Powered By Blogger

Sunday, August 18, 2013

.Rumah Sewa Comelku.

Assalamualaikum

Masuk bulan ni dah 3 bulan lebih kami menyewa rumah ni. sewa saja. nak beli x mampu lagi,hukhuk.. kalau nak beli pun mungkin bukan kat sini kot sebab husband xnak duduk kat area selangor/kl, pening katanyerr.. so, buat masa sekarang kami menyewa sajaa.. ada rezki nty insyaAllah bole beli rumah sendiri. harap2 cepat la rezki tu datang, Amiiinnnn..

Okay, entry kali ni aku nak cerita pasal rumah sewa aku ni. sebenarnya aku memang puas hati sangat dengan rumah ni. susah kot nak cari rumah sewa yang selesa + harga sewa yang berpatutan. dapat rumah ni kira bersyukurla tapi aku ada problem sikit dengan owner rumah ni. dia cereweetttt sangat,huh! dia bangsa cina, perempuan. biasa la kalau perempuan memang cerewet sikit tapi bagi aku cerewet dia ni x munasabah langsung. 1st, masalah pada pembayaran sewa rumah. kami dapat kunci 20hb, masa nak sign kontrak tu dia cakap every month kena bayar sewa rumah 20hb jugak, ikut pada tarikh kami dapat kunci. aku dengan husband terkejutla sebab gaji keluar 27hb. masa dia bagi kunci tu dia x sebut langsung pasai benda ni. lepas tu x bole nak tolak ansur plak tu. so, xpela.. bab tu kitorang redho ja sebab time tu memang dah terdesak nak pindah. 2nd, baru2 ni aku ada msge dia konon nak mintak izin cat rumah tu. tapi dia reply ''No". Ya Allah.. sakit hati betui aku. orang lagi nak cantikkan rumah dia, dia buat macam ni plak. rasa macam nak ketuk dinding rumah tu sampai pecah, hambiikk kau.

Straight to da point.. ni gambar dapo. design dapo ni jenis open. part ni aku x berapa suka sangat sebab bila tetamu datang mesti nampak apa yang orang kat dapo tengah buat. malunya,huhu.. lagi satu aku x berkenan pasai kitchen cabinet dia. aku x faham kenapa owner ni buat kitchen cabinet sikit sangat. cuba tambah sikit kat atas nun. bole la aku letak segala mak nenek dalam tu. saya ni isteri yang bole la suka memasak. so barang dapur harusla banyak. kalau kitchen cabinet sikit macam ni, kat mana saya nak letak barang2 lain?? so, penyelesaiannya.. kami terpaksa beli satu partition beroda. harga dia ampun aku dah lupa. aku beli kat carrefour saja. bila dah ada partition ni nampak kemas sikit dapo aku even ruang dia x berapa luas sangat. cukup2 la dua orang kat dapo tu. kalau masuk 3,4 orang mau mati lemas,ngeee..



Ha..ninn dia partition beroda yang aku cakap tadi. memang sangat berguna untuk dapo aku yang kecik ni

Dining table plak xdak yang jenis kerusi2 tu. kami makan atas meja ni. duduk bersila. meja ni aku beli 2nd hand kat kawan aku. harga RM100 tapi aku puas hati dengan meja ni sebab dia kuat. kalau aku yang comei ni duduk atas meja ni confirm x patah,muahaha.. lagi satu, kalau ada air tertumpah xdakla terkopek ka apa. memang jenis kayu mahai.. aku beli meja ni sebab rumah sewa dulu kecik. kalau nak letak meja makan yang ada kerusi confirm x muat. sebab tu kena pilih meja mcm ni jugak.

sila abaikan meja yang x berapa kemas ni ya ^_^



Mcm ni je wakkk rupa rumah sewa saya.. biasa2 saja. xdak sofa leather, xdak tv yang melekat kat dinding bagai. seriously biasa. tapi apa yang penting sebelum tido aku akan pastikan rumah sentiasa kemas. memang kalau ada anak kecik susah rumah nak nampak cantik, asyik bersepah saja. tapi lepas ja zara's dah tido, aku akan kemas balik semua. x kesahla penat ka apa janji kemas. aku pening kalau rumah bersepah,ngeeee.. yeke??

Bubye

p/s: rumahku syurgaku.. kalau bole lepas balik keja aku xmau la pening plak tgk rumah yang bersepah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.