Monday, August 19, 2013

.Malam ni Punya Dinner.

Assalamualaikum

Hello! Saja nak share dengan uolss apa yang aku masak untuk dinner malam ni. Hari ni husband ot so aku pun saja la buat suprise untuk dia masak lebih sikit. Biasa 1 macam lauk ja tapi hari ni aku bagi 3 lauk untuk husband makan. Ha, ni la bila isteri dia dah rajin sangat. Masak mengalahkan orang kenduri. Xpa la lauk lebih bole simpan untuk makan besok ye dak. Bukan susah.. Panaskan guna microwave saja. Sekarang semua nak yang senang kan kan kan

Aku xdaklah masak beria bagai ayam masak merah, butter prawn segala. Xdakkkk.. Tu menu kedai. Aku masak apa yang ada dalam fridge. Kalau stok dah xdak paham2 la. Dok diam saja jaga anak sudeyy. Ni memandangkan aku ada sikit kesedaran sebagai seorang isteri, kesian kat husband kena ot sebab nak bagi anak bini dia makan pakai apa salahnya aku balas jasa husband sikit.. Husband balik mesti lapaq. Bila dia tau aku masak senyuummm lebaq dia. Aku tau dah kihkih..

Haa nninnndiaaa masakan aku malam ni. Xdakla havoc sangat. Aku cuma masak masakan yang simple saja. Biasalah isteri muda baru nak bertatih tatih dalam bidang masakan ni. Terlebih gula terkurang garam tu dah biasa. Tapi yang aku suka kalau aku masak x sedap ka apa husband mesti cakap "sedapnyaaa ayang masak..." Aku angkat kening macam x percaya "betui ka b.. Ayang rasa masin ja, sedap apa. Saja nak bagi sedap hati la tu" husband balas "betuila sedap tau..nty ayang masak lagi eyh". Ammmboooiii bab bodek mintak masak lagi memang terer na. Nasib tu memang tanggungjawab isteri. X mintak pun memang kena buatla b,hehe








Menu: sup ayam, sambal sardin dan sayur campur. Sup ayam memang feveret husband. Kalau masak sup ayam tetiap hari pun xpa. Nasib husband jenih yang x cerewet bab makan. Kalau aku masak lauk telo pun husband okay. Fuhhhh.. Selamat :)

Bubye

P/s: masak masak jugak diet tetap diet. Tapi tadi dah sah kantoi! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.