Assalamualaikum
Hari ni last puasa aku masih bekerja *eh, dah macam pantun plak*. Actually tahun ni korang perasan x cuti raya cam panjang sikit kan. Hari jumaat ni memang company aku cuti sebab replace cuti Nuzul Quran ritu. Sep sikit cuti aku yang x bpe nak hade ni kan. So, husband dengan sukarela nya nak keje hari senin n selasa ni. Makanya aku pun terheret sama lah. Apa nak buat.. Dah keje satu tempat, satu department.. Ko hadappp jelah.
Sekejap je rasa bulan Ramadhan tahun ni. X rasa langsung 30 hari kita puasa. Terawih pun aku sempat buat kat rumah je tu pun bpe kerat je buat huhu! Xtau la bole jumpa ke x Ramadhan tahun depan. Doa2 kan lah kita dapat manfaat Ramadhan tahun ni dan tahun2 seterusnya.
Anak2 dah selamat ada kat kampung sebab pengasuh dah mintak cuti balik kampung awal. Tahun ni turn beraya kat teluk intan. Aku x kesah pun beraya kat mana2 sebab aku suka balik dua2 kampung. Kitorang laki bini dari start awal kawen dah discuss pasal turn2 balik kampung ni. X payah nak gaduh sangatlah.. Kampung sendiri dengan kampung mertua sama je.. Mak ayah kita jugak kan.
Tahun ni raya close house, ngeeee.. Banyak kot nak pakai duet tahun ni. Masalah pasal rumah pun x selesai lagi. Kadang tu pening aku nak pikir pasal rumah tapi kena face jugak la kalau x, x berumah la aku kan.
Petang ni lepas je abes keje terus balik kampung. Baju semua dah ready dalam bonet kete haha! Sejenis yang dah x sabor nak balik beraya. Harap2 sempat lah sampai kampung sebelum berbuka sebab setiap kali malam raya rumah mertua ade majlis takbir raya. Semoga perjalanan kami pulang ke kampung selamat sampai dan dilindungi Allah. Korang pun sama tau! Bawak kete hati2, please be careful!
Till then, bubye
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.