Powered By Blogger

Monday, July 25, 2016

.Eid Mubarak 2016.

Assalamulaikum

Hegeh2 aku hupdate pasal raya tahun ni. Tengok kat dashboard berlambak dah orang dok post pasal raya. Ni baru ade kesempatan nak hupdate blog. Memalam lepas balik keje banyak norr keje rumah menanti, huuuu.. Rasa nak pengsan kadang tu sobs sobs..

Tahun ni turn beraya kat kampung husband. Senyum sampai ke telinga die ye.. Anak2 dah selamat ade kat kampung. Kitorang hantar dorang awal sebab pengasuh dah cuti isnin selasa tu. Kitorang je yang still keje lagi. Habis keje terus berdesup dua laki bini balik kampung. 

Setiap kali malam raya memang family in law akan buat majlis takbir raya. MIL memang x masak untuk raya. Sejak aku kawen memang dah start MIL x masak. Semua order je. Senang cerita kan x payah nak kalut2 masak. Biasa keje aku kat rumah mertua cuci pinggan je haha! Nak masak kang takut semua orang cirit birit. *Alasan sangat*

Mohle tengok gambar2 yang aku tempek ni. Tengokla weh penat aku buat watermark tau. Gigih!

Ni lah suasana malam raya kat rumah mertua. Sejak ramai cucu ni kecoh sungguh tau memasing. Sonok lettew jumpa sepupu semua. Sampai x hengat nak tido.

Alang2 dah ade majlis takbir raya kita share lah sikit majlis bufday anak2 buah Hadirah & Iffah. Yang 2 orang lagi tu memang hobi suka ngacau. Bukan kome punya bufday nak.. Dorang je yang lebih siap berebut nak potong kek.




Budak2 sekarang... Asal nampak aku pegang kamera lelaju je korang posing kan..


Sebelum tetamu pulang kite bergambar lah dulu ye.. Wajib..


Ni citer pagi raya.. Memang kitorang akan berkumpul semua kat rumah opah husband. Dekat je dengan rumah mak. Acara wajib lepas makan, kutip duet raya ler kiter, hehe.. Aku tukang seret anak2 je.. Dah besor gini x dapat lah duet raya.. Jangan mimpi.


Sebahagian dari keluarga belah mak mertua.. Laki aku mana ntah hilang.


Haa.. Tahun ni senonoh sikit. Memasing ade baju raya. Puas hati aku hehe.. Tema weolls tahun ni emerald green walaupun aku rasa aku sorang je yang emerald green tapi xpela asalkan nampak green2 tu pun cukuplah..








Till then, bubye




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.