Thursday, March 26, 2015

.Rempit Jomm!!.

Assalamualaikum

Hye peeps!! Minggu ni minggu kedua kitorang laki bini naik moto. Alhamdulillah rezki anak2 mungkin, dapat la merasa nak naik moto.  Kurang2 bole la jimat duet minyak sikit. Tu lah benda yang paling penting. Terima kaseh mak ayah!

Bila naik moto dapatlah kitorang balik awal sikit. Kalau dulu asal papa ku pulang dari kota mesti je hadap jem. Hari2 cenggitu la nasib haku tambah2 kat area bulatan subang tu. Kalau xde makanan memang sah2 le aku bantai tido. Ni bila dah ade moto xdela nak sangkut kat jem. Cilok sini cilok sana eh2 dah sampai rumah.... 1st, 2nd, 3rd day dua2 laki bini jakun sangat haha. Lama weh x naik moto p keje. Last dulu masa husband shift pastu dah x rempit sebab moto husband kena curik. Sadis betul bila ingat balik kejadian itu sobs sobs..

Sekarang ni bes sangat sebab sampai rumah awal. Xdela balik2 langit dah gelap. Siyes kesian kat anak2. Dahla pegi keje pun still gelap balik pun nak gelap jugak ke. Moto ni membantu sangat. Sonoklah!

Tapi part yang paling mencabar tu time hantar n amek anak2 lah. Mula2 kitorang hantar anak2 naik kete pastu patah balik rumah amek moto plak. Camtu lah pegi n amek anak2. Plan asal nak je redah hantar diorang naik moto tapi cam kesian + susah plak. Dengan beg banyak xkan nak sumbat kot semua atas moto kan. Kalau orang tengok pun mesti cakap kesiannya diorang ni.. Mesti xde kete.. Padahallll..... So untuk mengelakkan kekeliruan dan kemaluan, kitorang pun ulang alik naik kete pastu naik moto plak fuhhhhhhhhh..



Jommmm rempit.. Rempit2 pun kena hati2 jugak.. Doakan kitorang selamat pegi dan balik. Semua ni untuk mencari sesuap nasik..

Till then, bubye







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.