Saturday, November 15, 2014

.Uri Bawah Part 2.

Assalamualaikum

Hari tu aku ade cerita pasal complication uri bawah kat sini. Last week aku ade appointment dengan doc hospital sg buloh. Macam biasalah prosedur nak check up2 ni. Sebelum jumpa doc kena amek air kencing, check BP, timbang berat badan and so on.


Nasib hari tu x ramai so xde lah tunggu lama sangat nak jumpa doc. Masa jumpa doc tu ade lah dia bagi consult sikit. Mukadimah katanya, huhu. Then pegi scan nak tengok kedudukan uri. Masa nak scan tu debor sangat rasa hati ni. Alhamdulillah.. uri dah naik ke atas. Syukur sangat2 masa doc bagitau gud news tu. Allah dengar doa aku n husband. Syukur. Pastu doc tanya aku nak bersalin normal ke czer. Ofcoz la kan aku jawab normal. Sapa yang xnak bersalin normal kan. Doc cakap kalau rezki aku keluar tanda masa 37 weeks or 38 weeks memang bagus sebabnya peluang untuk aku bersalin secara normal sangat cerah. Doa2 kan la ye.

Tapi hari tu urine test aku ade kantoi sikit. Uri dah ok sangkut plak tang air kencing huhu! Doc cakap protein dalam air kencing aku lebih +1. Kalau lebih darah tinggi bole naik. So, doc mintak aku kumpul air kencing 24 jam. Adoiiii lah. Aku buat hari ahad. Jenuh jugakla setiap kali nak kencing kena kumpul n simpan. Xpe.. Experience kan. Lepas ni kalau ade orang yang kena macam aku ni bole la aku share cerita haha! 

Next week ade appointment lagi dengan doc hospital sg buloh. Mudah2 mudahan semua result aku ok kali ni. Dan aku dah x sabar nak tunggu orang kat dalam ni keluar. Semua barang dia ummi dah siapkan. Tinggal nak masuk dalam kereta je lagi. Harap2 kali ni bole lah aku bersalin normal. Korang, tolong doakan aku eyh!

Bubye

P/s: Magic sangat bila doc bagitau uri dah naik padahal sebelum tu p scan uri still kat bawah lagi. Kuasa Allah kan sapa yang tahu. Allah sebaik2 perancang. Syukran Ya Allah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.