Powered By Blogger

Monday, August 31, 2015

.Husband Denggi.

Assalamualaikum

Asalnya nak cabar diri sendiri rajinkan diri update blog tapi time tu lah ade halangan dan dugaan hehe.. Lama nau nau x bukak blog kiter ni. Ade ke orang yang singgah or baca blog buruk ni haaa? Xpe la iolls syok sendiri hihi. 

Lebih seminggu husband kena denggi. Awalnya jadi masa petang sabtu last two weeks. Husband ngadu badan dia sakit2 lepas bangun tido. Aku ingat biasa2 je sebab husband ni jenis jarang sakit. Pegang dahi dia Ya Allah! Panas sangat2. Ajak jugak pegi klinik tapi husband xnak. Dia cakap nak tido je esok sihatla tu. ok fineeeee.. Kite ikut jela cakap dia. Esoknya camtu jugek. Panas je lagi x kebah2 pun. 

Hari isnin husband mc sebab still demam. Aku sorang jela gigih p keje hihi! Esoknya plak husband cakap dia xnak pegi keje lagi sebab dia start muntah n cirit birit. Plak dah. Salah makan ke? Lepas je husband hantar aku pegi keje dia singgah klinik jap. Aku suruh dia mintak doc check darah. Result darah doc cakap husband kena denggi. Air mata aku terus mengalir......


Badan dah start naik merah2..

Hari tu aku amek half day. Kawan aku hantar ke tropicana hospital. Husband pegi sana dengan member dia, naqib (thanks naqib banyak tolong). Before admit, kena amek darah lagi sebab nak confirmkan positif denggi or suspect denggi je. Dalam 1 jam setengah gitu doc panggil husband. Confirm positif denggi n hampir denggi berdarah! Lama gakla dok menunggu proses nak warded ni. Dalam pukul 6.30pm barulah masuk ward tu pun masuk ward rawatan rapi sebab doc nak pantau keadaan husband. Time tu platelet darah husband 77. Platelet normal is 150 n above.

Hari tu jugak PIL turun kl sebab nak amek zaras bawak balik kampung. Aku x terdaya nak jaga tiga2 kalau dok sorang2. Aku cuma bole jaga azhad je lagipum azhad kan bf. Kesian zaras kena berjauhan dengan ayah n ummi. Sori sayangs. Sepanjang husband warded, aku mintak kat boss keje dari rumah. Aku x bole nak tinggal husband. Sapa nak jaga dia kat hospital. Kalau sakit2 biasa xpela huhu. Gigih gakla aku usung beg laptop dengan beg breastpump tetiap hari ke hospital hehe. Nasiblah boss memahami (thanks bossss). 


Tu tengah makan sup tulang ayam. My MIL yang masak sebab doc suruh makan sup tulang ayam. Sup ketam benda pertama doc x bagi makan. Doc cakap kalau nak masuk icu silakan makan sup ketam. Aku pun xtau kenapa. Biasa kalau denggi memang ramai yang suggest makan sup ketam kan. Ni xtaula plak. Ikut jela.. Kang betul2 masuk icu kang. Pitammmm.

Tetiap hari aku akan pegi hospital dalam pukul 11am camtu lah. Kak wan tolong hantarkan aku. Balik plak cousin yang datang amek. Ya Allah.. Rasa macam patah sebelah kaki bila husband xde. Lagi2 bila xde lesen ni. Terasa sangat2 menyusahkan orang huhu! Kena amek lesen gak lepas ni huh!

Makin hari makin turun plak platelet sampai 36! Try plak buat jus daun betik. Sebelum ni aku just rebus je daun betik tu tapi x jadi pape la plak. Bila husband minum jus daun betik, platelet dia naik sikit. Esoknya buat benda yang sama. Alhamdulillah naik jugak sampai lah platelet dia 127. Jus daun betik ni salah satu cara je yang lebihnya kuasa Allah SWT.



Hampir seminggu husband berkampung kat hospital akhirnya dah bole discharge yeayyyy!! Rindunya lahaiiii nak tengok husband duduk kat rumah. Dan besnya husband dapat mc seminggu. Sonok lettew. Aku gak yang kena keje hihi.. Sokayyyy.

