Powered By Blogger

Friday, April 12, 2013

.Abes Duet Badan pon Naik.

Assalamualaikum

Dah nak hampir sebulan aku kurangkan keluar lunch dengan kawan2. Dulu masa baru2 naik keja setiap hari wajib aku lunch kat luar. kalau hari jumaat lagi panjang langkah kitorang. kadang bole lepas sampai ikea semata mata nak makan meatballs. ingatkan x ramai orang time weekdays tapi rupanya jenuh queue. *pengsan*

Lama jugak aku follow kawan2 makan kat luar. makan bukan tempat yang cikai. nak makan kat mall ja. sekali makan mesti abes dalam belas2 ringgit. time tu memang x hingat. husband biarkan ja, xdak plak nak tegur2. lagi la bini dia ni suka.

Lepas dah berbulan2 tu baru tersedar sendiri. bila kira2 balik duet makan tetiap ari tu banyak sangat abes dalam masa seminggu ja! time tu rasa Ya Allah.. kenapa lah aku suka2 abeskan duet untuk benda makan yang mahai2 ni. kalau duet tu beli barang yang lagi berfaedah kan bagus. memang akan ada orang cakap, xpa..untuk perut sendiri jugak makan saja.. duet bole carik lagi. tu orang lain. orang yang mampu dari segala segi. aku ni jenis yang x berapa nak mampu tapi berlagak mampu,huhu..

Bila sembang dengan husband pasal ni husband diam saja. dia dah lama tau tapi malas nak cakap dengan aku. nasib aku tersedar. kalau x sampai sekarang la bodo2 aku abeskan duet p makan makanan mahai2. memang bes bila setiap hari kita p makan tempat lain2 pastu bole rasa macam2 makanan yang sebelum ni kita x penah makan. memang heaven! tapi cukupla. aku xmau seksa family aku. aku sorang2 dok syiok makan sedap2, husband plak terpaksa ikat perut nak tahan duet sampai hujung bulan. x sanggup aku. husband dok jenuh ot cari duet aku plak sedap2 abeskan duet. 

Sekarang ni dah nak sebulan aku susun jadual aku. pagi aku amek breakfast kat cafe. makan pakai kad. tempat keja aku ada bagi subsidi rm50 setiap bulan. Alhamdulillah cukup pakai untuk sebulan tu. time breakfast aku amek makanan yang berat sikit sebab lunch aku x keluar dah. kalau  rasa nak p break pun aku cuma lepak kat take 5 saja makan roti. ni la plan jimat+diet aku,huahua.. dulu kalau lunch setiap ari kat luar duet abes badan pun naik. nasib dapat stop!























Bubye

p/s: tobat dah! ;p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.