Powered By Blogger

Saturday, April 11, 2015

.Review Lepas Berpantang.

Assalamualaikum

Ceh! Lepas pantang pun nak review bagai kan hihi. Korang layankan jela haku ni. Asalkan berhupdate blog aku ni kalau x berhabukla.. 

Ni kali kedua aku berpantang. Kira dah ade sikitlah experience walaupun x banyak. Dah terer la bab mana yang bole makan n apa yang x bole, gitteww.. Dulu masa pantang zaras aku x pantang sangat. Jamu pun lambat makan sebab x sempat beli. Tu lah part yang paling aku nyesal sekali huhu! Lepas abes pantang Ya Allah... Sakitnya kaki badan segala. Dah seghope orang tua! Kalau duduk atas lantai jenuh nak bangun semula. Kaki rasa kebas2.

Bila pregnant kan azhad pun sama. Sakit badan n kaki. Angin lagilah.. Xpyh nak cakap. Banyak giler! Makan itu angin makan ini angin adehhhhh.. Seksa la time tu. Memang kena jaga makan betul kalau x husbandla jadi mangsa tukang urut. 

Masa pantang azhad aku amek nona roguy. Aku beli yang set tapi x guna semualah. Yang tiap2 hari aku amek pil phytonatal. 2 bijik sekali makan. Banyak gak dalam 1 botol. Lepas pantang pun still ade lagi. Alhamdulillah lepas abes pantang badan aku bertenaga je. Xde la letih2 even bangun malam nyusukan azhad. Yang paling ketara angin aku tetiba je dah hilang. Dulu pantang sikit kalau minum teh, kangkung,kobis cepat je angin. Kalau bole kentut besla gak ni nak kentut pun eh cam tersumbat je bontot ni apehal kan. 

Aku tau penyakit angin aku dah xde sebab husband yang tegur. Dia pasan lately aku kuat minum teh tapi x mengadu pape pun kat dia pasal aku angin ke apa. So,aku pun buatlah experiment sikit. Aku try makan kangkung plak kot2 angin ke x kan. Bila makan ok jeeee xde plak tersekat nak kentut x bole ke apa. Azhad pun elok je kentut. Kompommm penyakit angin aku dah hokeyyy even bukanlah totally hilang. Kena control lah kalau x takut angin tu datang balik. Selain angin, kaki aku pun dah jarang sejuk. Dulu malam2 time nak tido mesti kena pakai stokin. Kitorang xde air cond tau. Pakai kipas je tu pun kaki aku x tahan sejuk sangat. La ni xpyh dah pakai stokin. Rilex je haku.

So kesimpulannya, berhati hati lah semasa dalam pantang hihi. Aku ni nak bagi nasihat pun x layak sebab aku pun xdela strict pantang sangat. Ala2 gitu je. Tapi Alhamdulillah kali kedua pantang ni aku lebih bertenaga dari yang dulu even berat aku xdelah turun banyak. Tu satu hal haihhhh. Memang aku dapat berat sebelum pregnant dulu tapi xdelah turun kaw2 punya. Kali ni aku fully breastfeed azhad dan Alhamdulillah sampai sekarang dan harap2 biarlah sampai azhad 2 tahun. Dats why aku x diet. Kalau aku diet mana nak datang susu kan. Aku lagi rela gemuk asalkan azhad dapat menyusu dari susu aku sendiri. 

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.