Powered By Blogger

Wednesday, April 8, 2015

.Asam Pedas Untuk Dia.

Assalamualaikum

Lama angattt kite x cerita pasal drama2 melayu masa kini kan hihi. Bukan x layan babe tapi mak ni kan busy memanjang. Dah lama simpan tapi x update2 pun. Mohle kite flashback balik cerita yang paling aku suka takat ini. Asam Pedas untuk Dia.

Actually cerita ni dah abes dah pun saje je suka2 nak bagitau cerita yang aku minat + hero dia alahaiiiii hensem! Sebelum adenya cerita ni aku awal2 dah beli buku novel tu. Masa tengok cerita ni patutla eh2 cam kenal je jalan cerita ni. Rupa rupanya cerita novel diorang buat drama. Kan trend drama2 sekarang amek dari novel. Tapi cerita ni memang bes hihi. Kalau x sempat nak tengok ke apa laju2 pujuk husband download kan.

Pada sapa yang x tahu n x tengok cerita ni aku rajinlah sikit menaip sinopsis ala2 jela eyh. Nak tau lebih lanjut korang bole la download sendiri k. Cerita ni mengisahkan antara anak majikan, Ziyad dengan maid bernama Ainin. Ainin ni balu anak satu n dia decide keje jadi maid sebab nak bantu keluarga. Ziyad ni simpati dengan nasib keluarga Ainin dan terus plan nak kawen dengan Ainin. Tujuannya hanyalah untuk menolong Ainin sahaja. Lama2 diorang makin sayang antara satu sama lain dan keluarga Ziyad langsung xtau pasal benda ni. 


Yang jadi masalahnya Ziyad ni dah ade awek n nak kawen dah pun tapi biasalah kan novel melayu drama melayu pape mesti hero dengan heroin jugak kan kahkahkah! Pape pun cerita ni memang awesome! Aku memang suka layan drama melayu tapi lepas cerita Asam Pedas untuk Dia ni xde lagi drama yang mencuit hatiku lagi ate tv kat rumah tu asyik dok bukak sukan je. X bola, badminton. X badminton bola keranjang. Naik juling mata aku. Semua sukan husband aku layan. Agak2 la b.. Tau cmni xpyh pasang astro huh mencikk!

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.