Powered By Blogger

Sunday, November 2, 2014

.Rutin Harian Sebagai Wanita Bekerjaya.

Assalamualaikum

Ewahhhhh! Tajuk entry tuh kelasss sangat tau hehe.. Saje je nak share dengan korang rutin harian aku. Aku ni kan wanita berkerjaya *cuitbahuawak* ade ke masa nak buat kerja rumah tangga plak kan. Haaaa.. Soklan tu kan membunuh sangat tau. Even aku ni keje tapi keje rumah tetap aku buat. Kadang tu memang letih sebab x abes letih kat tempat keje balik rumah kena buat keje lagi. Tapi sebagai seorang isteri nak xnak kau kena buat jugak. Tu salah satu tanggungjawab kite jugak kan.

Macam aku ni, pukul 5.30am dah keluar pegi keje sebab husband keje 6am - 6pm. Hantar anak2 kat pengasuh then terus shoot pegi keje. Pagi2 sebelum keje memang kitorang berdua makan dulu. Biasa memang kitorang bawak bekal. Masak la pape malam tu. Ni kes jimat. Minyak dah naik rege haihhhhh *lappeluhkatdahi*.. Balik sampai rumah pengasuh dalam pukul 7pm. Alhamdulillah, even lambat mana pun pengasuh x penah mintak bayaran tambahan. Memang rezki kitorang dapat pengasuh macam ni.

Rutin setiap malam aku dah siap2 buat jadual. Sebelum buat jadual tu aku discuss dulu dengan husband sebab banyak benda yang dia kena buat sebenarnya ^_^.. Setiap hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari laundry. Ni keje aku lah sebab dari dulu husband memang x suka part2 baju nih. Dia lebih rela masak dari buat hal2 baju. Time tengah pregnant ni banyak keje yang husband dah ambik alih. Aku ade jugak buat sikit2 macam kemas rumah ke. 


Time weekend aku cuma buat keje rumah yang rare sahaja. Contoh, cuci peti ais ke.. Tu kira rare la kan sebab bukan selalu nak cuci. Bila kita dah ade jadual secara automatic nya semua dah jadi tersusun. Weekend aku dah x sebusy dulu. Lebih banyak masa untuk aku rehat. Just masak kalau husband OT dan jaga zara's saje. 

Sebenarnya x penah pun terpikir nak buat jadual bagai ni. Aku buat pun sebab ade terbaca dalam fb bahaha. Membantu betul fb ni. Dah 24 jam dengan fb je kan. Zara's bukan nak layan aku sangat. Diorang sibuk main berdua je. Sebab tu kalau weekend habes semua fb n instagram aku baca. Tv pun sampai dah xtau nak tengok cerita apa. Dulu memang susah nak jaga diorang. Sekarang ni Alhamdulillah senang sangat2. Tapi sekarang ni bila perut dah makin membesar aku x berapa nak mampu nak jaga diorang. Nak bagi mandi. Kadang tu kita xtau mood diorang mcm mana. Bukan tiap kali baik je. Ade time gaduh jugak sampai gigit2. Tu lah part yang aku x bole blah. Memang kena mintak bantuan husband. 

Esok dah start keje balik dah. Gini lah kan. Sekejap je rasa cuti. Nak tunggu cuti punyaaa la lamaaaaa hehe.. Tapi sebab nak carik duet punya pasal kena keje jugak kan. Xpela asalkan kita iklas bantu husband.  

Bubye

P/s: Dah xde keje time weekend, kite tido jelaa hehe..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.