Powered By Blogger

Sunday, August 6, 2017

.1ST Post on 2017.

Assalamualaikum

Hi uolsss!! Ya Allah.. Lama giler kakak x jenguk blog kakak ni.. Sedih tengok blog dah bersawang huhu! Dahla cerita banyak sangkut. Trip ke brunei la, cte pasal rumah la.. Setahun bersangkut x lepas2 hahaha! Sori lah korang.. Mana la tau kan ada yang tertunggu2 cte kakak ni.. Kakak dah x aktif blog lepas dah beranak 3 ni. Dah xde masa nak bukak laptop karang cte kakak yang x seberapa ni.. Nak bukak kat hp cam x bole je.. Hmm, konpius gegurl. Aku aktif kat instagram je.. Banyak gambo aku upload kat situ sebab senang kan.. Amek gambo terus upload. Zaman dah makin canggih weh, grab the chance hihi..

Hari ni tetiba je terdetik nak bukak blog. Baca balik cte2 lepas buatkan aku rindu sangat2 nak lembutkan balik jari jemari ni.. Bila start karang rasa macam ade lagi ke orang baca blog2 ni? Cam dah ketinggalan zaman je huhu.. Tapi xpela.. Aku start karang balik sebab windu.. Bila tua2 nty bole baca balik.. Kalau umo masih panjang, Insha Allah.. 

Hurmm.. Apa yang aku nak cte eyh.. Dah nak setahun dah sebenarnya aku x bukak blog ni. Banyak benda aku nak share kat dalam ni tapi nty dulu lah sebab aku nak kena kumpul gambar. Cte tanpa gambar x bes sebenarnya hihi. 

Tahun ni officially aku dah 29 tahun.. Next year dah masuk 3 series dah weh.. Omaigod! Anak still lagi 3 orang hehe.. Nty2 lah menambah.. Aku dah 2x czer, kai ke 3 for sure kena czer gak.. Hadaplah aku kena operate lagi huhu.. Redho jela. Dah tertulis kan.

Nah.. Buat tatapan semua gambar kami 5 beranak.. Ni raya tahun ni.. Iols tetap kembang lagi. Ntah bila nak kurus. Misi diet asyik hancuss je. Ok, bye.. Nty kit sambung lagi. Jangan sambung tahun depan udahla ye hihi..



Monday, October 24, 2016

.Rezki Rumah Part1.

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Salah satu azam aku tahun ni dah tertunai. Rasanya dari last year kot kitorang dok gigih carik rumah nak beli. Penat tiap2 bulan dok bayar sewa yang harga dia nth pape plus bukan rumah sendiri. Harga rumah skang dah menggila! Orang macam aku ni x mampu dah nak beli rumah tanah. Mampu dok kat rumah atas langit ni jeh, syukur jela weh asalkan ada rumah. Aku xtau la ada peluang ka lagi harga rumah nak turun. Rumah atas langit ni pun dah mahal sangat. Harga memang x masuk dek akal. Apalah nasib kita rakyat marhaen ni kan. Dats why dah ramai orang yg sanggup keje lebih dari satu sebabnya x mampu nak hidup di negara sendiri. 

Penat membebel. Sambung balik cerita pasal rumah. Kami laki bini start carik rumah secara seriusnya awal tahun ni. Aku lah yang paling gigih hari2 dok bukak mudah. Area memang aku fokus kat area rumah sewa kitorang je sebab kitorang dah immune kat situ hik. Area rumah aku ni x happening lagi. Rasa tenang je bila dok sini. Belakang rumah jalan sikit dah masuk area paya jaras. Memang kawasan kampung. Makanan still lagi murah. Syiok! Plus sayang nak tinggal pengasuh anak2. Jenuh gakla time tu kitorang dok cari rumah. Weekend je husband bawak ronda2 carik rumah yang nak jual. Call sana sini demi sebuah rumah hik.

Carik punya carik dapat lah rumah dalam kawasan apartment kitorang tapi blok lain. Aku dapat dalam mudah. X banyak yang deal thru owner rumah. Banyak yang agent je. Time tu memang aku gugel each of part yang deal dengan agent ni macam mana sebab xnak tersilap langkah. Harga rumah tu dalam mudah RM200k. So deal dengan agent nak jumpa nak tengok rumah. Rumah ok cuma banyak gakla nak kena buang duet tambah situ sini. Aku ada mintak kurangkan harga sikit (ni wajib mintak ye. Kalau x bole xpela) dan Alhamdulillah owner agree to kurangkan jadi RM195k. Oklah still in our target. Bila dah dua2 setuju start bayar 3% of downpayment. Beli rumah second hand ni memang kena prepare cash bebanyak (nangis kat bahu husband). Kalau xde cash jangan mimpi lah nak ada rumah sendiri. Sebab tu aku cakap susahnya hidup kat negara sendiri. Mana slogan rakyat didahulukan?? Sedih weh. Kitorang ni sebab PIL tolong dahulukan duet dorang je kalau x memang sampai ke tua lah x berumah hagaknya. 