Till then, bubye

Saturday, August 15, 2015

.Solid Food for Azhad.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Bulan ni azhad dah masuk 7 bulan. Dah macam2 peel dah keluar. Jaga baby boy ni lain sikit dari kakak2 dia dulu. Baby boy ni manja dia lain macam sikit. Tambah2 nyusu badan lagilah manja yang amat. Pantang nampak aku mula lah macam cacing kepanasan. Nape azhad, ummi kamu ni hot sangat ke?? *sambil libas2 rambut*

Bila dah 7 bulan ni patutnya dah start la kan azhad makan solid food tapi entah kenapa lah dengan anak teruna aku ni. Aku ni esaited lebih tau nak bagi dia makan. Gigih p gugel sana sini cari resepi nak masak untuk dia. Special resepi tau untuk baby eczema tapi bila aku dah buat dia xnak makan huwaaaaaa.. 

Xpe ummi buat benda lain plak. Aku try buat puree epal+carrot. Aku rasa macam dah sedap. X sabar nak bagi azhad makan. Siap2 pack bagi kat pengasuh. Balik tu pengasuh cakap azhad xnak makan jugak. Dia simpan je dalam mulut pastu meleleh. Bertuah punya budak. Kak wan cakap masa dia suap zaras makan, azhad dok bising nak mumm mummm.. Kak wan amek nasi sikit lenyek2 suap dalam mulut dia. Eh, nak plak dia makan. Xde plak rasa nak muntah2 ke hape kan. Sabor je la.

Esoknya aku try buat bubur plain. X blend. Letak puree kurma sikit. Balik amek diorang, kak wan cakap pun sama jugak. Dia xnak siap nak muntah2 lagi. Eiiii.. Geram nya ummi kat azhad ni. Kamu tu kecik lagi mana bole nak makan makanan orang dewasa. Kalau makan biskut milna pun sama. Xnak yang cair2. Bila kak wan pecahkan biskut tu letak dalam mulut dia baru dia nak makan. Tapi kak wan cakap dia jaga2 jugak takut kang tercekik plak huhu.. Mintak dijauhkan...





So, time azhad ni aku xde experience nak share dengan korang pasal solid food for baby. Xpela next baby nty la ye eh! Hehe..

Till then, bubye

Thursday, August 13, 2015

.Mother's Room.

Assalamualaikum

Hye peeps! Just want to share mother's room kat tempat keje aku. Alhamdulillah, ade 2 'buah' eyk mother's room kat sini. Sangat supportive betul. Sukaaa! Tapi aku selalu guna yang paling dekat dengan department aku la. Dan amat2 lah selesa. Memandangkan aku keje di dalam line/production, memang lah x patut dan x boleh ye nak mengepump kat dalam line. So, company dah sediakan untuk mommy2 gojes ni kemudahan yang selesa dan thorbaekk.

Okay, aku ade selitkan sikit gambar2 dalam mother's room yang biasa aku guna. Dalam mother's room ni ade 2 bilik. Jom skodeng!

Ni salah satu bilik. Besar gak, kalau yang okay jerrr nak sharing2 bole la muat dalam 2 orang. Kalau x biasa nak share dengan orang uolls bole je tutup pintu kunci hehe. X kesah. Kalau bilik penuh kat luar ni ade kerusi untuk menunggu or kalau lama sangat bole la ko pump jela kat luar tu. Ade plug bagai.. Semua dah disediakan gittew.



Ni bilik lagi satu. Sama je besarnya.



Ni la benda paling penting. Peti ais. Ni kecik sikit. Kalau mothers room satu lagi besar peti ais dia tapi aku x larat nak pegi sana. Jauh... Yang tu bilik ade 3.



Toilet pun disediakan. Dah macam mother's room kat shopping mall la plak kan. Senang bila ade toilet, nak cuci part2 pump semua. Kang lepas pump terasa nak shishi senang je kan.

Haaa ni gambar keseluruhan lah kiranya. Besar x? Alhamdulillah.. Sini la tempat aku menuai tetiap hari. Kalau lama sangat aku bawak je laptop masuk. Sambil pump sambil buat keje. Susu dapat keje siap, ye dok? hehe



Yang aku perasan, sejak aku menjadi pengepump tegar ni kebanyakkan yang pump orang cina. Baguskan. Diorang pun ade kesedaran betapa bagusnya susu ibu ni. So mommy out there yang tengah pregnant tu niat kan dalam hati nak susukan anak nty dengan susu ibu. Banyak kelebihannya. Aku pun dulu penah gagal. Kali ni memang dah niat since pregnant dulu nak susukan azhad dengan susu aku sendiri. Harap2 niat aku ni berjalan dengan lancar. Amin. Doakan aku ye!

