Tuesday, September 1, 2015

.Rumah Sewa Ggrrrr!.

Assalamualaikum

Dah masuk bulan september dah. Sekejap nya rasa.. X sedor kang eh2 dah tahun 2016 dahla wakk. Siyes kite x sedor. Tampar sikit, pang! Hehe.. 

Xmau lawak2. Kali ni entry kasik penumbuk berkecai muka. Marah ni *kembang kempis hidung*. Kalau dah citer pasal rumah sewa sah2 la aku nak ngutuk owner rumah ni. Letih sungguhla nak melayan owner rumah camni tau. Citer nye gini.. 

Owner rumah mintak husband p rumah dia hantar surat apa benda ntah. Ewah2 dah macam kuli plak laki aku ni dia arah bagai. I is gewam u know! Surat tu pakai alamat rumah yang kitorang menyewa ni. Pastu dia swoh plak laki kite hantar kat rumah dia. Dah banyak kali dah jadi camni huhu!

Sampai rumah owner rumah dia cakap x jadi nak jual rumah yang kitorang sewa ni sebab dia baru je beli. Kalau dia jual sekarang nty dia kena bayar tax. So dia assume akan jual tahun 2018. Lagi 3 tahun kauuuu. Pastu dia cakap i menganggur sekarang, kalau u nak beli rumah ni i nak u bayar sewa rm1k sebulan sampaila tahun 2018. Kira macam deposit down payment la. Husband dengar dia naik geram lah. Terus husband cakap x nak beli. Pastu pandai plak owner tu cakap xpela.. U sembang dengan u punya wife dulu. Balik2 je husband citer kat aku memanglah aku xnak beli rumah ni. Baik cari rumah yang lagi bagus huh! Yang aku geramnya apa masalah dia menganggur dengan kitorang? Dah kau menganggur kau cari la keje. Xkanlah kitorang nak kena tanggung kau plak kan. Pastu sesedap hati je nak suruh orang bayar rm1k sebulan huh!

Sekarang ni kitorang dok sibukla bukak mudah.my segala. Standby awal2 kot2 owner rumah tu buat gila dia naikkan lagi sewa rumah mampos! Aku ade gak ajak husband sewa rumah lain tapi husband xnak. Penat katanya. Memang penat pun dah pindah randah ni. Banyak keje yang nak kena buat. Husband cakap kalau lepas ni nak pindah pun pindah rumah sendiri terus. Xnak sewa2 dah. Harap2 dipermudahkan segalanya.. Impian nak duduk rumah sendiri harap2 dipercepatkan. Mohon sangat2 Ya Allah.. Kawan2, tolong doakan kami ya..

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.