Powered By Blogger

Sunday, April 21, 2013

.Ampunkan Ummi.

Assalamualaikum

Ummi mintak maaf kalau selama zara's bernafas di alam muka bumi ni ummi selalu marahkan zara's, tinggi suara dengan zara's dan pukul zara's. semua tu di luar kawalan ummi.. sesungguhnya ummi langsung tidak terniat untuk menyakiti zara's apatah lagi memukul anak2 ummi.

Sekarang ni ummi terlalu pressure. pressure dengan keja2 dan bila balik rumah ummi x dapat rehat. bila zara's mengamuk ummi lepaskan pressure ummi kat zara's. Ya Allah.. berdosanya ummi terhadap anak2 ummi. zara's terlalu kecil dah memahami semua tu. walaupun ummi marah zara's tapi zara's tetap sayangkan ummi.. ummi tahu sebab bila zara's menangis anak2 ummi pandang muka ummi dengan penuh kasih sayang.. cuma ummi yang terlalu egois. ummi biarkan zara's..

Zara's, ummi terlalu sayangkan zara's.. lebih dari nyawa ummi sendiri. ummi mintak ampun. ummi seorang ibu yang jahat. ummi x mampu nak jaga zara's dengan baik tapi berilah peluang untuk ummi mengubah kesilapan ummi. insyaAllah ummi akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 ummi.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini. kuatkanlah imanku dan kesabaranku sepanjang aku membesarkan anak2ku.. sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengasihani..






Tuesday, April 16, 2013

.Melecet, Sakitnya!!.

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share barang baik punya,muahaha.. bukan barang yang x elok.. ni barang yang sangat bagus. tambah untuk mak2 yang tengah pening macam mana nak hilangkan masalah anak yang selalu melecet kat celah pampers.

Masa aku tengah pregnant dulu, kawan kat tempat keja aku ada suggest satu barang Amway ni. Deodorant Amway. Deodorant ni dia guna untuk sapu kat area bontot baby dan sewaktu dengannya sebelum nak pakaikan pampers. Selama dia bagi anak dia pakai x penah la anak dia melecet. Sampai la sekarang anak dia dah umur 2 tahun pun dia bagi pakai lagi.

Aku ni yang x berapa nak ada ilmu pasal anak ni pun beli la jugak. Harga deodorant ni RM21. memang mahai sikit tapi Alhamdulillah.. memang berbaloi2. x rugi la aku beli deodorant ni. anak2 aku Alhamdulillah sampai la ni umur dah 7 bulan xdak sekali pun melecet. Harap2 sampai bila2 la x terkena sebab aku tau bila melecet ni memang sakit. kadang aku pun ada kena jugak. bila badan dah gemuk, dua2 peha ni asyik berlanggar ja time tengah jalan. kalau tengah berpeluh tu la dia jadi. time tu sangat lah sakit,huhu. kita yang besar ni pun x tertanggung ni plak baby lagi la kesian.

Dulu masa anak2 baru lahir, aku n husband tukar2 pampers jugak sebab anak2 aku ni jenis berak banyak. semua jenis pampers tembus. dari yang mahai sampai la yang murah. sama saja tapi dalam2 dok tukar pampers tu xdakla melecet bontot anak. syukur sangat. last, jumpa jugak pampers yang x tembus, whoopee.. ^_^

So, aku sangat2 lah syorkan mak2 kat luar sana beli la deodorant Amway ni. memang x rugi. lagi satu deodorant ni tahan lama. aku pakai satu botol untuk dua orang baby tahan 6 bulan.ni baru beli balik. untuk pengetahuan semua, deodorant ni sebenarnya untuk orang dewasa pakai letak kat ketiak. aku xtau plak sapa yang start letak deodorant ni kat bontot baby, pastu elok plak tu.. insyaAllah, aku akan jadi peminat setia deodorant Amway. kot2 ada rezki anak lepas ni memang aku nak terus ja pakai deodorant ni.



