Saturday, February 7, 2015

.Hal Berpantang.

Assalamualaikum

Hye korang! Aku still lagi dalam mood berpantang hokay. Hari ni dah masuk hari ke 39 aku berpantang. Sikit lagi dah nak abes hewhew. X sabor dah rasanya mulut ni nak hadam macam2. Dalam pala hotak ni berbaris menu segala benda aku nak makan.

Kali ni aku nak cerita pasal hal berpantang aku plak. Cerita pasal pengalaman bersalin dah kan so wajiblah tuan tanah sertakan sekali pengalaman berpantang yang x seberapa ni. Hal berpantang aku kali ni macam2 weh haha. Dulu masa pregnant plan nak pantang sebulan pertama kat kampung aku, sebulan kedua kat kampung mertua. Last2 sekarang ni plan semua tunggang langgang. Aku sendiri yang plan aku sendiri yang kasik kucar kacir. 

Lepas je discharge kitorang terus gerak balik teluk intan. Plan terbaru nak berpantang kat situ seminggu sebab senang ade orang bawakkan p klinik. Kes aku czer. Kali ni kalau beranak czer ko kena p cucuk hiperin untuk cairkan darah. 15 kali ko! Abes lebam dua2 belah lengan aku nih. So, sehari 2x 8am n 8pm kena p klinik amek injection. Seminggu gakla aku dok kat teluk intan. Dahla dengan beranak czer nya pastu kena ulang alik p klinik plak tu. Sungguh x masuk dek akal. Dulu masa zara's xde pun cucuk2 hiperin ni. Nasib lah MIL banyak tolong aku. Anak2 semua MIL yang uruskan. Husband dah balik kl tinggal aku dengan anak2 jela. 

Dah lepas seminggu husband balik hantar kitorang balik kuala kurau plak. Masa pregnant dulu rasa x sabarnya lahaii nak berpantang kat kampung yang aman damai dengan mak. Tapi hati aku ni rupanya x kuat. Aku x penah jauh dengan husband lelama cenggini. Nangisla aku tiap2 malam pujuk husband amek aku hwahwa *hatikitekeciktauu*. 

Nak cerita pasal berpantang dengan mak aku ni pun satu hal gak. Mak aku jenih yang kuat sangat berpantang. Macam2 aku x bole makan. Makan benda tu sikit kang gatai, makan benda tu sikit kang bentan. Sekali memang aku kena bentan derr. 3 hari seram sejuk. Sakit telinga aku dengar mak aku membebel. Mak aku cakap aku curik2 makan. Padahal aku cirit birit sebab terlebih makan pil nona roguy phytonatal. Malam tu jugak mak aku p rumah bidan mintak air penawar. Alhamdulillah dengan izin Allah, dah xde seram sejuk dah ngeee.. Dalam pada aku bentan tu makan pun aku x lalu. Aku just minum air je sampai satu tahap aku muntah keluar air. Bila x makan production susu pun berkurang. Menangis aku bila azhad x bole tido. Maybe dia lapar sebab susu aku kurang. Bila aku pump pun keluar cinonet je. Susu yang kuar tu pun susu cair je. Sedih yang teramat. Pastu aku mintak husband belikan susu formula untuk azhad sementara aku x sihat pastu baru tersedar aku dah pasang niat since pregnant dulu nak breastfeed azhad so aku paksa gak makan even x lalu. Makan kurma banyak2 untuk tambah tenaga. Alhamdulillah bila pump susu banyak kuar.

Dua minggu jugakla aku berpantang kat kampung. 24hb jan lepas aku dengan husband ade buat kenduri aqiqah untuk azhad. Tumbang seekor kambing je dulu. Lagi seekor buat belah husband sekali dengan biras aku yang tengah pregnant sekarang ni. Lepas je abes kenduri esoknya kitorang balik kl hahaha. 3 tempat sekali aku berpantang kali ni huhu. Macam dah x tentu arah dah. PIL ade ajak sambung pantang kat teluk intan tapi aku xnak sebab susah nak menyusu kena jaga aurat adik lelaki n abg husband ade kat rumah tu. So MIL lah datang kl tolong jagakan aku hehe. X guna punya menantu.

Time berpantang ni aku amalkan set berpantang nona roguy. Memang dari time pregnant aku nak guna nona roguy sebab ramai yang suggest nona roguy ni elok. Yang paling best pil phytonatal n minyak urut herbanika. Setiap hari memang x miss aku pakai. Pil phytonatal tu bole lawaskan pembuangan ehem ehem. Mula2 beranak kan taik cam keras je kan pastu nak teran pun rasa awww cam x berani je so makan pil tu terus berak kaw2 ko. Tapi bila dah x sembelit jangan makan lebih2 plak nty jadi cam aku cirit birit sampai bentan. Padan muka huhu! Lagi satu bila makan pil ni darah nifas keluar cantik n lancar je. Minyak urut herbanika plak bau wangi yang amat. Biasa aku sapu kat area kaki pastu terus pakai stokin. Teh akar herbanika pun aku ade minum tapi x konsisten la sebab nak buat tu malas ya ampun. Kena masak pastu letak dalam termos. Minum suam2. Rasa dia quite okay la. Xdela x bole minum langsung. Kalau nak sedap campur dengan madu. 

Sekarang ni dah nak dekat2 abes pantang ni dah banyak makanan aku langgar kecuali ais lah. Tu aku dah niat nak pantang 100 hari xtaula bole tahan ke x hewhew. Dalam dok pantang ni berat badan gittew je. Turun 10kg je. 10kg je ju?? Sedih babe. Aku kuat makan kot time pantang ni. Nak diet husband marah dia cakap kalau diet mana nak datang susu. Nty2 lah diet. Tengok.. Husband iolls pun x support camne aku nak kuruih. Xpe, aku nak gali lagi camne nak diet untuk ibu yang menyusu. X best la masuk keje nty gemuk lagi. Kang kena bahan je huhu.

Berpantang kali ni banyak mengajar aku camne nak berdikari. Dulu masa berpantangkan zara's bole la mintak tolong mak. Sikit2 mak hehe tapi sekarang banyak kena buat sendiri. Dengan nak jaga zara's lagi. Oh, sangat mencabar okay. Tapi xpela, at least banyak mengajar aku menjadi lebih matured. Lepas ni kalau ade peluang berpantang lagi bole lah berpantang sendiri kan hehe.. Xtau la macam mana bila anak dah ramai. X caya sungguh sekarang ni aku dah jadi mak 3 orang budak haha. Okaylah, sekarang ni kena cut banyak entry sebab nak jaga azhad ni. Dah jadi super bz mommy dah hehe.

Till then, bubye.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.