Monday, April 6, 2015

.Azhad Eczema.

Assalamualaikum

Sambungan dari entry ruam susu (nak tau korang cari eyh entry tu >_<) Kitorang bawak azhad p klinik lepas petua jilat muka tu x menjadi dan sapu baby oil Alhamdulillah lah nampak sikit perubahan dia but still kena jumpa doc sebab ruam dia dah makin teruk. Bila jumpa dengan doc, he said dat azhad got heat rash. Cuaca mungkin. 2,3 minggu time tu memang cuaca agak panas sebab tu azhad bole dapat heat rash sehinggakan kulit azhad kering dan menggelupas! 


Lega hati ni bila doc cakap ruam tu bukan eczema. Xdelah diri ini risau sangat. Mak2 sangat khennn. Doc bagi ubat sapu tapi aku dah lupa apa nama ubat tu. Amek gambo pun x sempat sebab ubat tu dah abes. 3 hari lepas tu heat rash kat badan muka azhad still ade lagi. Kurang x makin teruk adelah. Aik, aku dah pelik lain macam dah ni. Awat x elok2 lagi kan. Pastu weols decide p klinik yang sama balik sebab dah ade rekod kat situ tapi kali ni jumpa doc yang lain. Doc ni cakap azhad got eczema. And the eczema is really2 bad. Time tu cam tergamam je aku kat situ. Xtau nak buat apa. Ni 1st experience aku. Penyakit eczema ni rasa jauh sangat dengan aku n famili aku. Aku rasa blur!!


Doc tanya aku ade bagi pakai lotion pape x. Aku cakap yes. I guna lotion sebamed tapi on off sebab baru je beli p klinik dapat ubat klinik terus dah x pakai sebamed tu. Doc suruh aku apply balik lotion sebamed tu sebab dia cakap tu memang remedy untuk eczema. Baby eczema kena sentiasa ade pelembab sebab kulit diorang kering. Minimum sapu lotion adelah 2,3 kali sehari. Bila nak sapu tu jangan squeeze sikit2 cam kedekut taik idung masin ko. Squeeze banyak2 biar jadi macam baby minyak! Okay.. Bila doc dah terangkan barulah nampak jalan tu sikit. Barulah rasa x bodoh hahaha!

Sebelum balik tu aku tanya lah doc x bagi ubat pape ke sebab ubat yang doc dulu bagi tu dah abes. Doc tu tanya aku balik u nak bagi ubat tu lagi ke? Ubat tu ade steroid. Kalau i, i just pakai sebamed je. Lorr ade steroid ke ubat tu.. Kesian azhad kecik2 dah kena sapu steroid kat kulit dia.

Last week kakak ipar aku ade belikan cream homeopathy untuk azhad. Anak dia sebelum ni penah kena ruam lampin n memang teruk sampai x bole pakai pampers. Bila dia guna cream homeopathy tu cepat je elok. Sampai sekarang kalau anak dia selsema ke demam ke dia bagi ubat homeopathy je. Aku okay je dengan rawatan homeopathy ni sebab 1 dia xde dadah n 2, amani kan sembelit. Bila makan ubat homeopathy ni sembelit dia dah okay tapi still amek ubat tu la. So aku x kesah nak try n error ubat untuk azhad selagi dia x mendatangkan bahaya or kemudaratan.

Dua hari lepas pakai cream homeopathy tu aku perasan ade air bisa keluar kat tempat rashes dia. Aku macam alamak apsal ni. Pastu eczema kat muka dia cam dah merebak. Risau plak aku. Mungkin ke dia x sesuai dengan ubat homeopathy? So, aku dengan husband discuss to pakai cara lama just apply sebamed only!


Nty kita sambung balik naaaa.. Hihi

Till then, bubye


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.