Powered By Blogger

Wednesday, August 27, 2014

.Alahaiii Zara's.

Assalamualaikum

Punya la lama kan nak tunggu entry ni di up2, huhu! Sabar.. Ni kali lah aku nak share kan ni.. Sebelum raya ritu, zara's terkena penyakit berjangkit. Mula2 jadi kat Amalia. Aku ade share cerita pasal Amalia kat sini. Masa Amalia start kena tu aku x perasan sangat sebab ingat tu luka sebab dia garu ke ape. Lepas tu kakak aku tegur tanya apsal luka dia makin besar. Baru lah nampak pelik di situ. Kitorang bawak Amalia pegi jumpa doc. Lepas makan ubat antibiotic dengan sapu ubat baru lah ok, Alhamdulillah..

X lama lepas tu, Amani plak yang kena. Ya Allah.. Time tu rasa nak nangis je. Aku ingat lepas Amalia dah sembuh bole lah lega sikit tapi rupanya berjangkit plak kat Amani. Baru lah aku tau benda ni bole berjangkit. Sebab sebelum tu aku dok jenuh pikir Amalia ni maybe terkena alergic. 




Amani kena kat area muka. Sedih tau anak kita muka penuh kudis. Nak bawak keluar pun kena pikir 2,3 kali.. Takut nty orang bising apsal la bawak anak sakit keluar, kang jangkit plak dengan orang lain kan. So, dok umah diam2 je k. X abes pasal Amani, Amalia plak terkena sekali lagi. Kali ni kena kat area muka jugak. Kembar kan.. Dua2 nak sama je, huhu! 3 klinik jugaklah kitorang bawak diorang tapi still x ok jugak sebab semua doc bagi ubat sapu je. Last klinik kitorang p, doc bagi ubat minum antibiotic dan ubat sapu. Amani sorang je yang dapat ubat antibiotic sebab sebelum ni Amalia dah penah minum antibiotic. Budak2 x elok tau kalau selalu bagi antibiotic, kalau x salah aku bole rosakkan ginjal. Wallahualam...




Masa jumpa dengan doc ni, aku cerita lah diorang ni kena kudis ni maybe berjangkit dengan anak pengasuh. Sebenarnya kak wan penah cakap dengan aku, anak dia sebelum ni ade jugak kudis macam diorang ni tapi dah baikla.. X lama lepas tu Amalia terkena. Aku syak sebab berjangkit dengan anak kak wan lah.. So doc decide jangan hantar zara's ke rumah pengasuh. Doc suruh aku jaga sendiri. Dahla xde cuti, kena unpaid leave la jawabnya.. 3 hari aku cuti, xpela.. Demi anak2 kan potong gaji pun xpela asalkan anak2 sihat. Nasib boss aku okay je huhu!

Masa cuti dok kat rumah tu kak wan ade datang. Saja nak jenguk zara's. Dia cerita kat area rumah dia ade 2,3 orang budak lagi kena penyakit yang sama. Dia kata musim kot. Aduiii laaa.. Terkejut aku dengar tau. Memang syak wasangka aku tu betul la kan. Sebab musabab dia aku xtau. Sebab air mungkin. Urut dada aku dengar kak wan cerita. Memang x nyesal lah aku amek cuti jaga diorang. Masa jaga diorang tu aku memang jaga betul2 lah. Sebelum letak ubat sapu aku bersihkan kudis diorang tu dengan cecair. Benda tu aku beli kat farmasi. Nama sumpah aku lupa. Ingat nak beli dettol tapi pharmacist x suggest guna dettol sebab dettol kasar. So, dia suggest aku beli cecair ni. Lepas tu baru sapu ubat. Jangan guna jari k. Sila guna cotton bud. Kena rajin sikitlah kalau sekali sekala taruk ubat memang x baikla jawabnya.



Alhamdulillah, hari ahad sehari sebelum raya tu kudis kat muka diorang dh xde. Cuma tinggal bekas2 je. Syukur sangat2. Raya tu bole lah bagi makan ayam sikit2 sebab diorang memang aku pantang makan benda2 gatai tu. Cuma Amalia ade sikit kudis yang x kering lagi kat tangan n badan. Lepas raya tu, anak buah aku plak kena. Si yayan tu, huhu. Berjangkit dengan Amalia agaknya. Dia pun kena kat area muka. Sekarang ni kat kepala plak.. Seramm plak kudis ni dok berjangkit2. Harap2 lepas ni xde sapa dah kena. Seksa tau..



Bubye

p/s: Kesian kan kecik2 kena kudis ni. Lepas ni harap2 xde jadi macam ni dah,huhu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.