Monday, March 21, 2016

.Oh, Panasnyaaa.

Assalamualaikum

So hot lah Malaysia! Aku rasa macam dah lama sangat x hujan. Tetiap hari dok panas je. Sampaikan kitorang anak beranak dah berpindah tido. Sekarang dah bermaustautin kat depan tv je. Tu pun pasang 3 kipas, anak2 semua tido pakai pampers je. 

Baru2 ni 2 minggu pengasuh balik kampung sebab mak dia tenat. So, terpaksalah mintak tolong mak mertua aku jagakan 3 orang budak tu tapi mak mertua xnak duduk kt sini. Dia nak bawak balik dorang ke teluk intan. Mula2 tu berat gakla sebab kesian kat azhad. Dia kan breastfeed lagi tapi nak buat camne kan.. Dah mintak tolong kt orang xkan nak banyak bunyik plakkk..

Time dorang kat kampung tu, mak bagitau amalia & azhad demam, batuk n selsema. Risau gak aku, tambah2 si kecik tu jarang sangat demam. Ni mesti main x hengat dunia la ni sebab mak cerita azhad kat kampung asyik berjalan je. Mentang2 la dah dapat kaki, berjalan aje keje nya.. Lagi2 cuaca sekarang ni panas sangat tu yang demam tu.

Sekarang ni dah x demam dah lepas aku mandikan dorang dengan air lemon. 1st time buat petua ni Alhamdulillah, dengan izin Allah mujarab. Dapatlah kurangkan sikit ubat2 doc. Pasni guna cara natural je. Selsema dorang tu aku bakar bawang putih pastu lenyek kan dengan minyak zaitun. Sapu kat dada, belakang badan dan kawasan hidung. Esoknya berketul2 keluar. Dah makin kurang dah selsema. Kalau x meleleh je hingus.

Semalam bawak anak2 p mydin USJ, amani muntah.. Kelam kabut aku panggil orang mydin, huhu! Banyak lak tu.. Patutla dia mengadu penat rupanya dia nak demam. Laju2 kitorang beli barang. Balik tu badan dia panas betul. Aku mandikan dia dengan air lemon, Alhamdulillah, pagi tadi tanya pengasuh amani demam lagi x. Pengasuh cakap x dah cuma selsema je. Lega rasanya hati. Hampir2 ummi nak EL hari ni sayang..

Dengar kata sekolah kat kedah & perlis dah tutup hari ni sebab panas melampau. Harap2 cepatlah hujan turun. Dah rindu sangat dah aku kat katil aku tuh. Bila ntah nak pindah balik. Pujuk husband nak beli air cond, haremmm.. Sampai ke sudah dia x belikan. Katanya ade benda lain yang lagi penting dari air cond. Ye la b.......

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.