Powered By Blogger

Monday, November 24, 2014

.Baby dah Engage.

Assalamualaikum

Rabu lepas aku ade appointment kali kedua dengan doc hospital sg buloh. Since uri dah naik ke atas, 2nd appointment ni doc just nak tengok result air kencing 24 jam n result darah dalam badan aku je. Eksaited sangat nak tau result, awal2 dah sampai kat hospital sg buloh. Xmau lambat2 nty queue panjang.


Hari tu dapat doc india. Laju je dia buat keje tapi okayla xde la membebel panjang sangat kan. Sampai2 je dalam bilik terus dia ajak scan sebab 1st appointment dulu baby breech. Kali ni nak tengok position baby dah pusing ke belum. Masa mula2 scan tu, doc terus scan kat tempat bedah dulu n doc tunjuk kat screen kepala baby dah kat bawah. Hooyayy!! Doc cakap ni dah engage ni. Dalam hati ni x abes2 bersyukur kat Allah SWT. Doc check air ketuban okay cukup. Berat baby dah 2.1kg. Normal untuk usia kandungan 34 minggu 3 hari time tu. So far semua normal :)

Dah abes scan doc bagitau result air kencing 24 jam. Normal dah xde terlebih protein pun. Darah pun ok. Doc cakap awak semua okay. So tunggulah.. Bole try bersalin normal. Alhamdulillah.. Rasa seronok sangat bila doc cakap macam tu. Aku je la kena jaga makan dan kesihatan. Harap2 semua nya normal lah sepanjang aku mengandung sampai lah aku bersalin nty. Kali ni harap sangat bole bersalin secara normal. Dah xnak rasa czer. Nak rasa plak nikmat bersalin normal. Korang doa2 kan lah eyh.

Bubye

P/s: Semua sebab Dia. Terima kaseh Ya Allah

Saturday, November 15, 2014

.Uri Bawah Part 2.

Assalamualaikum

Hari tu aku ade cerita pasal complication uri bawah kat sini. Last week aku ade appointment dengan doc hospital sg buloh. Macam biasalah prosedur nak check up2 ni. Sebelum jumpa doc kena amek air kencing, check BP, timbang berat badan and so on.


Nasib hari tu x ramai so xde lah tunggu lama sangat nak jumpa doc. Masa jumpa doc tu ade lah dia bagi consult sikit. Mukadimah katanya, huhu. Then pegi scan nak tengok kedudukan uri. Masa nak scan tu debor sangat rasa hati ni. Alhamdulillah.. uri dah naik ke atas. Syukur sangat2 masa doc bagitau gud news tu. Allah dengar doa aku n husband. Syukur. Pastu doc tanya aku nak bersalin normal ke czer. Ofcoz la kan aku jawab normal. Sapa yang xnak bersalin normal kan. Doc cakap kalau rezki aku keluar tanda masa 37 weeks or 38 weeks memang bagus sebabnya peluang untuk aku bersalin secara normal sangat cerah. Doa2 kan la ye.

Tapi hari tu urine test aku ade kantoi sikit. Uri dah ok sangkut plak tang air kencing huhu! Doc cakap protein dalam air kencing aku lebih +1. Kalau lebih darah tinggi bole naik. So, doc mintak aku kumpul air kencing 24 jam. Adoiiii lah. Aku buat hari ahad. Jenuh jugakla setiap kali nak kencing kena kumpul n simpan. Xpe.. Experience kan. Lepas ni kalau ade orang yang kena macam aku ni bole la aku share cerita haha! 

Next week ade appointment lagi dengan doc hospital sg buloh. Mudah2 mudahan semua result aku ok kali ni. Dan aku dah x sabar nak tunggu orang kat dalam ni keluar. Semua barang dia ummi dah siapkan. Tinggal nak masuk dalam kereta je lagi. Harap2 kali ni bole lah aku bersalin normal. Korang, tolong doakan aku eyh!

Bubye

P/s: Magic sangat bila doc bagitau uri dah naik padahal sebelum tu p scan uri still kat bawah lagi. Kuasa Allah kan sapa yang tahu. Allah sebaik2 perancang. Syukran Ya Allah!

Sunday, November 2, 2014

.Rutin Harian Sebagai Wanita Bekerjaya.

Assalamualaikum

Ewahhhhh! Tajuk entry tuh kelasss sangat tau hehe.. Saje je nak share dengan korang rutin harian aku. Aku ni kan wanita berkerjaya *cuitbahuawak* ade ke masa nak buat kerja rumah tangga plak kan. Haaaa.. Soklan tu kan membunuh sangat tau. Even aku ni keje tapi keje rumah tetap aku buat. Kadang tu memang letih sebab x abes letih kat tempat keje balik rumah kena buat keje lagi. Tapi sebagai seorang isteri nak xnak kau kena buat jugak. Tu salah satu tanggungjawab kite jugak kan.

