Tuesday, September 15, 2015

.Zara's Turns 3.

Assalamualaikum

Dah besar dah anak2 ai hihi. Sonok dapat tengok zaras membesar depan mata. Alhamdulillah pinjaman dari Allah yang sangat sempurna. Hari ni 14 Sept 2015 zaras dah 3 years old! Amaigad.. Rasa x percaya je diorang dah besar *leleh air mata iolls*

Tahun ni macam biasa lah sambut bufday dengan my big family. Disebabkan bulan sept ni ramai budak kecik baya zaras yang lahir bulan ni so kitorang decided to make a party. Last year sambut kat A famosa. Buat potluck saje. This year kitorang sambut bufday diorang kat The Fish Manhattan branch Ikano.  Sonok gak kumpul reramai. Kebetulan mak aku turun kl tambah le meriahnya.

Gerak p ikano dalam pukul 5.30pm nasib baik senang dapat parking. Biasa kan macam susah je nak parking area situ sebab dekat dengan ikea. Paham2 jela uolls xkan ai kena pahamkan lagi kan. *kongajo sangat*

Ni lah birthday boys n girls kiterr.. Yayan, Awish, Amalia & Amani. Tahun ni order kek robocar poli sebab 4 orang budak ni memang addicted sangat dengan robocar poli. Tantek angattt kek dia. I loikeee...




Gambar ayah n ummi la plak.. Bila lagi kan asyik gambar korang je. Aku x makan sangat sebab aku tengah sakit time tu. X lalu nak makan huhu *rugi*



Family potrait gittew. Masammmm je muka korang apsal eyh. Senyum la sikittttt..



Terima kaseh semua for the birthday party. Memang awesome. Enjoy sangat. Next year bole plan lagi hihi










Till then, bubye

Saturday, September 5, 2015

.Cotton Craft.

Assalamualaikum

Hi peeps! Busy weekend sangatt. Plan dah lama nak pi wholesale Pureen kat glenmarie shah alam tapi ya ampunnnnn  memang aku xkan pi dah kot. Ramai sangat orang! Sampai nak pengsan aku. Nasib baik anak2 kitorang tinggalkan kejap kat rumah kak wan kalau x kesian kat diorang kena bersesak sesak dengan orang ramai. Tadi pun ramai yang bawak anak2 diorang lepak duduk kat tepi2 jalan je. X gamak jugak aku rasa diorang nak redah. 

Aku memang x sempat nak beli pape. Baju selai pun x dapat. Cuma sempat beli mandian pureen untuk member n zaras je. Yang lain yilek. X sanggup aku. Mohle kite balik b.. Jom..

Cadangnya nak pi tengok wayang tapi xde cerita yang best. So ajak husband pi makan kat cotton craft. Kak reen la ni menghasut aku pasal cotton craft. Tengok kat instagram cam sedap je. Nak try rasa gak hehe..

Sampai je kat cotton craft, xde orang pun. Kitorang je. Lagipun tempat dia cam x strategik. Kebelakang sangat. Ramai yang x perasan agaknya kewujudan restoran ni. Tapi dia punya deco shantek angatt. I is suka!!





Aku order ni haaa fettucinni alfredo salmon. Yummy sedap lagi2 yang creamy2 camni memang i loikkee hehe.. Air aku order mango rush. Memang kuat rasa mango dia. Dap2..


Husband plak order meatball marinara. Pun sedap gak. Meatball dia tersangatlah padat. Nora bagi 5 bintang hehe. Air husband order milky maze. Pun sedap gak. Semua sedaplah. Lagi satu masa memula makanan sampai husband cakap, sikitnya... Last2, bila dah makan.. Husband complain banyakla plak. Jenuh nak habiskan. Tengok je cam sikit. Tu la b. Tamak lagi kan hahaha..



Tapi bagi aku makanan western ni x best makan time lunch. X kenyang n puas sangat. Biasalah perut orang kampung kan. Pape mesti kena cari nasik gak. Jomla b kite balik. Amek anak2 dah rindu sangat dah. Pastu nak masak nasik haha! 




Tuesday, September 1, 2015

.Rumah Sewa Ggrrrr!.

Assalamualaikum

Dah masuk bulan september dah. Sekejap nya rasa.. X sedor kang eh2 dah tahun 2016 dahla wakk. Siyes kite x sedor. Tampar sikit, pang! Hehe.. 

Xmau lawak2. Kali ni entry kasik penumbuk berkecai muka. Marah ni *kembang kempis hidung*. Kalau dah citer pasal rumah sewa sah2 la aku nak ngutuk owner rumah ni. Letih sungguhla nak melayan owner rumah camni tau. Citer nye gini.. 

Owner rumah mintak husband p rumah dia hantar surat apa benda ntah. Ewah2 dah macam kuli plak laki aku ni dia arah bagai. I is gewam u know! Surat tu pakai alamat rumah yang kitorang menyewa ni. Pastu dia swoh plak laki kite hantar kat rumah dia. Dah banyak kali dah jadi camni huhu!

Sampai rumah owner rumah dia cakap x jadi nak jual rumah yang kitorang sewa ni sebab dia baru je beli. Kalau dia jual sekarang nty dia kena bayar tax. So dia assume akan jual tahun 2018. Lagi 3 tahun kauuuu. Pastu dia cakap i menganggur sekarang, kalau u nak beli rumah ni i nak u bayar sewa rm1k sebulan sampaila tahun 2018. Kira macam deposit down payment la. Husband dengar dia naik geram lah. Terus husband cakap x nak beli. Pastu pandai plak owner tu cakap xpela.. U sembang dengan u punya wife dulu. Balik2 je husband citer kat aku memanglah aku xnak beli rumah ni. Baik cari rumah yang lagi bagus huh! Yang aku geramnya apa masalah dia menganggur dengan kitorang? Dah kau menganggur kau cari la keje. Xkanlah kitorang nak kena tanggung kau plak kan. Pastu sesedap hati je nak suruh orang bayar rm1k sebulan huh!

Sekarang ni kitorang dok sibukla bukak mudah.my segala. Standby awal2 kot2 owner rumah tu buat gila dia naikkan lagi sewa rumah mampos! Aku ade gak ajak husband sewa rumah lain tapi husband xnak. Penat katanya. Memang penat pun dah pindah randah ni. Banyak keje yang nak kena buat. Husband cakap kalau lepas ni nak pindah pun pindah rumah sendiri terus. Xnak sewa2 dah. Harap2 dipermudahkan segalanya.. Impian nak duduk rumah sendiri harap2 dipercepatkan. Mohon sangat2 Ya Allah.. Kawan2, tolong doakan kami ya..

Till then, bubye