Powered By Blogger

Tuesday, August 19, 2014

.Alhamdulillah OneStepCloser.

Assalamualaikum

Tahun ni raya ade special sikit sebab raya ketiga itu hari kakak sulung aku selamat dinikahkan dengan pilihan hati dia. Memangla kelam kabut sikit bila buat kenduri time raya2 ni tambah2 ade orang nak buat open house la nak pegi beraya lah tapi ni je tarikh yang semua sedara mara available. Kita ni ngikut jela asalkan semuanya selamat.

Aku balik kurau raya ketiga. Pagi2 sesudah subuh gerak dari teluk intan sebab lepas zuhur tu kakpah nikah. Risau la gak balik lambat2 kang menjerit mak aku. Mak ni kalau kenduri je mesti nebes. Dia punya nebes sampai orang lain tensen, ngeeee.. Nasib ade makcik2 aku yang dah sampai kampung tolong macam2. Banyak keje nak kena buat sebab kenduri kakpah ni still gotong royong lagi. Ingat dulu nak tempah catering tapi orang kampung x kasik. X meriah kata nya..

Masa aku sampai tu, masyaAllah.... Urut dada mak ni tau sebab banyak benda lagi x siap. Si wedding planner tu a.k.a kaklai plan dia macam2 tapi 1 hape pun x tersiap lagi. Nasiblah ade sepupu sepapat yang datang tolong petang tu. Untung ade keluarga besar kan...

Hmmmmm... Korang tengok gambar jela eyh sambil tu aku bebel sikit. Jawi jemawi ni dah keraih lama x taip huhi.. (Gambar penuh sangat!)


Haaa.. Kitorang x tumbang seekor lembu beli daging je.. Yang peha2 tu buat makan sup tulang malam lepas nikah. Memang dah jadi biasa kat kampung aku setiap kali ade kenduri kawen, malam sebelum kenduri mesti kena ade sup. Makan dengan nasik panas, ikan masin cicah sambal belacan memang perghhhh!! Jilat jari kaki tau!



Gambo pelamin sebelum acara nikah. Bunga tunggang langgang sebab last minit nak nikah kat sini. Ingat nak nikah kat atas rumah je tapi x jadi sebab kat atas panas, lagi2 time petang tengah panas terik , x koserrr reramai kat atas tu. Mau lenjun ketiakk. So, kaklai pun plan la buat nikah kat pelamin ni je. Bole la kan asalkan ade. Sapa swoh xnak plan awal2 kan dah kelam kabut semuanya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Banyak idea si kaklai ni sebenarnya.









Nahhhhh.. Nindia lah pengantin.. Selamat jugak. Time nak nikah tu aku yang nebes, kahkahkah! Teringat time aku nikah dulu dari pagi dok nebes macam aku plak yang kena salam tok kadi. 



Ade orang basuh daging sebelah pelamin. Time orang tengah nikah plak tu wakaka! Tok kadi pun cakap 1st time dia nikah kan orang suasana macam ni. Sebelah orang basuh daging, pastu siap ade bunyi orang potong tulang daging guna kapak plak tu. Tragisss sungguh kakpah nikah haha!


Ni photobooth area. Ni pun last minit xtau nak letak kat mana. Kaklai punya idea sebelum ni gaya macam ala2 ade background untuk amek gamba. Lagi sekali hampeh k. Ni orang lain punya idea. Nak amek gamba sila amek gamba kat pelamin sudeyy.. Banner tu kaklai tempah online, harga sori aku xtau. Yang prop tu aku laki bini yang gigih buat. Ingat nak beli online tapi x sempat sebab dah close order, dah nak raya. Nasib jadi kitorang buat, orang seni kan buat apa semua jadi.




Candy buffet ni aku yang sponsor, mihmih.. Ni 1st time kat kampung aku buat camni. Xde lagi orang lain yang buat cenggini, kitorang la yang 1st. Lepas ni tengoklah mesti ramai ikut trend kitorang. Tengok jela hahaha. Candy buffet ni antara booth yang paling laris sekali. Kalau jual ni mau ratus2 untung. Ade je orang yang menyinggah kat candy buffet ni. Memang x sia2 la kitorang buat, hepi sangat.

















Teheeeee.. Ni pengantin lama. Gedik jugak nak amek gamba sama2 kan b. Mestila kena b. Nak merasa jugak duduk atas pelamin lagi. Gamba dengan zara's xde sebab time ni diorang tengah tido. Aku ape lagi time ni la nak jadi sawan kamera hahahaa!



Chuna in da houseeeezz!! Ni lah bff aku sehidup semati, iyo ko hehe.. Dulu masa aku kawen, bertungkus lumus dia tolong aku. Ni time kakpah kawen pun sanggup dia datang tolong kitorang jugak. Chuna ni dah macam famili kitorang.. Dah rapat sangat, segala makcik pakcik aku semua dah kenai dia. Ngan kakak2 aku pun macam besfren dia, ape cer ni??


Ni gamba kenduri sebelah lelaki plak. X jauh pun husband kakpah. Sebelah kampung je. Untungla kakak2 aku. Semua kawen orang dekat2. Aku sorang je yang gaduh time raya nak balik kampung mana dulu sobs sobs..



Gamba kitorang adik beradik. Aku nampak gems sangat, xpaaaa.. Dalam peyut ade baby kan. Pikir positip. Kaklai tu nipu jerr, dia nampak kurus sebab dia paksa aku cover dia, kongajo sangat.






Last picca!! Gamba tuan tanah 1 famili. Aku sorang je lari kaler.. Tapi apsal la b dah macam nak pegi stadium bola ni b.. Baju dah macam baju bendera perak plak, hihi!!

Bubye

p/s: Congrats kakpah & ayie. Semoga kekal ke akhir hayat dan hepi2 selalu. X payah nak tensen2 sangat lepas kawen naaa. Adatlah kalau dah kawen ni kan, hahaha. Dah bole bagi nasihat sebab aku dah kawen,bwekkk!! Last but not least, cepat2 dapat baby!!! :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.