Powered By Blogger

Thursday, February 18, 2016

.Cerita Weekend.

Assalamualaikum

Setiap kali weekend je mesti aku akan tanya husband minggu ni nak buat apa eyh b.. Kalau x balik kampung mesti kena ada aktiviti sikit baru lah x boring. Aku ni dah la jenis yang x bole dok lama2 kat rumah kang stressss je. Camne ntah nak jadi housewife kheeennn.. 

Tapi tiap kali weekend aktiviti kitorang mesti mengemas rumah. Biasalah kan rumah yang ada budak2 kecik ni kejap2 nak kena kemas rumah. Pepaham lerr. Aku kadang tu gewam tengok rumah dok sepah je tapi nak buat camne dah nama pun budak2. Nak dilarang kesian. Bertabahlah...

Minggu ni saja je nak share dengan korang aktiviti kitorang anak beranak. X bole lama2 dok kat rumah nty mereput haihhhh..

Ni kitorang bawak anak2 pegi star avenue. Shopping mall baru bukak kat rumah kitorang. Jakun sikit, kan ke kitorang ni dok kat hujung2 dunia, bila dah ade shopping mall ni lebih dari jakun ahkak rasa haha..



Hari ahad tu dok rumah saja. Kemas rumah, basuh baju, kemas rumah, masak, kemas rumah. Kemas rumah tu dah 18kali aku rasa hari tu saje. Vacuum tu dah x letak kat dalam dah. Aku biarkan kat luar je. Yela, setiap kali si kembo ni makan mesti bersepah. Naik darah tinggi aku tengok perangai dorang ni. Sabarrrrr..

Dua hari ni si kembo tu kitorang ajar x pakai kan pampers. Tahun ni dah 4 tahun kott. Tahun depan insha Allah nak hantarkan dorang ke sekolah, kena start ajar dari sekarang lah kan. Kang x pepasal terberak dalam seluar. Satu hal lagi rege pampers dah naik. Mahalnya sampai nak pitam aku nengok. Sedihnya lahaiiiiii.

Petang2 sikit aku gigih buat karipap. 1st time nih aku buat karipap sensorang. Dulu2 masa bujang rajin gak buat dengan kakpah n kaklai tapi aku tukang masak je haha. Kali ni confident sikit nak buat kulit dan inti dia sebab last week balik kampung mak aku share resepi camne nak buat karipap. Senang je weh. Lepas ni dah terer bole la jual kat tepi jalan hihi..


Tu jeh aktiviti weekend kitorang yang x seberapa. Pasni weekend dok repeat aktiviti tu balikla. Ko mampu aktiviti wajib mengemas rumah dan memasak. Tu lah yang selalu husband aku cadangkan tiap kali weekend. Aku menurut perintah je tuan besarrrrr..

Till then, bubye 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.