Till then, bubye

Thursday, August 6, 2015

.Semoga Aman di Sana.

Assalamualaikum

Arwah paklang banyak tolong kami adik beradik. X mungkin aku lupakan jasa2 arwah. Kat kampung rumah paklang depan rumah kitorang je. Paklang ni abang mak aku. Pape memang mintak tolong kat paklang jela sebab dia yang paling dekat.

Ingat lagi aku time aku nak masuk sekolah teknik n politeknik dulu. Paklang la yang susah2 hantarkan aku ke sana. Sama lah macam kaklai nak belajar dulu. Dia jugak yang tolong hantarkan. Sebab tu la memang terasa sangat bila paklang meninggal.

Nak cakap pasal kebaikan paklang ni banyak sangat. Ramai kawan2 arwah cakap arwah sangat baik. Rasa sedih plak bila tiap kali teringat kat paklang hmmmmmm.. Semoga arwah tenang di sana. Amin..


Till then, bubye

.Al Fatihah untuk Pak Lang.

Assalamualaikum

Sedih. Paklang sakit teruk lepas raya. Sebelum ni sakit tibi tapi dah okay but still badan dia kurus. X berisi macam dulu. Xpela paklang.. Asalkan paklang sihat. 

Aku ingat lagi masa bulan puasa kitorang adik beradik, makcik pakcik, sepupu sepapat semua balik kampung kumpul ramai2 sebab nak bukak puasa sama2. Orang yang paling seronok mestilah paklang. Siap sponsor kambing lagi. Paklang memang suka kalau adik beradik dia berkumpul. Tapi masa tu paklang dah bertongkat. Dia cakap tiba2 ja kaki dia sakit. Masa raya terus dia duduk atas wheel chair. Kesian paklang.

Beberapa hari lepas raya, anak paklang, kak nisak bagitau paklang warded. Doc check rupanya pinggul paklang patah tapi xtau sebab x bawak p hospital. Patutlah paklang x bole berjalan. Lepas tu, doc sahkan paklang ada masalah buah pinggang. Kena buat dialisis cuci darah. Disebabkan paklang rimas dengan wayar2 yang ada kat badan dia, doc mintak izin pengsankan paklang supaya prosedur untuk cuci darah berjalan dengan lancar. Lepas pada tu paklang dah x sedar2. Anak2 paklang selalu update perkembangan paklang kat kitorang thru whatsapp. 

Sampailah 1st aug, mak call aku dalam pukul 3.45am camtu lah bagitau paklang dah nazak. Mak dah meraung raung dah. Mak mintak kami semua balik. Aku belek hp rupanya kak nisak ada whatsapp, doc cakap paklang dah xde harapan. Ya Allah.. Aku menangis semahunya! Pagi tu whatsapp dengan sedara tanya sapa yang dah balik. Semua dah ondaway balik kampung masa tu. 

Aku terus pegi hospital taiping niat untuk ziarah paklang. Masa masuk kat wad icu tu dari jauh dah nampak paklang. Time tu memang dah x tahan. Air mata laju je keluar. Kaki paklang dah jatuh. Paklang hanya bergantung pada bantuan oksigen je. Aku sempat sedekahkan yaasin untuk paklang. Masih berharap agar paklang cepat sembuh macam biasa. Moga ada keajaiban.

Malam tu sebelum nak tido aku cari2 hp aku kat bawah rumah, bila bukak masuk whatsapp dari kak nisak, bagitau paklang dah xde. Aku menjerit kat mak. Mak terduduk... Menjerit mak kat adik beradik dia yang tengah tido. Semua pakat menangis. Ya Allah.........

************************************************
Alhamdulillah.. Dalam pukul 11am ahad pagi arwah selamat dikebumikan. Terus hujan lebat. Hari tu redup je sampai ke petang padahal mak cakap sebelum ni panas. Husband cakap sembahyang jenazah ramai orang.. Lebih dari orang yang sembahyang jumaat. Alhamdulillah..