Sunday, March 8, 2015

.Penatnyaaaaaaa.

Assalamualaikum

Penatnyaaa wehh haha! Penat sangat. Penat sebab aku dah start masuk keje last week. Kunun2 nak hupdate blog pasal masuk keje tapi x sempat. Sangat. Rasa letih x cukup rehat. Sapa suruh beranak banyak. Jangan... Anak tu rezki tauu. Penat macam mana pun kena jaga jugak. 

1st day masuk keje tu biasalah kan rilex2 lagi. Xdela stress pikir pasal keje cuma asyik teringat anak2 je. Biasa diorang seharian dengan aku tapi tiba2 xde tu Ya Allah rindunye. Mak2 sangat kan ahaks! 

Jadual baru aku sebelum tido memang pack. Dari balik keje sampaila nak tido ade je kejenya. Kadang tu bila dah siap semua benda dapat baring besnya lahaiiii. Balik keje biasa sampai rumah dalam 7.30pm. Terus masuk dapo nak masak untuk dinner. Kalau aku busy nak nyusukan azhad, husband yang amek alih masak. Malam makan yang simple2 je xde nak masak 2,3 jenis lauk pun. Lepas makan keluarkan susu dalam peti ais kasi cair untuk hantar ke kak wan esok. Lepas tu siap2 kan baju anak2 letak dalam beg. Dah siap semua part mak dia plak. Gosok baju n tudung sekali. Kalau malas gosok esok rembat pakai seluar je pegi keje. Sebabkan husband suka tengok aku pakai baju kurung p keje gigihkan la jugak gosok hihi. Baju husband memang dari dulu aku x gosokkan sebab dia p keje pakai baju t shirt je.

Dengan terpack nya rutin baru aku ni memang x sempatlah aku nak duduk tengok tv bergurau senda dengan si husband. Memang x la babe. Makan pun kira nak cepat je takut x sempat nak buat pape. Kang kalau lambat buat keje tertido lambat plak. Nty malam mesti 2,3 kali bangun nak nyusukan azhad. Rasa penat sangat huhu tapi x bole nak stress takut effect kat susu iolls nty. So, sepenat mana pun aku paksa positifkan diri aku yang aku buat semua benda ni untuk famili aku. X bole la asyik2 nak nangis je. Dah besar dah kan uwaaaa.. Insha Allah ada ganjaran pahala tu nty.


Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.