Monday, August 4, 2014

.Selamat Hari Raya Uolss!!.

Assalamualaikum

Wahhhhh.. Monday bluesss sangat hari ni tau.. 1st day aku masuk keje setelah seminggu lebih aku bercuti. Nampak x macam malass sangat nak keje. Tapi kena kuat semangat kalau x makan pasirla den. Dahle 6 hari aku unpaid leave. Xtaula bpe gaji yang tinggal sobs sobs sobs..

Bukak je blog, banyak dah yang share citer pasal raya engkorang kan. Aku pun nak share jugak hihi.. Tahun ni turn beraya kat teluk intan. Berseri sangat muka husband bila raya kat kampung dia. Aku redha jela. Jangan lupa balik kampung aku sudahle. Ekceli aku amek cuti raya seminggu tapi disebabkan zara's terkena penyakit berjangkit, aku amek cuti awal 3 hari. Pasal penyakit berjangkit ni next entry aku cerita naa.. Nak hupdate bertingkek tingkek ni huhu!


Ni la rupa zara's time terkena penyakit berjangkit tu. Nangis mak diorang ni tengok muka anak sambil pikir bpe hari je lagi nak raya. X termasuk style rambut yang pengasuh potong tu lagi huhu! Rasa macam xmau balik kampung!

Dah amek cuti awal ni, husband pun hantar la aku balik ke teluk intan awal sikit. Lagipun boring dok rumah, aku relakan jela. Raya kat teluk intan x bpe nak meriah sangat. Ni kira kali kedua la aku raya kat sana. Dulu zara's dalam peyut lagi sekarang syiok la sikit dah besar dah bole jalan. Meriah la sikit. Bab yang x meriah tu sebab FIL x de kelam kabut buat ketupat masak rendang. Semua main orderr je. Kalau rumah aku dah kena jerit dah dengan mak swoh masak semua bagai. Kat teluk intan wak lex wak pis je. 

Malam raya, rumah FIL rumah 1st orang datang takbir raya. Malam tu mak jamu lemang, rendang kerang dengan mee goreng. Semua order baq hangg. Keje kitorang basuh pinggan je.. Tu pun x banyak sebab orang datang makan pakai pinggan polisterin tu. 






Esoknya, pagi2 lepas sembahyang raya kitorang pegi rumah opah berkumpul kat sana. Memang tiap2 tahun mcm tu. Tapi tahun ni x bpe nak best sebab opah x masak pape huhu! Yang ade cuma ketupat dengan rendang ayam je. Sedih lagi aku. Makan pun x bpe sangat sebab Amalia kacau! Makanan aku semua dia amek. X padan dengan sakit.

Memang adat setiap kali raya ada upacara salam bersalaman n kutip duet raya. Start dari tok n opah sampaila cucu yang dah keje. Kira ni 1st time lah zara's beratur amek duet raya. Sakan beratur sampai orang x tukar lagi diorang dah beratur kali kedua. Seronokla tu hehe..





Balik rumah baru lah bole berselfie sikit. Adelah sikit kenangan bergambar 1 famili kan. Tema baju raya tahun ni kaler biru gittew. Tapi kaler zara's lari sikit sebab mak mentua aku yang belikan. Cukupla 1 gambar je sebab aku rasa aku langsung x menawan hari tu. Dah tempek make up tapi aku rasa still x lawa lagi. Nyampah ah!


Ni jela raya aku tahun ni. Ketupat dengan rendang pun aku x puas nak makan. Rasa macam nak makan je lagi. Sapa nak buat open house tu tolong la ajak mak buyong ni. Sedih sangat tau kiter uhuk!


p/s: selamat hari raya uolss, mintak mahap kot2 ade terkasar bahasa, tersilap bicara. InsyaAllah, tahun depan dah bertambah sorang lagi ahli, makin meriah la nampaknya. Syukur masih lagi diberi kesempatan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.