Powered By Blogger

Sunday, August 31, 2014

.Selamat Hari Merdeka 57 Tahun.

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka yang ke 57 tahun!! Semoga Malaysia terus aman dan sentiasa sukses!! 


Bubye

p/s: Rushing ni byk aktiviti yang nak dibuat hari ni, daaa ;)

Wednesday, August 27, 2014

.Alahaiii Zara's.

Assalamualaikum

Punya la lama kan nak tunggu entry ni di up2, huhu! Sabar.. Ni kali lah aku nak share kan ni.. Sebelum raya ritu, zara's terkena penyakit berjangkit. Mula2 jadi kat Amalia. Aku ade share cerita pasal Amalia kat sini. Masa Amalia start kena tu aku x perasan sangat sebab ingat tu luka sebab dia garu ke ape. Lepas tu kakak aku tegur tanya apsal luka dia makin besar. Baru lah nampak pelik di situ. Kitorang bawak Amalia pegi jumpa doc. Lepas makan ubat antibiotic dengan sapu ubat baru lah ok, Alhamdulillah..

X lama lepas tu, Amani plak yang kena. Ya Allah.. Time tu rasa nak nangis je. Aku ingat lepas Amalia dah sembuh bole lah lega sikit tapi rupanya berjangkit plak kat Amani. Baru lah aku tau benda ni bole berjangkit. Sebab sebelum tu aku dok jenuh pikir Amalia ni maybe terkena alergic. 




Amani kena kat area muka. Sedih tau anak kita muka penuh kudis. Nak bawak keluar pun kena pikir 2,3 kali.. Takut nty orang bising apsal la bawak anak sakit keluar, kang jangkit plak dengan orang lain kan. So, dok umah diam2 je k. X abes pasal Amani, Amalia plak terkena sekali lagi. Kali ni kena kat area muka jugak. Kembar kan.. Dua2 nak sama je, huhu! 3 klinik jugaklah kitorang bawak diorang tapi still x ok jugak sebab semua doc bagi ubat sapu je. Last klinik kitorang p, doc bagi ubat minum antibiotic dan ubat sapu. Amani sorang je yang dapat ubat antibiotic sebab sebelum ni Amalia dah penah minum antibiotic. Budak2 x elok tau kalau selalu bagi antibiotic, kalau x salah aku bole rosakkan ginjal. Wallahualam...




Masa jumpa dengan doc ni, aku cerita lah diorang ni kena kudis ni maybe berjangkit dengan anak pengasuh. Sebenarnya kak wan penah cakap dengan aku, anak dia sebelum ni ade jugak kudis macam diorang ni tapi dah baikla.. X lama lepas tu Amalia terkena. Aku syak sebab berjangkit dengan anak kak wan lah.. So doc decide jangan hantar zara's ke rumah pengasuh. Doc suruh aku jaga sendiri. Dahla xde cuti, kena unpaid leave la jawabnya.. 3 hari aku cuti, xpela.. Demi anak2 kan potong gaji pun xpela asalkan anak2 sihat. Nasib boss aku okay je huhu!

Masa cuti dok kat rumah tu kak wan ade datang. Saja nak jenguk zara's. Dia cerita kat area rumah dia ade 2,3 orang budak lagi kena penyakit yang sama. Dia kata musim kot. Aduiii laaa.. Terkejut aku dengar tau. Memang syak wasangka aku tu betul la kan. Sebab musabab dia aku xtau. Sebab air mungkin. Urut dada aku dengar kak wan cerita. Memang x nyesal lah aku amek cuti jaga diorang. Masa jaga diorang tu aku memang jaga betul2 lah. Sebelum letak ubat sapu aku bersihkan kudis diorang tu dengan cecair. Benda tu aku beli kat farmasi. Nama sumpah aku lupa. Ingat nak beli dettol tapi pharmacist x suggest guna dettol sebab dettol kasar. So, dia suggest aku beli cecair ni. Lepas tu baru sapu ubat. Jangan guna jari k. Sila guna cotton bud. Kena rajin sikitlah kalau sekali sekala taruk ubat memang x baikla jawabnya.



Alhamdulillah, hari ahad sehari sebelum raya tu kudis kat muka diorang dh xde. Cuma tinggal bekas2 je. Syukur sangat2. Raya tu bole lah bagi makan ayam sikit2 sebab diorang memang aku pantang makan benda2 gatai tu. Cuma Amalia ade sikit kudis yang x kering lagi kat tangan n badan. Lepas raya tu, anak buah aku plak kena. Si yayan tu, huhu. Berjangkit dengan Amalia agaknya. Dia pun kena kat area muka. Sekarang ni kat kepala plak.. Seramm plak kudis ni dok berjangkit2. Harap2 lepas ni xde sapa dah kena. Seksa tau..



