Powered By Blogger

Thursday, August 6, 2015

.Al Fatihah untuk Pak Lang.

Assalamualaikum

Sedih. Paklang sakit teruk lepas raya. Sebelum ni sakit tibi tapi dah okay but still badan dia kurus. X berisi macam dulu. Xpela paklang.. Asalkan paklang sihat. 

Aku ingat lagi masa bulan puasa kitorang adik beradik, makcik pakcik, sepupu sepapat semua balik kampung kumpul ramai2 sebab nak bukak puasa sama2. Orang yang paling seronok mestilah paklang. Siap sponsor kambing lagi. Paklang memang suka kalau adik beradik dia berkumpul. Tapi masa tu paklang dah bertongkat. Dia cakap tiba2 ja kaki dia sakit. Masa raya terus dia duduk atas wheel chair. Kesian paklang.

Beberapa hari lepas raya, anak paklang, kak nisak bagitau paklang warded. Doc check rupanya pinggul paklang patah tapi xtau sebab x bawak p hospital. Patutlah paklang x bole berjalan. Lepas tu, doc sahkan paklang ada masalah buah pinggang. Kena buat dialisis cuci darah. Disebabkan paklang rimas dengan wayar2 yang ada kat badan dia, doc mintak izin pengsankan paklang supaya prosedur untuk cuci darah berjalan dengan lancar. Lepas pada tu paklang dah x sedar2. Anak2 paklang selalu update perkembangan paklang kat kitorang thru whatsapp. 

Sampailah 1st aug, mak call aku dalam pukul 3.45am camtu lah bagitau paklang dah nazak. Mak dah meraung raung dah. Mak mintak kami semua balik. Aku belek hp rupanya kak nisak ada whatsapp, doc cakap paklang dah xde harapan. Ya Allah.. Aku menangis semahunya! Pagi tu whatsapp dengan sedara tanya sapa yang dah balik. Semua dah ondaway balik kampung masa tu. 

Aku terus pegi hospital taiping niat untuk ziarah paklang. Masa masuk kat wad icu tu dari jauh dah nampak paklang. Time tu memang dah x tahan. Air mata laju je keluar. Kaki paklang dah jatuh. Paklang hanya bergantung pada bantuan oksigen je. Aku sempat sedekahkan yaasin untuk paklang. Masih berharap agar paklang cepat sembuh macam biasa. Moga ada keajaiban.

Malam tu sebelum nak tido aku cari2 hp aku kat bawah rumah, bila bukak masuk whatsapp dari kak nisak, bagitau paklang dah xde. Aku menjerit kat mak. Mak terduduk... Menjerit mak kat adik beradik dia yang tengah tido. Semua pakat menangis. Ya Allah.........

************************************************
Alhamdulillah.. Dalam pukul 11am ahad pagi arwah selamat dikebumikan. Terus hujan lebat. Hari tu redup je sampai ke petang padahal mak cakap sebelum ni panas. Husband cakap sembahyang jenazah ramai orang.. Lebih dari orang yang sembahyang jumaat. Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.