Start deal dengan agent masa bulan march. End of april, owner rumah kitorang offer nak jual rumah yang kitorang duduk tu kat kitorang. Harga RM188k. Jauh gak beza dengan rumah yang kitorang nak beli tu. Rasa cam menyesalnya.. Tapi bukan kitorang x penah tanya owner rumah tu nak jual ke x. Dia yang xnak jual. Hmmm.. Time tu kitorang dah sampai step nak tunggu approval loan dari bank je tapi bank buat lambat plak. Lebih dari 14 hari kot bank buat keje x siap2. Per aggreement kalau lebih 14 hari kitorang bole cancelkan aggreement and dapat balik duet 3% tu. Rancangan Allah sangat hebat. Hikmah bank buat keje lambat kitorang cancelkan aggreement tu and proceed to beli rumah sewa kitorang.

Nty aku sambung lagi ye haha. Ak rasa aku taip berjela sangat. Risau orang malas nak baca. Eh, ada ke orang nak baca? Hik! Trip to brunei part2 pun tengah gigik merangkak nak menaip x sudah2 lagi. Tunggu je la weh naaa..

Till then, bubye

Sunday, September 4, 2016

.Trip to Brunei Part 1.

Assalamualaikum

Actually dah lama nak share dengan korang pasal trip aku ke brunei baru2 ni. Baru x baru sangat lah sebab dah lama x update blog ni kan teheee.. Tapi baru sekarang aku ade masa lebih nak citer dengan korang. Tu pun aku biar anak2 tengok upin upin kat utube, kalau x manjang berkepit dengan ummi dorang ni.

Aku pegi brunei dengan family in law. Semua adik beradik husband ikut sekali. Kira percutian keluarga la eyh sebab semua ada. Pegi x lama pun.. 3 hari je.. Hari sabtu pegi isnin dah balik dah tapi 3 hari tu cukup best, cukup tau semua sejarah pasal negara brunei. Kitorang pegi sana bukan untuk shopping ke menda.. Kitorang banyak pegi tempat2 yang ade sejarah macam muzium, masjid. Brunei kan femes dengan masjid dorang yang cantik2 kan. 

Meh aku share dengan korang gambar yang super banyak ni ha.. Sambil2 tu aku citer la sikit kan.. Bertabahlah korang...

Pagi sabtu tu dah terpacak kitorang kat KLIA. Bebudak ni lah paling hepi. Ntah tau ke x nak naik flight tu. Aku ni dah nebes takut dorang nangis atas flight nty. 1st time kot dorang nak naik flight, risau gak.



Haa.. Kitorang amek My Azqa Travel package. Alhamdulillah.. Berbaloi.. Sapa2 yang nak pegi melancong lepas ni bole contact dorang k..

Dalam flight kakak duduk dengan paksu & opah. Nasiblah dia x meragam nak duduk dengan kitorang sekali. Nampak gaya dah besor benor anak dara aku ni weh. Makan sendiri, xde pun nak panggil2 kitorang. Seronok dia makan dalam flight. Semua anak2 behave.. Last masa nak sampai tu kakak tertido. Amani plak dari malaysia sampai ke brunei dok bercakap je, letih kitorang melayan dia saja, hihi. Si adik dapat nenen terus tido manjang. Aku makan pun husband yang suapkan. Yummms, sedap..

Kitorang naik flight Royal Brunei

Alhamdulillah.. Kitorang selamat sampai di Brunei dalam pukul 2.30pm. Sampai je kat sana our tour guide dah siap2 tunggu. Nama dia Muhammad. Transport yang bawak kitorang bas mini. Alhamdulillah, selesa dan cantik. Seronok budak2.. Mak pak budak pun sekali hehe..

Kitorang menginap di Park View Hotel. Cantik dan selesa hotelnya. Hotel ni kat area kampung. Lupa dah apa nama kampung tu. Tapi kampung2 pun rumah sini semua besor2 tau. Nganga kitorang tengok rumah dorang. 



Ni view dalam bilik. Tengoklah anak2 aku, semua dok jakun. Alahaiii anak.. Lepas ni bodek ayah p holiday selalu naaa..




