Thursday, February 12, 2015

.Rutin Baru.

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk 43 hari aku berpantang. Dup dap dup dap bila nak abes pantang ni ihik. Plus dah x sabaq rasa nak masuk keje even aku tau nty mesti akan rasa lebih tensi bila dah start keje. Macam2 benda dah menanti aku tu lagi2 bila boss dah tanya kat kawan keje aku bila zu nak start keje. Perlu ke boss.. Hmm.. Dah siap plan nak bagi aku keje banyak lettew. 

Syukur sangat masa berpantang ni ade mak n MIL yang tolong jagakan aku. Kalau harap aku sorang memang kelam kabut jadinya. MIL datang dah seminggu lebih semalam baru balik teluk intan. Pasni aku kena jaga diri sendiri lah haha! Sebenarnya sebelum MIL datang aku memang dah berpantang sendiri. 1st day memang ke laut. Zara's dah siap sedia husband hantar ke pengasuh. Aku dok rumah dengan azhad saja. Tu pun x bole nak handle. 

Biasa pagi2 aku bangun dalam pukul 8. Sementara tunggu azhad bangun aku pun amek kesempatan tido jugak cover yang pagi2 aku dok bangun susukan dia hihi. Lepas dah bangun siap2 mandikan azhad sebab nak bagi dia tido lagi. Azhad ni lepas mandi, susukan dia memang dia akan terus tido. So, bila azhad dah tido turn aku plak nak mandi. Mandi pun x bole nak berlulur bagai. Kena cepat2 takut nty azhad bangun melalak. Dahla nangis kuat nty orang kata aku dera anak plak. Rumah aku ni dahla xde heater so nak mandi kena lah buat manual heeeee.. 

Azhad ni jenih yang suka mengempeng jugak. Klu dah tido tu aku letak je dalam rocker mula lah mengeliat sana sini. Jalan terbaik aku pegang je dia. Memang x bole nak buat apa. Nak masak pun x bole. Bila dah jadi macam tu hari kedua dan seterusnya husband lah yang tolong masakkan. Sebelum pegi keje husband siap2 masakkan dulu. Nty bila nak makan aku just panaskan je. Biasa pagi n petang aku cuma makan biskut cecah air tamar cocoa je. Tengah hari aku makan berat sikit. Lagi2 kalau menyusu memang laporr sesaja. Camno nak kuruih?? 

Bila malam plak memang totally aku dengan azhad je. Aku dah macam jauh sangat dengan husband n zara's. Kadang tu sedih tengok zara's but diorang sweet bila dengan azhad. Sikit2 nak cium tambah2 amalia. Nampak kakak2 sangat ngeeee.. X sabar nak tunggu azhad besar sikit bole lah main dengan kakak2 dia nty. 

Lepas ni bila dah start keje lagi la hidup aku totally change. Dulu bole wat lex wat pis je sekarang ni bila dah ade anak kecik balik kena focus kat baby je. Time tido pun dah tukar hwahwa. Harap2 time tido azhad macam zara's jugakla bangun sebab nak susu je pastu tido balik. So, kita tunggu jela ade ke x mata panda ni hehe..

Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.