Powered By Blogger

Tuesday, March 18, 2014

.My Lil Muchkins 1 year 6 months old.

Assalamualaikum

Yeay!!! Bulan ni zara's dah 1 tahun 6 bulan. Lagi 6 bulan je umo zara's 2 tahun. Siyes kejap sangat aku rasa. Nak nangis jap. Rasa macam baru lagi beranakkan diorang, sekarang ni dah besar dah *ayat klise sangat*

Biasa lah kalau nak update status pasal anak mesti kena bagitau perkembangan diorang. Aku tengok zara's ni dah start banyak mulut. Kadang tu sampai aku swoh diorang diam hahaha. Jahatt sungguh mak. Bila satu mulut xpa. Ni kalau dah ada dua mulut pastu memasing lawan plak menjerit mana aku x pening. Ummi tampal mulut tu dengan plaster nak?!

Alhamdulillah.. Setakat ni zara's dah start pandai cakap. Kalau diorang mintak sumthing ke aku dah bole faham sesikit. Pandai cakap tu bukan lah maksud bole cakap selancarnya. X.... Cakap setakat macam "ummi nak susu". Zara's cakap x pelat sebab aku dengan husband x penah cakap pelat dengan diorang. Masa aku tengah pregnantkan diorang dulu, aku dengan husband penah discuss pasal benda ni. Jangan penah cakap dengan anak bahasa pelat. Cakap dengan diorang bahasa orang dewasa. Sebab bila kita dah start cakap dengan diorang guna bahasa kita automatically diorang xkan pelat sebab diorang xtau bahasa pelat tu apa. 

Bila dah besar ni senang sangat jaga zara's. Kalau husband cakap dia nak p main futsal aku okay je. Nak ikut malas. So duduk rumahlah jaga zara's. Kalau dulu aku xkan bagi husband main futsal sampai kawan2 dia bising sebab husband ni biasa yang organize futsal untuk team diorang. Memang aku x bagi sebab aku takuit bila jaga zara's sensorang. Dulu kan diorang kuat nangis. Susah kalau nak handle tanpa husband di sisi sobs sobs. Sampai dah jadi cam trauma kalau husband tinggal aku dengan anak2. Sekarang ni aku lebih rela tinggal dengan anak2 daripada ikut husband p main futsal hahaha. Dah terbalik dah. Sebabnya.. Zara's dah pandai tido sendiri. X payah nak paksa bagi tido, nak buai goncang segala. Dah penat main mintak susu tup2 tengok dah tido sendiri. Kalau aku dah penat nak tunggu diorang abes main, aku ajak diorang masuk bilik. Tutup semua lampu, bagi susu. Pastu aku buat2 la tido. Last2 diorang pun tido sekali. Dah tiba masa aku nak simpan buai. Memang dah tak guna langsung. Time kat rumah pengasuh je still guna lagi. Lapang sikit rumah hikhik.

Apa yang aku nampak sekarang, perangai diorang dah x sama dah. Amalia garang sikit. Amani plak jenih degil dan manja. Memang perangai anak bongsu lah. Amalia ni kalau aku marah Amani dia pun ikut marah sama. Kadang tu sampai membebel kat Amani. Membebel apa pun aku xtau. Siap pukul Amani plak tu. Yang Amani pun buat muka blur. "Apsal lah kakak aku ni sibok bebel kat aku ni?". Cam gitu lah kira2 dia. Perangai Amalia so matured. Memang dah nampak macam kakak2 gittew. Dia x manja sangat dengan aku. Papehal memang dia dengan ayah saje. Amani manja dengan aku. Nangis sikit kat aku, gaduh sikit datang kat aku. 

X lama lagi zara's dah nak masuk 2 tahun. X sabar nak tengok diorang besar. Apa lagi yang diorang akan belajar. Macam2 benda diorang buat nak bagi kitorang terhibur walaupun kadang2 tu ade benda yang buat aku marah. Tapi biasa lah kan  bila dah jadi mak2 ni mesti kena gawang sikit. Gawang acah2 je hikhik.










Okbai.

NotaKaki: Bila zara's dah besar nty jangan gaduh, jangan bermasam muka sebab kita berkongsi darah yang sama.












No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.