Sampai je hotel perut lapaq sungguh lah. Nak makan apa kan. Tengok gak flyers yang ade kat hotel tu, kira apa makanan yang ade dalam hotel tu bole order la n ade jugak restoren luar yang bole delivery tapi ya ampunnn harga dia macam nak cekik leher kite jerk, hmmmm.. Pastu cik abang kite tengok kite cam lapaq sangat kan dia p lah turun kedai bawah sat. Balik di bawaknya megi 6 bungkus, bubur instant n mee kari sarawak ni. Mahai babe.. Rugi betul x bawak megi dari malaysia. X terpikir langsung. Yela.. kite kan x biasa melancong luar negara ni kan. Kira x berdosa la kan haku terlupa nak bawak benda2 yang biasa memang kena bawak ni haha..

Malam tu dinner kat luar. Makan semua memang dah termasuk dalam pakej. Kite hikut je tour guide tu nak bawak p mana. Mulanya plan malam tu nak p pasar malam tapi hujan plak so x jadi la. Kite dinner je.. Pas dinner balik hotel, tido.. Semua dah kepenatan..


Bersambunggg.. Korang tunggu lah lagi bpe bulan aku hupdate sambungan dia haha.. 

Till then, bubye

Sunday, August 14, 2016

.Probe Open House.

Assalamualaikum

Dah lama benor nak mengarang pasal open house Probe dept tahun ni tapi asyik x berkesempatan je. Alasan sama lagi kan haizzz.. Sama macam tahun2 lepas aku memang join AJK open house raya Probe dept ni sebab dah muka tu je yg hade kan.. Kau redhoo jelaa.. Tapi tahun ni bes sikit sebab dept bagi budget besor sebab orang dah bertambah kan.. Probe pun dah makin besar so bab2 gini kena besar gakla hik!

Biasa kitorang ade gak kutip duet tapi untuk muslim sahaja. Non muslim datang makan je.. Dapatlah sikit untuk top up benda2 cam cikedis ke kek ke.. Alhamdulillah,banyak gak yang dapat. Main dish sponsor by dept. Memang go thru order dengan cafe je. Nak dijadikan cerita xtaula apa yang malang sungguh nasib AJK raya tahun ni main dish kitorang yang gah sangat ittew nasik beriani kambing sampai ke sudah x datang! Hangin satu badan sungguh kitorang. Janji nak hantar before 9am tapi bila OM, segala manager dari dept lain pun datang nasik tu x muncul2 jugak. Kitorang masing2 dah cuak. Rupa2 nya orang cafe salah faham ingatkan kitorang nak order untuk 8.30pm instead of 8.30am. Hello, kitorang dah remind korang byk kali kot siap hantar mail cakap pagi. Adussss.. Segan giler kot. Nasiblah ade makanan lain yang bole jadi back up. Kalau x memang kitorang suruh tetamu semua balik kot huhu..

Dahla.. Barang yang lepas jangan dikenang.. Even ada problem nasik x sampai tapi jangan sampai x bergambo.. Tu perkara wajibb tau.. Tapi tu lahh sempat gambar AJK je, gambar makanan semua den x sempat nak hambek.. Bz ngalahkan open house rumah sendiri.. Tahun depan, iolls surrender naaa..






Till then, bubye

Monday, July 25, 2016

.Eid Mubarak 2016.

Assalamulaikum

Hegeh2 aku hupdate pasal raya tahun ni. Tengok kat dashboard berlambak dah orang dok post pasal raya. Ni baru ade kesempatan nak hupdate blog. Memalam lepas balik keje banyak norr keje rumah menanti, huuuu.. Rasa nak pengsan kadang tu sobs sobs..

Tahun ni turn beraya kat kampung husband. Senyum sampai ke telinga die ye.. Anak2 dah selamat ade kat kampung. Kitorang hantar dorang awal sebab pengasuh dah cuti isnin selasa tu. Kitorang je yang still keje lagi. Habis keje terus berdesup dua laki bini balik kampung. 

Setiap kali malam raya memang family in law akan buat majlis takbir raya. MIL memang x masak untuk raya. Sejak aku kawen memang dah start MIL x masak. Semua order je. Senang cerita kan x payah nak kalut2 masak. Biasa keje aku kat rumah mertua cuci pinggan je haha! Nak masak kang takut semua orang cirit birit. *Alasan sangat*

Mohle tengok gambar2 yang aku tempek ni. Tengokla weh penat aku buat watermark tau. Gigih!

Ni lah suasana malam raya kat rumah mertua. Sejak ramai cucu ni kecoh sungguh tau memasing. Sonok lettew jumpa sepupu semua. Sampai x hengat nak tido.

Alang2 dah ade majlis takbir raya kita share lah sikit majlis bufday anak2 buah Hadirah & Iffah. Yang 2 orang lagi tu memang hobi suka ngacau. Bukan kome punya bufday nak.. Dorang je yang lebih siap berebut nak potong kek.




