Powered By Blogger

Monday, February 2, 2015

.Pengalaman Bersalin My Little Hero.

Assalamualaikum

Hye korang! Dah masuk tahun baru dah kan. Sekejap je rasa tahun 2014 tup2 dah masuk 2015. Nth2 esok dah 2016 dah haha. So hepi new year uolls even lambat wish. Lantok.

1st entry untuk tahun ni aku nak share pasal pengalaman bersalin kali kedua aku ni. Valuable tau hihi. Tapi korang tahan la eyh entry kali ni panjang angat. Jangan sampai berdarah idung plak. Okay, bawah ni kira kronologi pengalaman aku bersalin. 

28hb Dec 2014 (Ahad)
Hari aku kena serah diri sebab baby dalam peyut ni xnak kuar huhu. Jenuh dah aku buat segala menda bagi sakit punnn x lut jugak. So, hari ni kena p hosp sungai buloh induce untuk bukak kan jalan. Pagi tu makan nasik goreng mak mentua masak, telo separuh masak 2 biji n minum tamar cocoa. Kunun nak prepare untuk meneran tapi nan adooo. Oh ya, PIL memang sengaja datang rumah sebab nak tolong tengokkan zara's while husband maybe akan busy dengan aku nty. Thanks mak ayah.

Sampai hosp around 9.30am. Daftar n nurse cuma mintak bawak masuk kain batik sajo. Barang2 yang lain nty dulu sebab doc nak check jalan saje. 1st time kena seluk dgn doc lelaki india plak tu. Sebelum kena seluk tu aku tengok je jari dia besar ke x. Nasib sedang2 bhahaha. Time nak kena seluk tu takut pun ade yela aku banyak baca kat blog orang bagitau seluk ni sakit wooo tapi nasib baik iols bole tahan lagi. Xde sakit sangat punn. 1st seluk yilek. Xde bukaan lagi. 2nd seluk dengan doc ppuan india dah bukak 1cm. Hari tu main seluk2 je. Petang pukul 6.30 baru la dapat katil ward 6c. Time tu dah ramai membe xde la boring sangat dok hosp. 

29hb Dec 2014 (Isnin)
Pagi2 doc round katil. Kena seluk lagi. Doc ppuan india. Still 1cm. Doc masukkan ubat dalam tutttt. Dia punya jolok mak aiiii.. Rasa nak terajang je doc tu. Petang tu doc round lagi nak check jalan but still 1cm lagi. Time tu dah start rasa contraction yang maha hebat. Baru la aku tau macam mana rasa contraction. Rasa sakit sangat kat bawah perut tu macam ada benda dok push nak kuar *baby la tu kan*. Sakit contraction tu berlarutan sampai pagi gakla pastu slow2 dia hilang. Pagi pukul 1.45 doc datang round nak seluk lagi. Time tu dah 2cm. Doc tu siap tolong jolok2 sikit dia cakap harap2 esok bole lah bukak 3cm then bole terus turun labour room. Macehhh doc...

30hb Dec 2014 (Selasa)
Pagi tu macam biasa doc datang check jalan. Still 2cm, doc masukkan induce yg kedua. Dia cakap macam ade progress utk ke 3cm. Petang tu doc datang still 2cm huhu. Tensi jap apsal la jalan x bukak2. Petang tu gak contraction makin kuat sampaila ke malam. Aku dah x tahan n aku mintak kt nurse ubat tahan sakit. Kesan ubat tu ngantuk baq hang.. Tapi ngantuk2 tu pun still rasa sakit contraction tu. 

31hb Dec 2014 (Rabu)
Pukul 1am camtu, aku terjaga sebab terasa air mengalir. Macam kencing tapi banyak. Sah air ketuban aku pecah! Bagitau nurse n nurse suruh pakai pad. Pastu aku sambung tido. Dalam pukul 1.45am doc datang round. Nurse bagitau doc air ketuban aku dah pecah. Doc tengok pad dah kaler ijau. Means dat baby dah berak kat dalam. Doc seluk jalan dah bukak 3cm tapi x bole tunggu sampai bukaan 10cm takut nty baby termakan taik so doc advise to emergency czer. Hmm.. Kiciwa sangat aku time tu. Aku memang berharap sangat nak bersalin normal tapi kalau ni dah takdir hidup aku nak buat camne kan. Mungkin ade hikmah di sebalik semua ni. 

Sepanjang dalam bilik OT tu aku menggeletar je. Sama situation macam bersalinkan zara's dulu. Tepat pukul 2.09am babyku selamat dilahirkan. Lega rasanya haha.. Dah bersih semua nurse datang tunjuk and its a BOY! Cium2 baby and nurse bawak pegi mana ntah nak check baby ade termakan taik or tak. Pastu aku dah x ingat pape dah sebab aku tido. Aku rasa kesan ubat tahan sakit tu ade lagi kot. Yang aku tau aku dah ade kat tempat lain nurse dah datang nak amek aku bawak masuk ward dah.

Sampai ward aku call husband tanya dia kat mana. Rupanya dia dok tunggu aku kat dewan bersalin. Nurse suruh dia masuk ward untuk tengok baby n amek uri. Alhamdulillah baby xde sakit pape. Semua nya ok. 1st time husband jumpa baby terus husband azan n iqamatkan kat telinga baby. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun lama gak la aku dok berkampung kat hosp sg buloh ni haha. Lepas ni aku nak rehat lama sikit lagipun ni kan 2nd operation aku so lagi 2x je bole beranak. Aku redha dengan ketentuan Allah. Memang impian aku dengan husband nak anak ramai tapi kalau dah setakat ni je yang Allah bagi rezki untuk kami, kami redha. Kadang tu sedih gak tapi husband selalu cakap dia dah bersyukur sangat2 dah. Dah ade perempuan n lelaki cukupla. 3 orang pun dah cukup banyak dah. Kena redha mungkin ade hikmah disebaliknya. Terima kaseh syg.. :')

Okay, setakat ni je entry berjela iols as a pembuka tirai untuk tahun 2015 ni. Pasni insha Allah aku nak share plak diari berpantang aku. Macam2 hal gak hihi. Sebelum tu ni haaa presenting our lil' hero.. Muhammad Azhad bin Aizat. Semoga menjadi anak yang soleh, taat dan menjadi orang yang berguna. 






Ampun.. Mak dia pun nak bergambar jugak. Muka selebet sangat time nih. Dengan bibir kering huhu. Lantak lah.. T_T




Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.