Powered By Blogger

Monday, August 31, 2015

.Husband Denggi.

Assalamualaikum

Asalnya nak cabar diri sendiri rajinkan diri update blog tapi time tu lah ade halangan dan dugaan hehe.. Lama nau nau x bukak blog kiter ni. Ade ke orang yang singgah or baca blog buruk ni haaa? Xpe la iolls syok sendiri hihi. 

Lebih seminggu husband kena denggi. Awalnya jadi masa petang sabtu last two weeks. Husband ngadu badan dia sakit2 lepas bangun tido. Aku ingat biasa2 je sebab husband ni jenis jarang sakit. Pegang dahi dia Ya Allah! Panas sangat2. Ajak jugak pegi klinik tapi husband xnak. Dia cakap nak tido je esok sihatla tu. ok fineeeee.. Kite ikut jela cakap dia. Esoknya camtu jugek. Panas je lagi x kebah2 pun. 

Hari isnin husband mc sebab still demam. Aku sorang jela gigih p keje hihi! Esoknya plak husband cakap dia xnak pegi keje lagi sebab dia start muntah n cirit birit. Plak dah. Salah makan ke? Lepas je husband hantar aku pegi keje dia singgah klinik jap. Aku suruh dia mintak doc check darah. Result darah doc cakap husband kena denggi. Air mata aku terus mengalir......


Badan dah start naik merah2..

Hari tu aku amek half day. Kawan aku hantar ke tropicana hospital. Husband pegi sana dengan member dia, naqib (thanks naqib banyak tolong). Before admit, kena amek darah lagi sebab nak confirmkan positif denggi or suspect denggi je. Dalam 1 jam setengah gitu doc panggil husband. Confirm positif denggi n hampir denggi berdarah! Lama gakla dok menunggu proses nak warded ni. Dalam pukul 6.30pm barulah masuk ward tu pun masuk ward rawatan rapi sebab doc nak pantau keadaan husband. Time tu platelet darah husband 77. Platelet normal is 150 n above.

Hari tu jugak PIL turun kl sebab nak amek zaras bawak balik kampung. Aku x terdaya nak jaga tiga2 kalau dok sorang2. Aku cuma bole jaga azhad je lagipum azhad kan bf. Kesian zaras kena berjauhan dengan ayah n ummi. Sori sayangs. Sepanjang husband warded, aku mintak kat boss keje dari rumah. Aku x bole nak tinggal husband. Sapa nak jaga dia kat hospital. Kalau sakit2 biasa xpela huhu. Gigih gakla aku usung beg laptop dengan beg breastpump tetiap hari ke hospital hehe. Nasiblah boss memahami (thanks bossss). 


Tu tengah makan sup tulang ayam. My MIL yang masak sebab doc suruh makan sup tulang ayam. Sup ketam benda pertama doc x bagi makan. Doc cakap kalau nak masuk icu silakan makan sup ketam. Aku pun xtau kenapa. Biasa kalau denggi memang ramai yang suggest makan sup ketam kan. Ni xtaula plak. Ikut jela.. Kang betul2 masuk icu kang. Pitammmm.

Tetiap hari aku akan pegi hospital dalam pukul 11am camtu lah. Kak wan tolong hantarkan aku. Balik plak cousin yang datang amek. Ya Allah.. Rasa macam patah sebelah kaki bila husband xde. Lagi2 bila xde lesen ni. Terasa sangat2 menyusahkan orang huhu! Kena amek lesen gak lepas ni huh!

Makin hari makin turun plak platelet sampai 36! Try plak buat jus daun betik. Sebelum ni aku just rebus je daun betik tu tapi x jadi pape la plak. Bila husband minum jus daun betik, platelet dia naik sikit. Esoknya buat benda yang sama. Alhamdulillah naik jugak sampai lah platelet dia 127. Jus daun betik ni salah satu cara je yang lebihnya kuasa Allah SWT.



Hampir seminggu husband berkampung kat hospital akhirnya dah bole discharge yeayyyy!! Rindunya lahaiiii nak tengok husband duduk kat rumah. Dan besnya husband dapat mc seminggu. Sonok lettew. Aku gak yang kena keje hihi.. Sokayyyy.

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.