Monday, October 24, 2016

.Rezki Rumah Part1.

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Salah satu azam aku tahun ni dah tertunai. Rasanya dari last year kot kitorang dok gigih carik rumah nak beli. Penat tiap2 bulan dok bayar sewa yang harga dia nth pape plus bukan rumah sendiri. Harga rumah skang dah menggila! Orang macam aku ni x mampu dah nak beli rumah tanah. Mampu dok kat rumah atas langit ni jeh, syukur jela weh asalkan ada rumah. Aku xtau la ada peluang ka lagi harga rumah nak turun. Rumah atas langit ni pun dah mahal sangat. Harga memang x masuk dek akal. Apalah nasib kita rakyat marhaen ni kan. Dats why dah ramai orang yg sanggup keje lebih dari satu sebabnya x mampu nak hidup di negara sendiri. 

Penat membebel. Sambung balik cerita pasal rumah. Kami laki bini start carik rumah secara seriusnya awal tahun ni. Aku lah yang paling gigih hari2 dok bukak mudah. Area memang aku fokus kat area rumah sewa kitorang je sebab kitorang dah immune kat situ hik. Area rumah aku ni x happening lagi. Rasa tenang je bila dok sini. Belakang rumah jalan sikit dah masuk area paya jaras. Memang kawasan kampung. Makanan still lagi murah. Syiok! Plus sayang nak tinggal pengasuh anak2. Jenuh gakla time tu kitorang dok cari rumah. Weekend je husband bawak ronda2 carik rumah yang nak jual. Call sana sini demi sebuah rumah hik.

Carik punya carik dapat lah rumah dalam kawasan apartment kitorang tapi blok lain. Aku dapat dalam mudah. X banyak yang deal thru owner rumah. Banyak yang agent je. Time tu memang aku gugel each of part yang deal dengan agent ni macam mana sebab xnak tersilap langkah. Harga rumah tu dalam mudah RM200k. So deal dengan agent nak jumpa nak tengok rumah. Rumah ok cuma banyak gakla nak kena buang duet tambah situ sini. Aku ada mintak kurangkan harga sikit (ni wajib mintak ye. Kalau x bole xpela) dan Alhamdulillah owner agree to kurangkan jadi RM195k. Oklah still in our target. Bila dah dua2 setuju start bayar 3% of downpayment. Beli rumah second hand ni memang kena prepare cash bebanyak (nangis kat bahu husband). Kalau xde cash jangan mimpi lah nak ada rumah sendiri. Sebab tu aku cakap susahnya hidup kat negara sendiri. Mana slogan rakyat didahulukan?? Sedih weh. Kitorang ni sebab PIL tolong dahulukan duet dorang je kalau x memang sampai ke tua lah x berumah hagaknya. 

Start deal dengan agent masa bulan march. End of april, owner rumah kitorang offer nak jual rumah yang kitorang duduk tu kat kitorang. Harga RM188k. Jauh gak beza dengan rumah yang kitorang nak beli tu. Rasa cam menyesalnya.. Tapi bukan kitorang x penah tanya owner rumah tu nak jual ke x. Dia yang xnak jual. Hmmm.. Time tu kitorang dah sampai step nak tunggu approval loan dari bank je tapi bank buat lambat plak. Lebih dari 14 hari kot bank buat keje x siap2. Per aggreement kalau lebih 14 hari kitorang bole cancelkan aggreement and dapat balik duet 3% tu. Rancangan Allah sangat hebat. Hikmah bank buat keje lambat kitorang cancelkan aggreement tu and proceed to beli rumah sewa kitorang.

Nty aku sambung lagi ye haha. Ak rasa aku taip berjela sangat. Risau orang malas nak baca. Eh, ada ke orang nak baca? Hik! Trip to brunei part2 pun tengah gigik merangkak nak menaip x sudah2 lagi. Tunggu je la weh naaa..

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.