingkap. Tanya husband dia setuju so kitorang pun proceed semua document. 3% daripada 10% kena bayar kat agent dulu baru dia bole buat keje dia. Semua benda termasuk loan bank dan cari lawyer semua agent yang buat.

Nak dekat sebulan jugaklah kitorang tunggu proses loan bank. Lama gak kan tu yang pelik tu.. Risau gak x approve. Pastu push2 agent rupanya kawan agent tu yg uruskan pasal loan bank kitorang and dia htr document kitorang kat 1 bank je sebab si banker tu kawan dia, bole? Husband bengang gakla. Dalam pada masa yang sama owner rumah sewa kitorang tanya nak x beli rumah yang kitorang duduk ni.. Adehhhhh.. Time tu memang dilema betul. Lagi2 owner rumah offer harga lagi rendah dari rumah yang kitorang nak beli tu.


Discuss punya discuss kitorang agree to refund balik duet booking tu. Nasib lah masa sign form booking fee tu husband ade tick kalau lebih 14 hari process loan bank x settle kitorang bole refund. Memang lega lah bila duet refund tu bole dapat balik. Agent pun x bole nak buat apa dah sebab memang dah ade dalam form kan. Bila dah settle pasal rumah yang x jadi tu kitorang proceed nak beli rumah yang kitorang duduk ni. Syukur Alhamdulillah.. X payah nak pindah randah dah lepas ni cuma perlu repair apa yang patut je. Biasalah rumah second hand kan. Dalam kepala aku ni dah pikir macam2 dah. Nak deko sana sini. Banyak dah pic yang aku save untuk rujukan masa hadapan. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya.. Amin..


Till then, bubye


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.