Saturday, August 15, 2015

.Solid Food for Azhad.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Bulan ni azhad dah masuk 7 bulan. Dah macam2 peel dah keluar. Jaga baby boy ni lain sikit dari kakak2 dia dulu. Baby boy ni manja dia lain macam sikit. Tambah2 nyusu badan lagilah manja yang amat. Pantang nampak aku mula lah macam cacing kepanasan. Nape azhad, ummi kamu ni hot sangat ke?? *sambil libas2 rambut*

Bila dah 7 bulan ni patutnya dah start la kan azhad makan solid food tapi entah kenapa lah dengan anak teruna aku ni. Aku ni esaited lebih tau nak bagi dia makan. Gigih p gugel sana sini cari resepi nak masak untuk dia. Special resepi tau untuk baby eczema tapi bila aku dah buat dia xnak makan huwaaaaaa.. 

Xpe ummi buat benda lain plak. Aku try buat puree epal+carrot. Aku rasa macam dah sedap. X sabar nak bagi azhad makan. Siap2 pack bagi kat pengasuh. Balik tu pengasuh cakap azhad xnak makan jugak. Dia simpan je dalam mulut pastu meleleh. Bertuah punya budak. Kak wan cakap masa dia suap zaras makan, azhad dok bising nak mumm mummm.. Kak wan amek nasi sikit lenyek2 suap dalam mulut dia. Eh, nak plak dia makan. Xde plak rasa nak muntah2 ke hape kan. Sabor je la.

Esoknya aku try buat bubur plain. X blend. Letak puree kurma sikit. Balik amek diorang, kak wan cakap pun sama jugak. Dia xnak siap nak muntah2 lagi. Eiiii.. Geram nya ummi kat azhad ni. Kamu tu kecik lagi mana bole nak makan makanan orang dewasa. Kalau makan biskut milna pun sama. Xnak yang cair2. Bila kak wan pecahkan biskut tu letak dalam mulut dia baru dia nak makan. Tapi kak wan cakap dia jaga2 jugak takut kang tercekik plak huhu.. Mintak dijauhkan...





So, time azhad ni aku xde experience nak share dengan korang pasal solid food for baby. Xpela next baby nty la ye eh! Hehe..

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.