Saturday, March 12, 2016

.Azhad Eczema.

Assalamualaikum

Dah lama rasanya aku x update pasal eczema azhad. Dah lama sangat kan. Azhad pun dah masuk setahun 3 bulan dah. Aku pun dah jarang nak update blog. Kesempitan masa dan tenaga. Siang kerja malam pong kerja. Menyahut seruan kerajaan la katakan,eh! Dah melalut sampai ke situ plak. 

Untuk pengetahuan korang, eczema azhad dah semakin sembuh, Alhamdulillah tapi masih ade lagi yang belum sembuh. Kat muka dah ok cuma kena jaga2 sebab takut eczema tu naik balik. Sebelum ni pun azhad dah sembuh. 100%! Tapi sebab salah aku mungkin eczema dia naik balik.

Banyak ilmu aku dapat dari group eczema malaysia (fb). Hari2 aku bukak fb, scroll, baca segala file2, apa yang bole apa yang x bole. Aku start diet tepung dan gula dari group ni jugaklah. Segala jenis makanan yang berasaskan tepung semua aku x makan. Ko bayangkanlah camne seksanya aku berdiet semata mata sebab azhad. Nak diet untuk kurus pun aku x sanggup rasanya haha! 

Since azhad fully bf and aku memang sentiasa lapar je. Nak makan yang ringan2 x bole sebab banyak benda yang ringan2 tu ade tepung n gula. So aku memang melantak nasik je. Ayam, daging, seafood dan ikan yang gatal memang aku x sentuh. Aku cuma makan ikan kerapu, ikan merah, jenahak, selar dan siakap. Semuanya ikan mahal T_T. Tu pun aku tanya husband xpe ke b ayg makan lauk mahal2 ni? Susah kita klu selalu macam ni. Nasib husband sentiasa support. Demi anak apa pun x kisah. Insha Allah.. Rezki Allah yang tentukan. 

Aku diet tepung dan gula ni makan bulan jugaklah sampai berat badan aku susut lah. Dalam masa yang sama azhad masih on homeopathy. Badan dia yang kering aku sapu dengan minyak habbatus sauda + minyak zaitun. Ade jual minyak tu. Memang siap2 campo dedua. Aku beli kat mahnaz shah alam. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kulit azhad lembut. Macam baby2 lain gak. 

Ni gambar azhad masa aku diet tepung dan gula, on homeopathy dan minyak habbatus sauda + minyak zaitun. Secalit eczema pun xde. Lega sungguh rasa hati. So, aku pun stopla diet. Dah lama kot. Aku try sikit2 makan ayam, daging, ikan2 yang gatal. Fast food pun aku try n error. Alhamdulillah, ayam, daging, ikan2 gatal azhad dah bole terima. Telo and fast food je aku try eczema dia naik. So, put aside dulu benda2 alah tu. 


X lama lepas tu eczema azhad kembali mengganas huhu! Start naik kat pipi. Time tu memang totally aku x jaga makan. Kira cam balas dendam ar. Ni gambar eczema azhad yang naik kat lengan. Mula naik kat muka pastu ke lengan plak. Lengan ni lah paling teruk aku rasa sebab luka dia dalam. 


Kebetulan bulan 12 tahun lepas aku sefamili pegi manjung rumah kakak ipar aku. Anak dia memang amek ubat homeopathy. So aku dengan husband decide nak bawak azhad jumpa doc wan. Aku selesa dengan ubat doc wan sebab dia bagi ubat titik senang budak2 nak makan. Selain ubat titik, dapat krim jugak. Alhamdulillah ubat2 ni aku dah repeat beberapa kali dah. bawah ni gambar before & after azhad on homeopathy doc Wan. Alhamdulillah.. Luka dah makin kering dan dah x berair.  


Ni gambar terbaru azhad. Muka dah licin tapi kadang2 tu kalau salah makan naik gak merah2. Cepat2 aku taruk krim or aku makan raw garlic. Jangan x tahu, raw garlic ni banyak kebaikan dia. Ermmmmm nak makan tu jela yang bercinta.. Rasa lidah ni menipis yerkkkk! Biasa nya aku potong nipis2 pastu tabur atas nasik. Bila makan dengan nasik xde terasa sangat. Lengan azhad tu aku balut sebab dia suka menggaru. Tapi lengan dia tu dah kering cuma aku nak pastikan dia x kacau sebab tu masih berbalut lagi. Sorry sayang..


Untuk upkan immune azhad, aku makan supplement olivenol plus. Yang ni aku beli kat website lelong. Ada dalam bentuk kapsul dan cecair. Cecair mahal sikit. Kapsul ni 1 kotak RM160 ada 60biji. Nangissss.. Mandian dia plak dulu aku pakaikan sebamed tapi cam x jadi pape je. Kalau ikut dalam group eczema malaysia pun x syorkan pakai sebamed sebab ade sikit steroid dalam dia. Ramai yang suggest pakai moo goo brand. Ni pun nangis gak.. Rege RM69. Tapi memang berkesan sebab dia dah kurang menggaru dan kulit makin lembut.

Nak jaga anak yang ada eczema ni memang mencabar. Naik sikit merah2 aku dah start gelabah. Kalau nak cakap pasal menangis dah banyak kali dah. Tapi aku tau ada hikmah di sebalik nya. Allah bagi aku ujian bukan sebab Dia x sayang. Sebab Dia care. Azhad memang sakit tapi dia lah anak yang paling senang dijaga. So, kenapa perlu aku persoal setiap ujian Allah? Hikmah yang Dia beri lagi banyak dari ujian yang datang. Aku yakin azhad pasti akan sembuh insha Allah.. Korang doa2 kan ye.. 

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.