Powered By Blogger

Saturday, March 12, 2016

.Bajrangi Baijaan.

Assalamualaikum

Korang dah tengok x citer terbaru Salman Khan? Kalau belum p cepat2 tengok citer Bajrangi Baijaan. Citer ni fofuler kat malaysia sama masa Dilwale tengah hot2 kat sini. Aku tahu pun sebab makcik aku yang bercerita. Dia tengok dalam flight layan citer tu sampai nangis2. Tapi time tu citer ni xde sapa tau lagi. Dalam fb cuma citer psl Dilwale je. Siap viral lah lagu Dilwale orang buat untuk wedding video. Trending kat fb. Cuma citer Bajrangi Baijaan je xde orang sebut2. 

Aku pun mintak husband donlod dua2 citer ni. Dah lama x layan hindustan. Feeling2 bollywood kih! First kite tengok Dilwale dulu. Aku layan citer ni halfway je weh. Boring! Maybe sebab banyak citer pasal adik Shahrukh Khan tu kot yang buat aku boring. Sorrylah x minat nak teruskan. So, aku layan plak citer Bajrangi Baijaan. Layan weh! Selepas itu berkali2 aku tengok citer ni sampai husband tegur citer ni lagi haha! Setiap kali tengok setiap kali tu lah nangis tssskkkk..

Aku citer sikitlah sinopsis citer ni. Budak pompuan ni asal pakistan. Dia x bole bercakap. So mak dia bawak dia pegi berubat kat india. Masa nak balik ke pakistan keta api yang dorang naik tu stop sbb ade problem. Budak ni turun lah dari keta api sbb nampak kambing kat luar. Masa tengah main dengan kambing tu keta api pun berjalan. X sempatlah dia nak kejor. Pastu dia jumpa Salman Khan. Time tu lah start citer Salman Khan tolong budak ni. Tapi budak ni kan x bole bercakap. Jenuh gakla Salman Khan nak tau background budak ni asal mana, nama apa. X lama tu dia dah tau budak ni asal pakistan dan terpisah dengan mak dia. Salman Khan ni pun bawaklah budak ni ke pakistan ikut jalan dalam. Kira cam pendatang asinglah. Tapi dorang dah kantoi dengan polis. Polis ingat si Salman Khan ni perisik india. Kecohlah polis dok mencari Salman Khan ni. Nasib baiklah ada sorang wartawan yang tolong Salman Khan carikan mak budak ni. Meanwhile, wartawan ni upload kat youtube citer pasal Salman Khan datang ke pakistan semata mata nak satukan budak ni dengan mak dia. Orang india dan pakistan semua tengok video yang wartawan tu upload. Nak dijadikan citer polis dapat tangkap Salman Khan dan dia ditahan. Budak tu selamat dengan si wartawan dan dah jumpa mak dia. Bila video tu dah viral, semua orang support Salman Khan sebab dorang tau dia bukan perisik india and polis pun dah lepaskan dia. Dia dibawa pulang melalui jalan sempadan antara pakistan dan india. Time dah sampai ke sempadan india budak tu kejor si Salman Khan ni. Dia try jerit. Terkeluar suara budak ni. Mak ayah budak ni terkejut. Salman Khan toleh belakang tengok budak ni panggil dia, dia lari patah balik menangis2.. Sedih woooo.. Tersedu sedu aku tengok time part ni. Ni jelah sinopsis by aku. Kalau korang cam x faham, x bole nak imagine korang tengok sendiri lah ye. X rugi punyaaaa.


Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.