Powered By Blogger

Sunday, September 4, 2016

.Trip to Brunei Part 1.

Assalamualaikum

Actually dah lama nak share dengan korang pasal trip aku ke brunei baru2 ni. Baru x baru sangat lah sebab dah lama x update blog ni kan teheee.. Tapi baru sekarang aku ade masa lebih nak citer dengan korang. Tu pun aku biar anak2 tengok upin upin kat utube, kalau x manjang berkepit dengan ummi dorang ni.

Aku pegi brunei dengan family in law. Semua adik beradik husband ikut sekali. Kira percutian keluarga la eyh sebab semua ada. Pegi x lama pun.. 3 hari je.. Hari sabtu pegi isnin dah balik dah tapi 3 hari tu cukup best, cukup tau semua sejarah pasal negara brunei. Kitorang pegi sana bukan untuk shopping ke menda.. Kitorang banyak pegi tempat2 yang ade sejarah macam muzium, masjid. Brunei kan femes dengan masjid dorang yang cantik2 kan. 

Meh aku share dengan korang gambar yang super banyak ni ha.. Sambil2 tu aku citer la sikit kan.. Bertabahlah korang...

Pagi sabtu tu dah terpacak kitorang kat KLIA. Bebudak ni lah paling hepi. Ntah tau ke x nak naik flight tu. Aku ni dah nebes takut dorang nangis atas flight nty. 1st time kot dorang nak naik flight, risau gak.



Haa.. Kitorang amek My Azqa Travel package. Alhamdulillah.. Berbaloi.. Sapa2 yang nak pegi melancong lepas ni bole contact dorang k..

Dalam flight kakak duduk dengan paksu & opah. Nasiblah dia x meragam nak duduk dengan kitorang sekali. Nampak gaya dah besor benor anak dara aku ni weh. Makan sendiri, xde pun nak panggil2 kitorang. Seronok dia makan dalam flight. Semua anak2 behave.. Last masa nak sampai tu kakak tertido. Amani plak dari malaysia sampai ke brunei dok bercakap je, letih kitorang melayan dia saja, hihi. Si adik dapat nenen terus tido manjang. Aku makan pun husband yang suapkan. Yummms, sedap..

Kitorang naik flight Royal Brunei

Alhamdulillah.. Kitorang selamat sampai di Brunei dalam pukul 2.30pm. Sampai je kat sana our tour guide dah siap2 tunggu. Nama dia Muhammad. Transport yang bawak kitorang bas mini. Alhamdulillah, selesa dan cantik. Seronok budak2.. Mak pak budak pun sekali hehe..

Kitorang menginap di Park View Hotel. Cantik dan selesa hotelnya. Hotel ni kat area kampung. Lupa dah apa nama kampung tu. Tapi kampung2 pun rumah sini semua besor2 tau. Nganga kitorang tengok rumah dorang. 



Ni view dalam bilik. Tengoklah anak2 aku, semua dok jakun. Alahaiii anak.. Lepas ni bodek ayah p holiday selalu naaa..




Sampai je hotel perut lapaq sungguh lah. Nak makan apa kan. Tengok gak flyers yang ade kat hotel tu, kira apa makanan yang ade dalam hotel tu bole order la n ade jugak restoren luar yang bole delivery tapi ya ampunnn harga dia macam nak cekik leher kite jerk, hmmmm.. Pastu cik abang kite tengok kite cam lapaq sangat kan dia p lah turun kedai bawah sat. Balik di bawaknya megi 6 bungkus, bubur instant n mee kari sarawak ni. Mahai babe.. Rugi betul x bawak megi dari malaysia. X terpikir langsung. Yela.. kite kan x biasa melancong luar negara ni kan. Kira x berdosa la kan haku terlupa nak bawak benda2 yang biasa memang kena bawak ni haha..

Malam tu dinner kat luar. Makan semua memang dah termasuk dalam pakej. Kite hikut je tour guide tu nak bawak p mana. Mulanya plan malam tu nak p pasar malam tapi hujan plak so x jadi la. Kite dinner je.. Pas dinner balik hotel, tido.. Semua dah kepenatan..


Bersambunggg.. Korang tunggu lah lagi bpe bulan aku hupdate sambungan dia haha.. 

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.