Bubye

p/s: Kesian kan kecik2 kena kudis ni. Lepas ni harap2 xde jadi macam ni dah,huhu

Tuesday, August 26, 2014

.Aku Kencing Manis.

Assalamualaikum

Fed up tau setiap kali nandung jerk mesti ade penyakit2 ni. Masa awal2 pregnant dulu sangkut darah tinggi. Muda2 dah banyak penyakit kan, confius gegurl. Tapi kan darah tinggi ni aku x bole elak. Tu memang sakit keturunan. Kalau nak salah, aku salahkan mak nenek moyang aku. Bila dah sangkut darah tinggi tu aku kena buat BP 2x seminggu. Memang sadiss sangat ko asyik ponteng keje je kan. Nasib boss memahami huhu! Tapi 2nd pregnancy ni aku dah pandai control sikit. X macam 1st pregnant dulu. Emosi kena jaga, kena selalu pikir benda2 positif. 1 lagi x bole stress. Bila dah pandai control, lama2 darah tinggi aku dah ok, doc pun cakap x payah dah buat BP, yeayyyy!! (mak hepi sangat uolss)

X lama lepas kejadian darah tinggi tu aku sangkut benda lain plak. Kencing manis derr.. Aku kena minum gula time bulan pose ari tu. Kena minum sebab 1st pregnancy dulu aku memang ade kencing manis. Lama gak aku tunggu result dari klinik. Biasa nurse akan call kalau ade kencing manis. Aku dah lega gilerr bila nurse x call2 aku. Last2 baru ni nurse call bagitau result air gula aku 9.6. Memang ade kencing manisla. Should be bawah 7.8.. Humaaiiiiiiiii.. Down gilerrr kot. Bagitau husband, dia perli wa ade la.. Husband cakap, tula lain kali minum lagi nescafe tin banyak2. Tu yang dapat kencing manis tu. Kejam betul b ni tau. Memang ku akui, pregnant kali ni aku terlampau addicted sangat dengan nescafe dalam tin tu. Setiap kali je husband benti kat station minyak mesti aku order nescafe. B pun ngikut je bini dia ni. Salah b jugak sebenarnya ngeh ngeh..

So, last two weeks aku dah start buat BSP (Blood Sugar Profile) test. Aku kena amek darah 4x sehari. Pukul 8am, 10am, 2pm & 8pm. Sebelum nak cucuk tu kena puasa 2 jam baru bole dapat result yang betul. Kalau x memang tinggilah kau punya result BSP tu. Esoknya kena jumpa doc untuk review result BSP. Letih gakla nak melayan kencing manis ni. Banyak cuti kena amek. Aku dahla x cukup cuti. Sebab tu aku slow talk dengan boss pasal benda ni n nasib baik boss faham, fuhhhhh.. 

Sekarang ni, aku kena buat BSP test ni dua minggu sekali. So, kena diet betul2 la time tu muahaha. Xlah.. Kadang kalau teringin nak minum air manis aku minum je tapi xde la banyak. Lepas tu aku minum air masak banyak2 untuk clearkan air manis tu. Bole ke camtu hah?? Aku pun xtau, harap2 bole la kan huhu!

Hehe.. Ni jela perkembangan terbaru aku walaupun xdela sekembang mana. Nak hupdate blog pun kadeng kadeng. Asal nak hupdate ade je halangan. Lepas ni aku akan try hupdate selalu k tu pun kalau ade cerita lahhh..

Bubye

p/s: Kurang kan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.. peacee




Tuesday, August 19, 2014

.Alhamdulillah OneStepCloser.

Assalamualaikum

Tahun ni raya ade special sikit sebab raya ketiga itu hari kakak sulung aku selamat dinikahkan dengan pilihan hati dia. Memangla kelam kabut sikit bila buat kenduri time raya2 ni tambah2 ade orang nak buat open house la nak pegi beraya lah tapi ni je tarikh yang semua sedara mara available. Kita ni ngikut jela asalkan semuanya selamat.

Aku balik kurau raya ketiga. Pagi2 sesudah subuh gerak dari teluk intan sebab lepas zuhur tu kakpah nikah. Risau la gak balik lambat2 kang menjerit mak aku. Mak ni kalau kenduri je mesti nebes. Dia punya nebes sampai orang lain tensen, ngeeee.. Nasib ade makcik2 aku yang dah sampai kampung tolong macam2. Banyak keje nak kena buat sebab kenduri kakpah ni still gotong royong lagi. Ingat dulu nak tempah catering tapi orang kampung x kasik. X meriah kata nya..

