Thursday, August 7, 2014

.Amani dan Sembelit.

Assalamualaikum

Mak mana yang x risau kalau anak dia sakit. Tambah2 time anak2 umur baya2 baru nak membesar ni. Macam2 penyakit mai. Bila dah besar sikit diorang dah bole lawan sendiri penyakit tu. Time sekarang ni diorang banyak bergantung kat kita. Aku sendiri pun kadang2 p keje x senang duduk bila anak sakit. Amalia demam. Hari tu pengasuh call bagitau Amalia macam nak lelah. Malam tu dia x bole nak tido sebab batuk. Alahai anak.. Macam mana ummi nak keje asyik teringat kat korang je..Alhamdulillah lepas p klinik amek gas baru ok..

Sebenarnya nak citer pasal Amani. Anak aku yang sorang ni selalu sembelit. Xdela tiap kali berak mesti sembelit. Kadang tu elok je dia berak. Sampai x perasan dia berak pun ada. Tapi dia selalu berak taik keras *maafkan beta sebab cakap kasar*. Sebab tu kalau berak taik keras dia kena meneran kuat sikit. Baru2 ni dua hari dia x bole berak. Sebelum ni kalau berak taik keras pun time2 tu jugak taik bole lepas. Kali ni x lepas2 plak. Sampai dua hari plak tu. Risau aku.. Even aku dah masukkan ubat bontot tetap taik dia x bole keluar jugak.

Malam ahad lepas aku ajak husband bawak Amani p jumpa doc. Doc check bontot Amani. Dia sapu gel then masukkan jari dia dalam bontot Amani. Doc cakap memang taik dia semua keras, huhu! Pastu dia masukkan ubat bontot yang cecair tu dalam bontot Amani. Doc ade ajar aku dengan husband cara2 yang betul nak masukkan ubat bontot ni. Anak mesti kena menonggeng. Letak bantal kat perut anak, pastu masukkan ubat bontot. Ubat tu mesti kena abeskan. Biar anak duduk dalam position yang sama dalam masa 2 minit. Sambil2 tu urut2 sikit bontot anak. Kalau ikut cara aku memang salah la.. Patutla taik x keluar, huh! X lama lepas tu, Amani meneran. Aku check pampers dia dah keluar taik keras tu. Seronok bukan main aku bagitau kat doc tu, hahaha. Seronok macam dapat emas. 

Doc bagi ubat minum dengan ubat biji untuk masuk dalam bontot. Tapi ubat biji tu aku x dapat bagi kat Amani sebab setiap kali nak bukak plastik, ubat tu dah jadi lembik. Acaner nak masuk dalam bontot? Esoknya ingat nak p balik klinik tu nak tanya apsal ubat tu jadi lembik, tapi bila nak p tanya tu pegang ubat tu keras plak. X jadi la.. Rupanya ubat tu kena simpan dalam freeze okay......



Pagi tadi husband ada masukkan ubat tu dalam bontot Amani. Pagi tadi pengasuh call bagitau dia bawak Amani p klinik sebab Amani x bole berak. Pengasuh risau sebab tengok Amani dok meneran sampai nangis2 tapi taik still x keluar lagi. Dahla 3 hari dia x berak, mana la aku x risau. Doc klinik suruh Amani refer ke hospital. Aku dengan husband kalutla p hospital nak jumpa pakar kanak2. Masa sampai tu, pengasuh bagitau Amani baru je lepas berak. Taik yang keluar tu besar, dats why dia x lepas nak teran. Tapi kitorang still bawak Amani jumpa doc pakar.

Doc cakap kat dalam tu ade lagi taik keras sebab Amani x push semua taik. Bila ade lagi taik keras kat dalam tu, makanan baru yang Amani makan akan berkumpul kat taik keras tu n bercampur. Sebab tu taik makin besar n susah nak keluar. Syukur doc cakap Amani x kritikal but still kena pantau. Kali ni doc bagi ubat air Lactual. kena makan selama 14 hari.. Pastu baru jumpa untuk next appoinment. Tengokla  macam mana keadaan Amani bila makan ubat ni. Harap2 semua nya berjalan lancar. 



Bubye

p/s: Tolong doakan anak kecil aku ni. Risau mak dia ni huhu!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.