Powered By Blogger

Sunday, November 2, 2014

.Nebes Angatt.

Assalamualaikum

Aik.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan november kan. Cepat sangat masa berlalu. Dan lagi sebulan je lagi aku nak beranak hihi. Nebes tau. Rasa macam x penah beranak je hihi tapi dah siap kena belah dah dulu. Kali ni harap lah dapat peluang rasa beranak secara normal. 

Petang semalam jalan2 p manjaku sg buloh. Kebetulan husband cuti so aku ajakla husband p cari barang baby yang belum cukup lagi. Alhamdulillah setakat ni 90% barang dah complete. Tinggal sikit2 je lagi barang yang nak dibeli. Barang aku confirm x beli lagi haha. Abeslah.. Jangan jadi macam dulu sudahlah. Menangis kau tepi bucu katil. 

Hari ni husband pun x keje. Aku mintak bantuan dia tolong basuhkan baju baby. Lepas ni bole lah packing bag dah pastu siap2 letak dalam kete. Masa zara's dulu semua x menyempat. Aku la punya pasal. Nanti2.. Kan husband yang kena buat semua. Cari spender aku x jumpa. Geram betul. Last2 kena marah dengan aku. Padahal dah tau salah sendiri, huhu!

Sekarang dah masuk 32 weeks. Memang dah rasa cepat letih sekarang ni. Aku x bole buat keje berat since aku kan ade placenta previa. Dan kalau aku berjalan lebih sikit or x cukup tido besok tu siaplah. Sakit la segala tambah2 sekarang ni aku kerap sakit kat bahagian bawah tuttttttt. Rasa macam nak tercabut je. Sabar la sangat2. Maybe effect dari PP tu kot. Nasiblah husband banyak tolong aku buat keje rumah. Tapi kesian tengok dia balik keje penat2 terus masuk dapo masak. Aku ni dia suruh rehat je. Hmm..

Xmau la sedih2 kan. Doakan aku semuanya berjalan lancar. Doakan jugak uri baby naik ke atas dan aku bole lah beranak secara normal. InsyaAllah..

Bubye

P/s: Lepas beranak nty janji kena rajin buat semua keje rumah. Ganti balik masa husband ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.