Thursday, April 4, 2013

.Annoying Sangat Part 2.

Assalamualaikum

Hahaha, aku igt dah xdak nak cerita pasal benda ni tapi ada lagi, so kena buat part 2 la. sejak badan aku start berkembang, aku dok kena perli saja. sakit jugak telinga ni tapi tahan sebab kawan punya pasal,hmm..

Ada baru ni time makan kat cafe.. biasa la pagi2 breakfast kena makan banyak sikit sebab aku sekarang ni kalau time lunch memang x kuar sebab nak siapkan keja, xdakla nty balik lambat. memang rutin aku breakfast makan lebih sikit. 

Ari tu memang aku dok sebelah 'dia'. letak ja tray atas meja, terus 'dia' tegur.. ''mak ai..banyaknya makan.. mee goreng, ikan seekor, sayur lagi pastu siap minum nesvita!'' aku ni terkulat2 bijik mata bila 'dia' cakap macam tu. mau nya aku x malu,huhu.. 

Penah sekali masa nak amek lauk kat cafe 'dia' tegur aku jugak.. ''amboi banyaknya nasi menimbunnn''. geram nya hati aku. nak tegur aku makan banyak la tu. 'dia' tu bukannya kecik sgt pun. badan besar jugak x pyhla nak tegur2 orang. tau x perempuan ni kalau tegur pasal badan sensitip sikit? aku ni pun salah sorang jugak. dah jenis badan aku ni cepat naik nak buat macam mana. lain la kalau orang lain lepas bersalin ja terus selim balik macam anak dara. tu keturunan.. keturunan aku lain. semua jenis badan cepat naik lepas bersalin. tapi kalau diet bole kurus sebab tu aku dok gigih tahan x makan nasi sekarang ni. aku nak tunjuk sikit kat 'dia' tu. aku nak kurus dari 'dia'. tengokla nty. melopong ke x,hahaha

Kadang okay jugak bila ada orang cakap macam tu. buat aku lagi semangat nak kurus. sekarang ni dok tahan telinga ja la. 'dia' tu selalu perasan 'dia' lagi kurus dari aku tapi yang ado.. gemuk jugak.. xpyhla nak tegur2 orang walhal diri sendiri pun sama,ngeee...

bubye

p/s: semangat berkobar2.. chaiyok!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.