Wednesday, April 9, 2014

.Rindu Masa Berpantang.

Assalamualaikum

Walaupun zara's dah masuk setahun lebih tapi aku tetap x bole lupa saat2 indah aku berpantang dulu (indahlah sangat herk). Tetiba je teringat balik momen dulu. Masa sebelum bersalin aku lah orang yang paling x sabar nak cuti berpantang muahaha. Ko tanya lah sapa2 pompuan kat dunia ni bila dah start pregnant ada rasa sabaq x nak tunggu cuti berpantang? Hikhikhik

Aku bersalinkan zara's thru czer sebab darah tinggi punya pasal. Aku x sempat nak rasa apa itu contraction sebab anak2 aku x sabar nak hirup udara dunia. Kalau kau tahu dunia macam mana dik mesti kau x kan keluar. 

Aku berpantang kat kl je. Nak sangat balik kampung tapi aku x mampu nak jalan jauh. Perut baru lepas belah kot x sanggup aku nak dok dalam kete sampai 5 jam. So aku pujuk mak aku datang kl tolong jagakan aku. Masa mula2 balik dari hospital aku pantang kat rumah kakak aku. Rumah kakak aku tu ade lif. Rumah aku plak kena naik tangga. Tingkat 4 plak tu. Terpaksa lah aku tumpang kejap duduk rumah kakak aku. 

Mungkin aku xde rezki yang best masa berpantang anak 1st ni. Macam2 dugaan yang aku terpaksa hadapi. Dalam masa waktu berpantang tu tiap2 dekat nak maghrib badan aku mesti seram sejuk. Xtau kenapa. Nak kata salah makan x plak. Mak aku jaga makan aku. Tapi masa kat hospital aku ada makan sayur kangkung. Mak aku cakap tu lah punca aku seram sejuk tapi yang peliknya xkan la effect sayur tu sampai ke hujung2 pantang pun still ada lagi. Confius gegirl. Nasib kakak aku ada tolong mak aku jagakan zara's time aku nak panaskan badan aku balik. Aku kena pakai selimut 3,4 helai pastu tido kejap baru okay. Kipas pun aku x pasang. Bila bangun keluar peluh semua baru aku rasa ada tenaga. Macam tu lah aku buat setiap kali penyakit aku tu datang.

Lagi satu masa beberapa hari lepas bersalin, kan nurse ada datang rumah buat check up mak dengan anak. Setiap hari nurse akan check rahim n dia akan ukur. Still sama ke atau dah turun. Sepatutnya rahim yang elok dan sihat akan turun tapi case aku rahim makin tinggi plak. Nurse tu dah lain macam. Dia swoh aku p klinik jumpa doc. Petang tu aku jumpa doc, dia mintak nurse masukkan tiub kencing.. Aduyaiiii.. Lepas beberapa minit doc tunjuk kat aku air kencing aku dah 1 liter. Mak aiii!! Patutlah nurse check rahim makin tinggi rupanya air kencing yang banyak dok simpan kat situ. Nasib baik xde pape..

Bab menjaga zara's masa berpantang memang rasa macam nak nangis. Keje diorang asyik nangis je. Letak bawah je nangis.. Nak orang pegang je. Kalau sorang xpe. Kadang tu sampai aku meroyan nasib husband ada tenangkan aku. Yelah time berpantang ni jiwa x menentu. Lagi teruk aku x bole nak tido sebab gilir2 menyusukan diorang. Dalam sehari tu aku tido dalam berapa jam je. Seronok ke berpantang macam tu? Hmmm..

Lagi satu benda yang paling aku menyesal sekali aku x sempat nak beli set berpantang. Sedih sangat tau. Tu la buat keje last minit. Nak mintak husband belikan dia xtau. Last aku makan jamu kampung je. Tu pun aku beli kat online. Berdesing telinga aku ni kena marah dengan mak aku. Sekarang aku dah dapat effect sebab x strict betul2 time berpantang dulu. Sekarang badan aku selalu sakit2 sebab banyak sangat angin dalam badan. Tapak kaki plak sejuk je. Bila nak bangun alahaiii sakitnya kaki.. Dah macam orang tua dah,hukhuk..

Walaupun cerita berpantang aku ni x seindah dan sehebat orang lain tapi aku tetap bersyukur Allah beri aku kesempatan menjaga anak2 aku sendiri. Lagi best bila aku terus dapat experience jaga dua orang baby sekaligus. Memang dulu diorang banyak ragam tapi sekarang bila dah makin besar aku dan husband x penah rasa susah. Alhamdulillah..


Ni masa kat Restoran Kuala Gula. 1st time lepas bersalin aku balik kampung bawak Zara's. Kecik je time ni. Aku la.. :,(


Tadaaa.. Dah besar dah anak2 ummi. Mak dia pun besar sama muahaha..

Okbai

"Thanks for reading my blog!"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.