Sunday, March 15, 2015

.Ruam Susu Ke.

Assalamualaikum

Lamanyaaaaa kite x hupdate blog kite. Malas tu satu. Yang lebihnya pikir xde orang pun nak tunggu entry baru blog aku ni. Xpyh kalut sangat nak hupdate blog. Eh, ade ke yang dok silent reader blog kite ni eh! Ngeeeee >_<

Okay, ni aku nak cerita pasal anak teruna aku ni ha. Lepas je abes pantang memang aku dah perasan muka azhad ade naik ruam. Aku ingatkan ruam biasa2 je. Alahhh ruam baby bawu lahir kan. So mak dia yang kurang ilmu ni buat derk saje. Konon ruam tu akan hilang macam chinggg! Pastu makin lama makin banyak plak. Siap merah2 lagi. Eh, ni apsal ni. Masa zara's dulu xde ruam2 ni mungkin sebab diorang x breastfeeding kot. Gitu lah pendapat aku kan. Sebabkan azhad ni fully bf mungkinlah peratus dia nak kena ruam susu tu tinggi sangat so dats why pipi dia dua2 belah tumbuh ruam n merah. Kadang tu bila panas ruam tu akan kering dan menggelupas. Aku nak pegang pun seriau takut kulit dia tertarik then keluar darah ke.. Ishhh sungguh aku takut azhad jadi pape.

Rabu lepas aku ade upload gambo muka azhad kat fb. Niat di hati nak tanya petua or pape la camne nak hilangkan ruam kat muka azhad ni. X sangka ramai yang bagi respond. Macehhh semua. Kalau iols kaya dah lama iols belanja makan hihi. Macam2 petua diorang kasi dan ada yang pelik yang menarik perhatian aku. Petua orang dulu2 si ibu kena jilat muka anak haha. Mula aku macam bole caya ke x ni then x lama ade membe aku pm kat fb bagitau benda yang sama and it works! So esoknya lepas bangun tido tu aku pun jilatla pipi azhad. Bangun2 terus jilat tau jangan gosok gigi lagi. 



Petang tu masa amek azhad kat rumah kak wan tengok muka dia dah elok sikit. Kak wan cakap dia sapu kan baby oil kat muka azhad. Ade jiran dia bagitau sapu baby oil je. Xde plak aku tengok merah2 n menggelupas. Alhamdulillah. Hati rasa lega sikit. X sure elok sebab pakai baby oil or sebab aku jilat muka dia. Okay, x kesahlah asalkan muka dia dah elok sikit.

Semalam keluar pegi mydin beli barang dapo n terus belikan sekali sebamed untuk azhad. Nak try plak pakai sebamed mana tau ok. Husband cakap azhad ni macam bukan ruam susu sebab kat lengan dia tang pelipat tu pun merah menggelupas. Ni kes memang kulit sensitif macam bapak dia. Husband pun pakai sebamed jugak dari kecik sampai sekarang. Kulit aku tonyoh dengan sabut kelapa pun hokayyyy. Pekerja kat farmasi tu pun cakap ni bukan ruam susu. Kulit azhad ni dah macam eczema tapi x teruk sangat. Homaiiii.. Harap2 eloklah aku pakaikan dia sebamed ni. Kesian sungguh tengok dia. Mesti benda ni gatai kan huhu!


So, nty aku akan hupdate balik perkembangan kulit azhad ni. Mana tau kot2 kat luar sana ade yang senasib macam azhad bole la selak2 blog aku ni haaa. Okay tunggguuuuuu..

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.