Tuesday, February 17, 2015

.Breastfeeding Journey.

Assalamualaikum

Yuhuuuu.. Entry kali ni aku nak share pasal breastfeeding. Alhamdulillah.. Rezki anak kali ni dapat aku susukan azhad. Sekarang memang azhad fully breastfeed dan disokong penuh oleh husband tersayang gittew.


Throwback masa zaman zara's dulu2 aku sempat susukan diorang sekejap je. Seingat aku 2 bulan je kot tu pun dalam pantang memang dah campur dengan susu fm. Lepas naik keje terus susu drop. Time tu memang bergaduh dengan husband sebab x dapat susukan zara's. Husband cakap dapat sikit pun jadilah. Ni langsung xde. Bengang je aku bila husband cakap aku x usaha nak bagi susu kat zara's padahal memang susu dah xde nak buat camne tapi time tu bab ilmu susuan ni aku zero. Pregnant kali kedua ni aku dah siap2 pasang niat nak fully breastfeed anak aku sampailah umo dia 2 tahun insha Allah..

Nak breastfeed baby memang banyak cabaran. Kalau x kuat abesla.. Dia kena banyak main mind. Kena setkan kat kepala susu banyak maka susu kita pun jadi banyakla. Dulu aku xtau pasal benda2 ni sebab tu susu terus drop. Pump pun angin je yang keluar. Sekarang ni Alhamdulillah paling banyak aku dapat pump 8oz satu session. 

Lagi satu kalau kita breastfeed ni asyik lapor sesaja huhu. Nak tahan x terdaya kauu.. So memanglah kena makan. Bila dah makan nty lapor balik. Dah macam bela hantu raya dah. Nak diet pun x bole huhu. Aku ade cakap kat husband nak diet terus kena marah dengan dia. Kalau diet mana nak datang susu? Huhu.. Baiklah b.. Ayg makan ye biar gemuk. Jangan cari lain sudah. 

Actually aku nak cerita bab2 penyusuan ni pun cam segan2 kucing je. Yela.. Aku kan baru je dalam dunia breastfeeding ni. Stok susu pun adelah sikit.. Tengah usaha nak banyakkan je ni ha. Harap2 nty bila dah masuk keje susu aku sentiasa ada dan makin banyak. Kalau bole memang nak susukan azhad sampai umo dia 2 tahun. Orang lain bole xkan aku x bole plak khenn.. Doakan aku ye supaya aku kuat. Fighting!!

Till then, bubye


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.