Thursday, August 6, 2015

.Semoga Aman di Sana.

Assalamualaikum

Arwah paklang banyak tolong kami adik beradik. X mungkin aku lupakan jasa2 arwah. Kat kampung rumah paklang depan rumah kitorang je. Paklang ni abang mak aku. Pape memang mintak tolong kat paklang jela sebab dia yang paling dekat.

Ingat lagi aku time aku nak masuk sekolah teknik n politeknik dulu. Paklang la yang susah2 hantarkan aku ke sana. Sama lah macam kaklai nak belajar dulu. Dia jugak yang tolong hantarkan. Sebab tu la memang terasa sangat bila paklang meninggal.

Nak cakap pasal kebaikan paklang ni banyak sangat. Ramai kawan2 arwah cakap arwah sangat baik. Rasa sedih plak bila tiap kali teringat kat paklang hmmmmmm.. Semoga arwah tenang di sana. Amin..


Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.