Monday, February 2, 2015

.Azam 2015 Aku.

Assalamualaikum

Ngengada angatt tau nak share pasal azam iolls tahun ni. Tahun lepas punya azam ade lagi yang x tercapai ade hati lagi nak ade azam lagi kan hihi. Xpela.. Bagi la peluang sikit tuan belog ni ha. Kalau xde azam xde la diri ni nak berusaha lebih kan. Bila dah ade azam ni secara automatically nya kita dah ade target n bole focus ke arah azam kita tu. Wah.. Ayat cam pakar motivasi gittew..

Azam ni aku rasa tiap2 tahun mesti ade punya. Aku nak jadi isteri dan ummi thorrbaikk insha Allah. Masa pregnant dulu banyak nyusahkan husband. Semua keje husband buat. Tahun ni dah free bole lah ganti balik masa2 yang husband korbankan dulu. Untuk zara's plak sejak dah ade adik ni asyik kena marah je diorang. Nyesal pun ade. Tu yang nak kena gali lagi ilmu rumahtangga ni. X bole marah diorang tanpa sebab since diorang pun still kecik lagi. Doakan aku sentiasa sabar untuk jaga husband dan anak2 aku.

Aku nak tingkat prestasi kerja. Nak keje sungguh2 tahun ni. Biar boss puas hati dengan keje aku. Xmau mc n el banyak2 dah macam tahun lepas. Kena keje sungguh2 tambah2 idup kat kl ni. Parahhh tau kalau laki je yg keje. Alamatnya x makan la kami anak beranak. Mintak simpang la nooo..

Aku nak kuruih oiii. Ni azam yang ke berapa puluh ntah haha! Even tengah pantang x kuruih2 pun aku ni. Tensi plak. Rasa dah kurangkan makan but still x turun2 lagi. Siapla kau memang aku diet kaw2 tahun ni sebab aku plan nak rehat lamaaaa baru nandung balik. Bagi zara's n azhad besar dulu baru bole bagi adik. Plis ye anak2 give ummi a chance to look cun hehe.. Untuk husband yang tersayang gak..

Nak amek lesen kete. Bila dah ade anak ramai ni kena sangatlah ade lesen. Susah bila aku x reti bawak kete. Asyik2 nyusahkan husband. Memang la tu tanggungjawab dia tapi orang tu pun tau letih xkan aku nak asyik mintak tolong dia kan. Kena berdikari sikit. Tapi sekarang ni nak amek lesen pun dah mahaii sekarang kan. Hmmm... Kena ikat peyut kot baru bole amek lesen hwahwa *nangis kat bahu awak*

Ermmm.. Aku rasa cukup kot azam aku untuk tahun 2015 ni. Xmo banyak2 nty susah iolls nak capai. Harap2 xdela yang tergelincir tahun ni ye dok. Dan azam yang sentiasa ade dalam hati ni aku nak jadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberiNya. Nak jadi muslimah yang lebih baik insha Allah.. 

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.