Bubye

p/s: pampers is a brand, diapers is a correct word. dah terbiasa,LOL!!

Friday, April 12, 2013

.Abes Duet Badan pon Naik.

Assalamualaikum

Dah nak hampir sebulan aku kurangkan keluar lunch dengan kawan2. Dulu masa baru2 naik keja setiap hari wajib aku lunch kat luar. kalau hari jumaat lagi panjang langkah kitorang. kadang bole lepas sampai ikea semata mata nak makan meatballs. ingatkan x ramai orang time weekdays tapi rupanya jenuh queue. *pengsan*

Lama jugak aku follow kawan2 makan kat luar. makan bukan tempat yang cikai. nak makan kat mall ja. sekali makan mesti abes dalam belas2 ringgit. time tu memang x hingat. husband biarkan ja, xdak plak nak tegur2. lagi la bini dia ni suka.

Lepas dah berbulan2 tu baru tersedar sendiri. bila kira2 balik duet makan tetiap ari tu banyak sangat abes dalam masa seminggu ja! time tu rasa Ya Allah.. kenapa lah aku suka2 abeskan duet untuk benda makan yang mahai2 ni. kalau duet tu beli barang yang lagi berfaedah kan bagus. memang akan ada orang cakap, xpa..untuk perut sendiri jugak makan saja.. duet bole carik lagi. tu orang lain. orang yang mampu dari segala segi. aku ni jenis yang x berapa nak mampu tapi berlagak mampu,huhu..

Bila sembang dengan husband pasal ni husband diam saja. dia dah lama tau tapi malas nak cakap dengan aku. nasib aku tersedar. kalau x sampai sekarang la bodo2 aku abeskan duet p makan makanan mahai2. memang bes bila setiap hari kita p makan tempat lain2 pastu bole rasa macam2 makanan yang sebelum ni kita x penah makan. memang heaven! tapi cukupla. aku xmau seksa family aku. aku sorang2 dok syiok makan sedap2, husband plak terpaksa ikat perut nak tahan duet sampai hujung bulan. x sanggup aku. husband dok jenuh ot cari duet aku plak sedap2 abeskan duet. 

Sekarang ni dah nak sebulan aku susun jadual aku. pagi aku amek breakfast kat cafe. makan pakai kad. tempat keja aku ada bagi subsidi rm50 setiap bulan. Alhamdulillah cukup pakai untuk sebulan tu. time breakfast aku amek makanan yang berat sikit sebab lunch aku x keluar dah. kalau  rasa nak p break pun aku cuma lepak kat take 5 saja makan roti. ni la plan jimat+diet aku,huahua.. dulu kalau lunch setiap ari kat luar duet abes badan pun naik. nasib dapat stop!























Bubye

p/s: tobat dah! ;p

Wednesday, April 10, 2013

.Selamat Tinggal.

Assalamualaikum

Hampir setahun 2 bulan aku n husband menyewa kat pangsapuri utarid. banyak kenangan kami masa tinggal kat rumah tu. dah sampai masa kami pulangkan balik rumah tu kat owner dia. sedih xtau nak cakapla sebab tu la rumah first yang kami duduk lepas kawen. suka duka semua ada kat rumah tu.

Aku okay ja bila duduk rumah tu even memang x dinafikan ramai orang asing tinggal kat situ. tapi  environment dia x berapa nak elok. rumah okay.. dah siap renovate.. siap pasang tiles, kabinet dapur n aircond lagi. tapi tu la.. bila orang2 tua nak mai rumah aku ni payah sikit.. xdak lif. nak naik tu aduhaiii.. abes nafas.. bila dah duduk kat atas nak turun pun malas.