Masa aku sampai tu, masyaAllah.... Urut dada mak ni tau sebab banyak benda lagi x siap. Si wedding planner tu a.k.a kaklai plan dia macam2 tapi 1 hape pun x tersiap lagi. Nasiblah ade sepupu sepapat yang datang tolong petang tu. Untung ade keluarga besar kan...

Hmmmmm... Korang tengok gambar jela eyh sambil tu aku bebel sikit. Jawi jemawi ni dah keraih lama x taip huhi.. (Gambar penuh sangat!)


Haaa.. Kitorang x tumbang seekor lembu beli daging je.. Yang peha2 tu buat makan sup tulang malam lepas nikah. Memang dah jadi biasa kat kampung aku setiap kali ade kenduri kawen, malam sebelum kenduri mesti kena ade sup. Makan dengan nasik panas, ikan masin cicah sambal belacan memang perghhhh!! Jilat jari kaki tau!



Gambo pelamin sebelum acara nikah. Bunga tunggang langgang sebab last minit nak nikah kat sini. Ingat nak nikah kat atas rumah je tapi x jadi sebab kat atas panas, lagi2 time petang tengah panas terik , x koserrr reramai kat atas tu. Mau lenjun ketiakk. So, kaklai pun plan la buat nikah kat pelamin ni je. Bole la kan asalkan ade. Sapa swoh xnak plan awal2 kan dah kelam kabut semuanya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Banyak idea si kaklai ni sebenarnya.









Nahhhhh.. Nindia lah pengantin.. Selamat jugak. Time nak nikah tu aku yang nebes, kahkahkah! Teringat time aku nikah dulu dari pagi dok nebes macam aku plak yang kena salam tok kadi. 



Ade orang basuh daging sebelah pelamin. Time orang tengah nikah plak tu wakaka! Tok kadi pun cakap 1st time dia nikah kan orang suasana macam ni. Sebelah orang basuh daging, pastu siap ade bunyi orang potong tulang daging guna kapak plak tu. Tragisss sungguh kakpah nikah haha!


Ni photobooth area. Ni pun last minit xtau nak letak kat mana. Kaklai punya idea sebelum ni gaya macam ala2 ade background untuk amek gamba. Lagi sekali hampeh k. Ni orang lain punya idea. Nak amek gamba sila amek gamba kat pelamin sudeyy.. Banner tu kaklai tempah online, harga sori aku xtau. Yang prop tu aku laki bini yang gigih buat. Ingat nak beli online tapi x sempat sebab dah close order, dah nak raya. Nasib jadi kitorang buat, orang seni kan buat apa semua jadi.




Candy buffet ni aku yang sponsor, mihmih.. Ni 1st time kat kampung aku buat camni. Xde lagi orang lain yang buat cenggini, kitorang la yang 1st. Lepas ni tengoklah mesti ramai ikut trend kitorang. Tengok jela hahaha. Candy buffet ni antara booth yang paling laris sekali. Kalau jual ni mau ratus2 untung. Ade je orang yang menyinggah kat candy buffet ni. Memang x sia2 la kitorang buat, hepi sangat.

















Teheeeee.. Ni pengantin lama. Gedik jugak nak amek gamba sama2 kan b. Mestila kena b. Nak merasa jugak duduk atas pelamin lagi. Gamba dengan zara's xde sebab time ni diorang tengah tido. Aku ape lagi time ni la nak jadi sawan kamera hahahaa!



Chuna in da houseeeezz!! Ni lah bff aku sehidup semati, iyo ko hehe.. Dulu masa aku kawen, bertungkus lumus dia tolong aku. Ni time kakpah kawen pun sanggup dia datang tolong kitorang jugak. Chuna ni dah macam famili kitorang.. Dah rapat sangat, segala makcik pakcik aku semua dah kenai dia. Ngan kakak2 aku pun macam besfren dia, ape cer ni??


Ni gamba kenduri sebelah lelaki plak. X jauh pun husband kakpah. Sebelah kampung je. Untungla kakak2 aku. Semua kawen orang dekat2. Aku sorang je yang gaduh time raya nak balik kampung mana dulu sobs sobs..



Gamba kitorang adik beradik. Aku nampak gems sangat, xpaaaa.. Dalam peyut ade baby kan. Pikir positip. Kaklai tu nipu jerr, dia nampak kurus sebab dia paksa aku cover dia, kongajo sangat.






Last picca!! Gamba tuan tanah 1 famili. Aku sorang je lari kaler.. Tapi apsal la b dah macam nak pegi stadium bola ni b.. Baju dah macam baju bendera perak plak, hihi!!

