Monday, April 13, 2015

.Update Zara's and Azhad.

Assalamualaikum

Bila dah ade anak 3 ni x gamak rasanya hemak nak update satu2 pasal anak hemak. Kite combine jela perkembangan terbaru diorang. Ececeh.. Gaya macam anak retis plak kan hihi *malu tutup muka*. X kira lah retis x retis aku nak update jugak kan. Sapa nak baca, bacalah. Kalau xmau xpayah baca lah ye. Aku x desak pun *eh teremo plak*

1st, nak cerita pasal zaras dulu ye. Sekarang diorang dah masuk 2 tahun 7 bulan. Lagi 5 bulan je lagi nak 3 tahun. Ya Allah..... Dah besar dah rupanya anak2 ummi ni. Sekejap sangat rasanya. Bila dah besar gini dah banyak akai dah. Tambah2 dah ade kawan lagi lah banyak akai diorang. Aku dengan husband lah yang pening kepala. Rumah tu kalau x sepah x sah. Cian ummi nak deco2 pun x bole huhu! Penuh dengan mainan diorang je. 



Dua2 dah kuat bercakap! Yang paling talkative tu amani lah. Sikit2 bertanya. Bukan sekali. 2,3 kali kadang tu benda yang sama diorang ulang tanya balik. Husbandlah yang selalu layan diorang. Memang time2 seusia gini diorang dah banyak tanya sebab dah pandai explore. 

Gadget2 dah kurang main dah. Yes! Idea kitorang nak kuarantin kan ipad berjaya jugak. Penah gak terkantoi diorang terjumpa ipad, cepat2 husband amek terus diorang nangis. Mula2 tu dah cair tambah2 aku lah tapi cuba keraskan hati. Rampas gak. Biarlah diorang menangis meraung raung. Pekakkan telinga je. Sekarang, nahhhh.... Husband bukak ipad depan diorang pun diorang buat x tahu je. Ade gak tanya ayah.. Ipadlah.. Husband jawab ye.. Pastu diorang buat derk je sambung main. Wahhhh.. Kembang kempis hidung laki bini ni sebab mission dah berjaya kikiki.


Sejak dah beradik ni masing2 dah matured sikit terutamanya si amalia. Memang dia nampak cam kakak2 sikit. Suka jaga adik tapi dia suka sangat main dekat2 dengan adik. Buat adik rimas. Tu yang aku geram tu tapi bila disuruh jaga time kitorang ade keje pandai plak dia. 

2nd, pasal azhad plak. Now azhad dah 3 bulan. Sikit lagi nak masuk 4 bulan. Until now azhad still breastfeeding. Alhamdulillah.. Dah bole meniarap tapi sesekali je. Last berat 6.8kg berat bontot agaknya tu yg sesekali je dapat meniarap kikiki. 



Pada sapa yang tau azhad ade eczema. So, aku memang focus kat dia sorang je. Memang banyak masa ke dia je. Lagi2 dia bf. Balik keje memang hobi dia ngempeng jela hihi! X sabar aku nak tunggu azhad besar. Dah bole duduk bole main dengan kakak zaras. Besnyaaaa kan..



Lagi satu, kitorang memang x ajar azhad tido pakai buai sebab dia xdelah banyak songeh. Dia hokeyy je tido atas tilam tapi kalau kat rumah pengasuh memang dia akan pakai buai sebab susah kak wan nak jaga plus nty zaras akan kacau azhad. Lately bila kat rumah azhad kuat ngempeng pastu bila dah tido nak letak kat tilam for sure dia terjaga. Camne nty kalau b OT, aku kena jaga diorang 3 orang.. Hmmm.. Wondering.. Nak kena keluarkan buai balik ke..

Tu je kot.. Pasni update untuk next month plak. Sori ye.. Terpanjang plak entry kali ni. Biasalah buat entry ni pun makan hari gak. Susah nauu nak update blog sekarang ni hihi..

Till then, bubye



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.