Macam aku ni, pukul 5.30am dah keluar pegi keje sebab husband keje 6am - 6pm. Hantar anak2 kat pengasuh then terus shoot pegi keje. Pagi2 sebelum keje memang kitorang berdua makan dulu. Biasa memang kitorang bawak bekal. Masak la pape malam tu. Ni kes jimat. Minyak dah naik rege haihhhhh *lappeluhkatdahi*.. Balik sampai rumah pengasuh dalam pukul 7pm. Alhamdulillah, even lambat mana pun pengasuh x penah mintak bayaran tambahan. Memang rezki kitorang dapat pengasuh macam ni.

Rutin setiap malam aku dah siap2 buat jadual. Sebelum buat jadual tu aku discuss dulu dengan husband sebab banyak benda yang dia kena buat sebenarnya ^_^.. Setiap hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari laundry. Ni keje aku lah sebab dari dulu husband memang x suka part2 baju nih. Dia lebih rela masak dari buat hal2 baju. Time tengah pregnant ni banyak keje yang husband dah ambik alih. Aku ade jugak buat sikit2 macam kemas rumah ke. 


Time weekend aku cuma buat keje rumah yang rare sahaja. Contoh, cuci peti ais ke.. Tu kira rare la kan sebab bukan selalu nak cuci. Bila kita dah ade jadual secara automatic nya semua dah jadi tersusun. Weekend aku dah x sebusy dulu. Lebih banyak masa untuk aku rehat. Just masak kalau husband OT dan jaga zara's saje. 

Sebenarnya x penah pun terpikir nak buat jadual bagai ni. Aku buat pun sebab ade terbaca dalam fb bahaha. Membantu betul fb ni. Dah 24 jam dengan fb je kan. Zara's bukan nak layan aku sangat. Diorang sibuk main berdua je. Sebab tu kalau weekend habes semua fb n instagram aku baca. Tv pun sampai dah xtau nak tengok cerita apa. Dulu memang susah nak jaga diorang. Sekarang ni Alhamdulillah senang sangat2. Tapi sekarang ni bila perut dah makin membesar aku x berapa nak mampu nak jaga diorang. Nak bagi mandi. Kadang tu kita xtau mood diorang mcm mana. Bukan tiap kali baik je. Ade time gaduh jugak sampai gigit2. Tu lah part yang aku x bole blah. Memang kena mintak bantuan husband. 

Esok dah start keje balik dah. Gini lah kan. Sekejap je rasa cuti. Nak tunggu cuti punyaaa la lamaaaaa hehe.. Tapi sebab nak carik duet punya pasal kena keje jugak kan. Xpela asalkan kita iklas bantu husband.  

Bubye

P/s: Dah xde keje time weekend, kite tido jelaa hehe..

.Nebes Angatt.

Assalamualaikum

Aik.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan november kan. Cepat sangat masa berlalu. Dan lagi sebulan je lagi aku nak beranak hihi. Nebes tau. Rasa macam x penah beranak je hihi tapi dah siap kena belah dah dulu. Kali ni harap lah dapat peluang rasa beranak secara normal. 

Petang semalam jalan2 p manjaku sg buloh. Kebetulan husband cuti so aku ajakla husband p cari barang baby yang belum cukup lagi. Alhamdulillah setakat ni 90% barang dah complete. Tinggal sikit2 je lagi barang yang nak dibeli. Barang aku confirm x beli lagi haha. Abeslah.. Jangan jadi macam dulu sudahlah. Menangis kau tepi bucu katil. 

Hari ni husband pun x keje. Aku mintak bantuan dia tolong basuhkan baju baby. Lepas ni bole lah packing bag dah pastu siap2 letak dalam kete. Masa zara's dulu semua x menyempat. Aku la punya pasal. Nanti2.. Kan husband yang kena buat semua. Cari spender aku x jumpa. Geram betul. Last2 kena marah dengan aku. Padahal dah tau salah sendiri, huhu!

Sekarang dah masuk 32 weeks. Memang dah rasa cepat letih sekarang ni. Aku x bole buat keje berat since aku kan ade placenta previa. Dan kalau aku berjalan lebih sikit or x cukup tido besok tu siaplah. Sakit la segala tambah2 sekarang ni aku kerap sakit kat bahagian bawah tuttttttt. Rasa macam nak tercabut je. Sabar la sangat2. Maybe effect dari PP tu kot. Nasiblah husband banyak tolong aku buat keje rumah. Tapi kesian tengok dia balik keje penat2 terus masuk dapo masak. Aku ni dia suruh rehat je. Hmm..

Xmau la sedih2 kan. Doakan aku semuanya berjalan lancar. Doakan jugak uri baby naik ke atas dan aku bole lah beranak secara normal. InsyaAllah..

Bubye

P/s: Lepas beranak nty janji kena rajin buat semua keje rumah. Ganti balik masa husband ni.