Budak2 sekarang... Asal nampak aku pegang kamera lelaju je korang posing kan..


Sebelum tetamu pulang kite bergambar lah dulu ye.. Wajib..


Ni citer pagi raya.. Memang kitorang akan berkumpul semua kat rumah opah husband. Dekat je dengan rumah mak. Acara wajib lepas makan, kutip duet raya ler kiter, hehe.. Aku tukang seret anak2 je.. Dah besor gini x dapat lah duet raya.. Jangan mimpi.


Sebahagian dari keluarga belah mak mertua.. Laki aku mana ntah hilang.


Haa.. Tahun ni senonoh sikit. Memasing ade baju raya. Puas hati aku hehe.. Tema weolls tahun ni emerald green walaupun aku rasa aku sorang je yang emerald green tapi xpela asalkan nampak green2 tu pun cukuplah..








Till then, bubye




Tuesday, July 5, 2016

. Selamat Hari Raya in Advance Uollss!.

Assalamualaikum

Hari ni last puasa aku masih bekerja *eh, dah macam pantun plak*. Actually tahun ni korang perasan x cuti raya cam panjang sikit kan. Hari jumaat ni memang company aku cuti sebab replace cuti Nuzul Quran ritu. Sep sikit cuti aku yang x bpe nak hade ni kan. So, husband dengan sukarela nya nak keje hari senin n selasa ni. Makanya aku pun terheret sama lah. Apa nak buat.. Dah keje satu tempat, satu department.. Ko hadappp jelah. 

Sekejap je rasa bulan Ramadhan tahun ni. X rasa langsung 30 hari kita puasa. Terawih pun aku sempat buat kat rumah je tu pun bpe kerat je buat huhu! Xtau la bole jumpa ke x Ramadhan tahun depan. Doa2 kan lah kita dapat manfaat Ramadhan tahun ni dan tahun2 seterusnya.

Anak2 dah selamat ada kat kampung sebab pengasuh dah mintak cuti balik kampung awal. Tahun ni turn beraya kat teluk intan. Aku x kesah pun beraya kat mana2 sebab aku suka balik dua2 kampung. Kitorang laki bini dari start awal kawen dah discuss pasal turn2 balik kampung ni. X payah nak gaduh sangatlah.. Kampung sendiri dengan kampung mertua sama je.. Mak ayah kita jugak kan.

Tahun ni raya close house, ngeeee.. Banyak kot nak pakai duet tahun ni. Masalah pasal rumah pun x selesai lagi. Kadang tu pening aku nak pikir pasal rumah tapi kena face jugak la kalau x, x berumah la aku kan. 

Petang ni lepas je abes keje terus balik kampung. Baju semua dah ready dalam bonet kete haha! Sejenis yang dah x sabor nak balik beraya. Harap2 sempat lah sampai kampung sebelum berbuka sebab setiap kali malam raya rumah mertua ade majlis takbir raya. Semoga perjalanan kami pulang ke kampung selamat sampai dan dilindungi Allah. Korang pun sama tau! Bawak kete hati2, please be careful!


Till then, bubye

Sunday, June 5, 2016

.Ramadhan Kareem 2016.

Assalamualaikum

Ya Allah.. Dah masuk bulan ramadhan kan. Sekejap je rasa macam eh2 baru je raya dah puasa balik kan *ayat klise sangat tau*. Alhamdulillah.. Allah izinkan aku berjumpa dengan ramadhan tahun ni. Harap2 dapat lah buat ibadah lebih sikit time bulan ramadhan ni kan.

Setiap kali bulan ramadhan je company aku memang bagi kelonggaran untuk pekerja muslim yang nak balik awal. Senang nak prepare for berbuka kan. Tahun ni macam tahun lepas aku dengan husband masuk kol 7am - 4.30pm. Sempat kot rempit balik rumah, masak apa yang patut, rehat2 sikit.

Tahun lepas Alhamdulillah dapat puasa penuh even tengah fully breastfeed azhad tapi tahun ni awal2 dah bocor ngeee.. Xpe.. kiter bangun sahur gak sebab nak teman husband sahur. Lagipun kena pura2 puasa jugak xkan la aku nak teguk air time kerja plak kannn.. Kang ade yang nganga plak.

Rasa eksaited sangat kot bila bulan ramadhan ni. Feel dia lain tau. Feel time nak sahur, time nak berbuka, time keje pun ye haha.. Banyak dah resepi2 aku kumpul untuk bulan ramadhan ni tapi AWAS! Sambil beribadat ni rasa2 macam nak diet pun ye. Diet sikit2 untuk jaga kesihatan, insha Allah.



Till then, bubye