Tuesday, April 16, 2013

.Melecet, Sakitnya!!.

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share barang baik punya,muahaha.. bukan barang yang x elok.. ni barang yang sangat bagus. tambah untuk mak2 yang tengah pening macam mana nak hilangkan masalah anak yang selalu melecet kat celah pampers.

Masa aku tengah pregnant dulu, kawan kat tempat keja aku ada suggest satu barang Amway ni. Deodorant Amway. Deodorant ni dia guna untuk sapu kat area bontot baby dan sewaktu dengannya sebelum nak pakaikan pampers. Selama dia bagi anak dia pakai x penah la anak dia melecet. Sampai la sekarang anak dia dah umur 2 tahun pun dia bagi pakai lagi.

Aku ni yang x berapa nak ada ilmu pasal anak ni pun beli la jugak. Harga deodorant ni RM21. memang mahai sikit tapi Alhamdulillah.. memang berbaloi2. x rugi la aku beli deodorant ni. anak2 aku Alhamdulillah sampai la ni umur dah 7 bulan xdak sekali pun melecet. Harap2 sampai bila2 la x terkena sebab aku tau bila melecet ni memang sakit. kadang aku pun ada kena jugak. bila badan dah gemuk, dua2 peha ni asyik berlanggar ja time tengah jalan. kalau tengah berpeluh tu la dia jadi. time tu sangat lah sakit,huhu. kita yang besar ni pun x tertanggung ni plak baby lagi la kesian.

Dulu masa anak2 baru lahir, aku n husband tukar2 pampers jugak sebab anak2 aku ni jenis berak banyak. semua jenis pampers tembus. dari yang mahai sampai la yang murah. sama saja tapi dalam2 dok tukar pampers tu xdakla melecet bontot anak. syukur sangat. last, jumpa jugak pampers yang x tembus, whoopee.. ^_^

So, aku sangat2 lah syorkan mak2 kat luar sana beli la deodorant Amway ni. memang x rugi. lagi satu deodorant ni tahan lama. aku pakai satu botol untuk dua orang baby tahan 6 bulan.ni baru beli balik. untuk pengetahuan semua, deodorant ni sebenarnya untuk orang dewasa pakai letak kat ketiak. aku xtau plak sapa yang start letak deodorant ni kat bontot baby, pastu elok plak tu.. insyaAllah, aku akan jadi peminat setia deodorant Amway. kot2 ada rezki anak lepas ni memang aku nak terus ja pakai deodorant ni.



Bubye

p/s: pampers is a brand, diapers is a correct word. dah terbiasa,LOL!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.