Bubye

p/s: Congrats kakpah & ayie. Semoga kekal ke akhir hayat dan hepi2 selalu. X payah nak tensen2 sangat lepas kawen naaa. Adatlah kalau dah kawen ni kan, hahaha. Dah bole bagi nasihat sebab aku dah kawen,bwekkk!! Last but not least, cepat2 dapat baby!!! :)

Thursday, August 7, 2014

.Amani dan Sembelit.

Assalamualaikum

Mak mana yang x risau kalau anak dia sakit. Tambah2 time anak2 umur baya2 baru nak membesar ni. Macam2 penyakit mai. Bila dah besar sikit diorang dah bole lawan sendiri penyakit tu. Time sekarang ni diorang banyak bergantung kat kita. Aku sendiri pun kadang2 p keje x senang duduk bila anak sakit. Amalia demam. Hari tu pengasuh call bagitau Amalia macam nak lelah. Malam tu dia x bole nak tido sebab batuk. Alahai anak.. Macam mana ummi nak keje asyik teringat kat korang je..Alhamdulillah lepas p klinik amek gas baru ok..

Sebenarnya nak citer pasal Amani. Anak aku yang sorang ni selalu sembelit. Xdela tiap kali berak mesti sembelit. Kadang tu elok je dia berak. Sampai x perasan dia berak pun ada. Tapi dia selalu berak taik keras *maafkan beta sebab cakap kasar*. Sebab tu kalau berak taik keras dia kena meneran kuat sikit. Baru2 ni dua hari dia x bole berak. Sebelum ni kalau berak taik keras pun time2 tu jugak taik bole lepas. Kali ni x lepas2 plak. Sampai dua hari plak tu. Risau aku.. Even aku dah masukkan ubat bontot tetap taik dia x bole keluar jugak.

Malam ahad lepas aku ajak husband bawak Amani p jumpa doc. Doc check bontot Amani. Dia sapu gel then masukkan jari dia dalam bontot Amani. Doc cakap memang taik dia semua keras, huhu! Pastu dia masukkan ubat bontot yang cecair tu dalam bontot Amani. Doc ade ajar aku dengan husband cara2 yang betul nak masukkan ubat bontot ni. Anak mesti kena menonggeng. Letak bantal kat perut anak, pastu masukkan ubat bontot. Ubat tu mesti kena abeskan. Biar anak duduk dalam position yang sama dalam masa 2 minit. Sambil2 tu urut2 sikit bontot anak. Kalau ikut cara aku memang salah la.. Patutla taik x keluar, huh! X lama lepas tu, Amani meneran. Aku check pampers dia dah keluar taik keras tu. Seronok bukan main aku bagitau kat doc tu, hahaha. Seronok macam dapat emas. 

Doc bagi ubat minum dengan ubat biji untuk masuk dalam bontot. Tapi ubat biji tu aku x dapat bagi kat Amani sebab setiap kali nak bukak plastik, ubat tu dah jadi lembik. Acaner nak masuk dalam bontot? Esoknya ingat nak p balik klinik tu nak tanya apsal ubat tu jadi lembik, tapi bila nak p tanya tu pegang ubat tu keras plak. X jadi la.. Rupanya ubat tu kena simpan dalam freeze okay......



Pagi tadi husband ada masukkan ubat tu dalam bontot Amani. Pagi tadi pengasuh call bagitau dia bawak Amani p klinik sebab Amani x bole berak. Pengasuh risau sebab tengok Amani dok meneran sampai nangis2 tapi taik still x keluar lagi. Dahla 3 hari dia x berak, mana la aku x risau. Doc klinik suruh Amani refer ke hospital. Aku dengan husband kalutla p hospital nak jumpa pakar kanak2. Masa sampai tu, pengasuh bagitau Amani baru je lepas berak. Taik yang keluar tu besar, dats why dia x lepas nak teran. Tapi kitorang still bawak Amani jumpa doc pakar.

Doc cakap kat dalam tu ade lagi taik keras sebab Amani x push semua taik. Bila ade lagi taik keras kat dalam tu, makanan baru yang Amani makan akan berkumpul kat taik keras tu n bercampur. Sebab tu taik makin besar n susah nak keluar. Syukur doc cakap Amani x kritikal but still kena pantau. Kali ni doc bagi ubat air Lactual. kena makan selama 14 hari.. Pastu baru jumpa untuk next appoinment. Tengokla  macam mana keadaan Amani bila makan ubat ni. Harap2 semua nya berjalan lancar. 



Bubye

p/s: Tolong doakan anak kecil aku ni. Risau mak dia ni huhu!