1st reason kenapa kami nak pindah sebab kabinet dapur. masa mula2 duduk rumah tu paip kat sinki dapur tu memang dah bocor. benda ni husband dah bagitau kat owner tapi owner tu mintak husband cari orang tukang repair. husband ni plak keje shift, mana sempat nk p cari. bila free bole lupa plak,hmm.. lama2, bila dah teruk sangat bocor tu, kayu kabinet tu dah jadi kembang pastu terus runtuh. bila dah jadi macam tu nak masak pun x semangat. plan nak pindah rumah makin berkobar2,hukhuk

Weekend lepas aku n husband p cuci rumah lama. barang2 yang besar dah abes pindah. cuma tinggal barang2 yang kecik ja. banyak jugak yang nak kena kemas. tengok barang macam x banyak tapi bila kumpul2 balik berlambak,hahaha.


banyak x barang? berapa trip dok ulang alik. nasib dekat..

 Bilik 1st.. bilik yang paling besar sekali. banyak letak barang kat dalam bilik ni la. bilik ni x cantik sebab owner x cat abes. kenapa aku pun tatau..

 Ni bilik kelamin,ngehehe.. bilik 2nd besar. kami pilih tido dalam bilik ni sebab owner dah siap2 letak aircond walaupun tido x guna aircond sgt..

 ha.. ni la dapur yang runtuh tu.. ni dah major ni T_T


 si husband tengah basuh bahagian dapur

 ni bilik ketiga. bilik yang paling kecik. bilik ni buat bilik semayang.


 sebelum berkemas



 akhirnya..fuh.. 

 1 keta penuh barang

 ni muka letih.. badan pun dah berbau, uwekk

 ni muka sedih nak tinggal rumah lama,hukhuk

 ni muka suka sebab semua dah selesai,yeay

 view rumah lama..bubye T_T

 husband pun dah letih.. mlm nk p keja plak.pengsan!


anak2 elok ja tido kt rumah baru.. nasib x meragam. thanks ank!


Bubye

p/s: hari2 lalu rumah lama bole lepas rindu,auww!! 

Thursday, April 4, 2013

.Annoying Sangat Part 2.

Assalamualaikum

Hahaha, aku igt dah xdak nak cerita pasal benda ni tapi ada lagi, so kena buat part 2 la. sejak badan aku start berkembang, aku dok kena perli saja. sakit jugak telinga ni tapi tahan sebab kawan punya pasal,hmm..

Ada baru ni time makan kat cafe.. biasa la pagi2 breakfast kena makan banyak sikit sebab aku sekarang ni kalau time lunch memang x kuar sebab nak siapkan keja, xdakla nty balik lambat. memang rutin aku breakfast makan lebih sikit. 

Ari tu memang aku dok sebelah 'dia'. letak ja tray atas meja, terus 'dia' tegur.. ''mak ai..banyaknya makan.. mee goreng, ikan seekor, sayur lagi pastu siap minum nesvita!'' aku ni terkulat2 bijik mata bila 'dia' cakap macam tu. mau nya aku x malu,huhu.. 

Penah sekali masa nak amek lauk kat cafe 'dia' tegur aku jugak.. ''amboi banyaknya nasi menimbunnn''. geram nya hati aku. nak tegur aku makan banyak la tu. 'dia' tu bukannya kecik sgt pun. badan besar jugak x pyhla nak tegur2 orang. tau x perempuan ni kalau tegur pasal badan sensitip sikit? aku ni pun salah sorang jugak. dah jenis badan aku ni cepat naik nak buat macam mana. lain la kalau orang lain lepas bersalin ja terus selim balik macam anak dara. tu keturunan.. keturunan aku lain. semua jenis badan cepat naik lepas bersalin. tapi kalau diet bole kurus sebab tu aku dok gigih tahan x makan nasi sekarang ni. aku nak tunjuk sikit kat 'dia' tu. aku nak kurus dari 'dia'. tengokla nty. melopong ke x,hahaha

Kadang okay jugak bila ada orang cakap macam tu. buat aku lagi semangat nak kurus. sekarang ni dok tahan telinga ja la. 'dia' tu selalu perasan 'dia' lagi kurus dari aku tapi yang ado.. gemuk jugak.. xpyhla nak tegur2 orang walhal diri sendiri pun sama,ngeee...

bubye

p/s: semangat berkobar2.. chaiyok!!