Sunday, July 14, 2013

.Kat Mana Aku dan Husband Shopping Barang Rumah.

Assalamualaikum

Hehe.. Entry macam ni pun nak up jugak ka? Xpa.. Aku saja nak share dengan semua kat mana tiap2 bulan aku dengan husband shopping barang dapo segala. Kami xdakla shopping kat tempat yang grand2. Aku ni sedaya upaya akan cari tempat yang murah + elok. 

Masa mula2 kawen dulu husband ada bawak p econsave kat area rumah aku. Tapi tobat kami xmau p dah sebab hampir semua ikan kat situ x elok. Barang kering dia okay. Murah pun murah (tu pasti,hehe) so, kami terpaksa cari tempat lain kalau nak beli barang basah. Time tu aku selalu beli kat bawah rumah aku je la tapi beli sikit2 sebab kat kedai bawah tu pun x berapa nak elok sangat tapi okayla dari kat econsave tu.

X lama lepas tu, kawan aku kat tempat keja bagitau yang dia tiap2 bulan p shopping barang basah kat mydin usj. Aku pun bagitau husband dan sampai sekarang tiap2 bulan kami p terjah sana. Barang2 kat sana semua murah. Kalau nak beli ikan ka ayam ka semua cantik2 tapi jangan p malam. Kalau p malam dah x berapa nak elok sangat. Kami selalu p pagi2 time weekend. Dalam kol 8 am kami dah gerak. Pagi2 dah ramai tau so kena cepat2 la kalau x nty semua abes. 

Ada satu bulan tu kami p masa time gaji. Nak cari parking susah yang amat. Parking full! Husband siap round sampai 5 kali x dapat2. Last round husband cakap kalau x dapat jugak kita balikla. Tapi nasib baik last round tu la dapat satu parking. Rezki.. Alhamdulillah..

Sekarang ni mydin usj tu dah cantik. Dah banyak dia renovated. Sanngggattt selesa kalau nak p shopping sana. Kalau rasa lapar lepas shopping bole singgah kat food court dia. Food court ni pun baru saja renovated. Cantik dan banyak makanan. Ikut selera tekak kita la.. Kalau x sempat nak solat bole p solat kat sini jugak. Surau dia Alhamdulillah memang cantik. X rugi la kalau sapa2 yang mai sini. Harga murah tempat pun selesa. Buat masa sekarang ni la tempat kami beli barang2 rumah. Mydin.. Memang nampak low class bagi sesetengah orang tapi aku puas hati. Aku x kesah shopping kat sini asalkan tiap2 bulan perbelanjaan kami under budget. So sapa2 yang tengah pening kepala nak cari tempat shopping yang murah bole p mydin usj. X rugi oiii,hehe.. Dah macam promoter plak aku ni,hihi..




Bubye

P/s: aku shopping barang rumah sebulan sekali ja.. Tengok pada budget. Ada ka yang shopping banyak kali dalam sebulan?.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.